Begpaip merupakan sejenis alat tiup kayu berid tertutup yang dialirkan udara daripada suatu bekalan dalam kantung khas. Alat jenis ini banyak dimainkan di kawasan tertentu seperti di sebahagian besar Eropah (di mana alat paling dikenali dalam kalangan masyarakat Scotland), Afrika Utara serta Asia Barat termasuk Turki, pergunungan Kaukasus dan Teluk Parsi.
Binaan
[sunting | sunting sumber]Sebuah begpaip itu terdiri daripada suatu bekalan udara, kantung, chanter, dan sekurang-kurangnya satu dron.
Bekalan udara
[sunting | sunting sumber]Udara dibekalkan melalui peniupan masuk ke dalam paip tiup. Ada yang memerlukan paip tiup ini ditutup hujungnya menggunakan lidah, namun kebanyakan rekaan begpaip mempunyai injap sehala yang terbina di dalam bagi berfungsi dengan cara yang sama.
Kantung
[sunting | sunting sumber]Kantung ini bersifat kedap udara untuk menampung isi angin yang ditiup masuk serta mengawal aliran udaranya melalui tekanan yang dikenakan tangan pemain yang memegang kantung, lalu mengekalkan bunyi yang kedengaran berterusan dan sekata. Bahan-bahan binaan banyak digunakan adalah pelbagai; kulit haiwan seperti kambing, anjing, bebiri dan lembu sering digunakan untuk tujuan pembinaannya, namun bahan sintetik seperti Gore-Tex turut kerap dipakai sejak kebelakangan ini.
Chanter
[sunting | sunting sumber]Chanter ialah komponen yang menghasilkan melodi dan dimainkan dengan kedua-dua tangan.
Paip ini ditebuk dalamannya sama ada selari dalam bentuk silinder mahupun dalam bentuk kon. Not yang datang daripada chanter dihasilkan oleh rid - sama ada ia tunggal mahupun berganda - yang dipasang di atasnya. Sifat paip ini yang berhujung terbuka menjadikannya ia susah untuk dihentikan. Oleh itu, pemain akan berlatih membiasakan diri memainkan paip ini dengan sendirinya dahulu (yakni sebagai komponen yang berasingan).
Dron
[sunting | sunting sumber]Paip dron barangkalinya akan menyandar atas bahu, melentang atas lengan menghadap kantung mahupun berseranjang dengan paip chanter. Ia menghasilkan suatu not yang sekata dan menyeragam - biasanya yang senada dengan chanter - sepanjang waktu begpaip dimainkan.
Paip sebegini terdiri daripada suatu tiub berlubang silinder dengan rid yang tunggal atau berganda. Ada daripada paip dron ini turut mempunyai skru penala yang berfungsi sama ada melaraskan panjang dron dengan membuka lubang lalu ditalakan kepada dua atau lebih pic yang berbeza, mahupun menutup paip dron itu sekaligus.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- The Bagpipe Society, sebuah laman yang dikhususkan kepada pengajian, cara bermain serta pembuatan begpaip dan alatan yang sejenis dengannya dari serata dunia.