Alat woodwind ataupun alat tiup kayu ialah sekumpulan alat muzik dalam kategori am "alat tiup". Terdapat dua jenis alat tiup kayu: seruling atau flut dan alat rid (juga dikenali sebagai paip rid). Apa yang membezakan instrumen-instrumen ini daripada alat tiup lain ialah cara instrumen-instrumen ini menghasilkan bunyi. Alat woodwind terdiri daripada alat soprano, alto, tenor atau bes. [1]
Sila lihat: Senarai alat woodwind
Flut
Rencana utama: Flut
Flut menjana bunyi dengan menyalurkan udara merentangi tepi lubang yang terdapat pada tiub silinder. [2] . Famili flut dapat diperincikan kepada dua subfamili: flut terbuka, dan flut tertutup.[3]
Bagi mengeluarkan bunyi daripada flut terbuka, pemain perlu menghembus jaluran udara merentangi tepi tajam yang membahagikan aliran udara. Aliran udara yang terpisah ini bertindak terhadap kolum udara yang terkandung di dalam flut dan menyebabkannya bergetar. Contoh flut terbuka adalah flut lintang, panpipes dan okarina. [4] Seruling atau flut kuno jenis ini lazim dibuat daripada bahagian tumbuhan yang berbentuk tiub, seperti rumput, rid, dan ranting pokok yang dikorek. Kemudian, flut dibuat daripada logam seperti timah, kuprum, dan gangsa. Flut konsert moden lazimnya dibuat daripada pancalogam gred tinggi, dan selalunya mengandungi nikel, perak, kuprum, atau emas.[5] .
Bagi menjana bunyi daripada flut tertutup pula, pemain perlu menghembus udara ke dalam sebuah saluran atau duktus. Saluran ini bertindak sebagai saluran bagi membawa angin kepada tepian tajam. Sebagai mana yang berlaku dengan flut terbuka, jaluran udara terbelah, dan ini menyebabkan kolum udara di dalam flut tertutup itu bergetar dan seterusnya menghasilkan bunyi. Contoh seruling jenis ini adalah rekorder dan organ pipa. [6]
Alat rid
Instrumen rid mengeluarkan bunyi dengan memfokus udara ke dalam pemipit yang kemudiannya menyebabkan rid bergetar. Seakan dengan flut, paip rid juga dapat dibahagikan kepada dua: rid rid tunggal dan rid ganda.[7]
Alat tiup kayu rid tunggal menjana bunyi dengan meletakkan rid pada pembukaan pemipit dengan ligatur. Apabila udara dipaksa melintasi bahagian di antara rid dan pemipit, rid menyebabkan kolum udara di dalam alat itu bergetar dan menghasilkan bunyi yang unik. Alat rid tunggal termasuk klarinet, saksofon, duduk dan chalumeau. [8].
Alat tiup kayu rid ganda munggunakan dua bilah rotan kecil yang dibentuk persis dan diikat pada bahagian bawah. Penjaan bunyi bentu ini dianggarkan berasal pada zaman pertengahan atau lewat Zaman Neolitik. Penemuannya dikatakan berasal daripada pemerhatian angin yang bertiup melalui pohon rid yang sekah. Rid yang diikat dimasukkan ke dalam alat dan bergetar apabila udara dihembus ke dalam ruang di antara dua bilah rid (sekali lagi, menyebabkan udara yang terkandung di dalam alat itu ikut bergetar).[9] Famili paip rid pula dapat dibahagikan kepada dua subfamili: alat rid ganda terdedah dan rid ganda tertutup.
Alat rid ganda terdedah dimainkan dengan meletakkan rid ganda terus pada bibir pemain. Famili alat ini merangkumi alat seperti obo, kor anglis (juga digelar hon Inggeris) dan basun, dan juga beberapa jenis shawm (obo kuno[10]) yang terdapat di merata dunia.
Alat rid ganda tertutup pula mempunyai rid ganda yang ditutup dengan pelindung. Pemain meniup alat melelui lubang yang terdapat pada pelindung yang kemudiannya menyalurkan udara melintasi rid. Famili ini merangkumi crumhorn dan cornamuse.
Begpaip merupakan alat rid unik oleh sebab alat ini menggunakan dua atau lebih rid tunggal atau rid ganda. Begpaip, secara fungsinya, sama dengan alat rid ganda tertutup kerana rid tidak menyentuh bibir peniup.[11]
Alat aerofon rid bebas juga unik kerana bunyi dihasilkan oleh "rid bebas"—lidah logam kecil yang diatur dalam deretan yang terkandung di dalam kerangka logam atau kayu. Aliran udara yang diperlukan bagi penjanaan bunyi datang sama ada daripada nafas pemain (misalnya, harmonika) , atau memalui penggunaan belo (misalnya, akordion).[12] [13] .
Alat woodwind orkestra simfoni moden
Bahagian woodwind orkestra simfoni moden secara tipikalnya mengandungi: 1 pikolo, 3 flut, 3 obo, 1 hon Inggeris, 3 klarinet, 1 klarinet bes, 3 basun, dan 1 contrabasun. Bahagian ini juga kadang kalanya ditambah dengan saksofon.[14]
Lihat juga
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Alat tiup kayu |
Rujukan
- ^ "Woodwind" Encyclopedia Britannica Online.
- ^ "Flute" Encyclopedia Britannica.
- ^ Carroll, Paul "Baroque Woodwind instruments" pp.45. Aldershot, Hants, England: Ashgate, 1999.
- ^ Carroll, Paul "Baroque Woodwind instruments" pp.45. Aldershot, Hants, England: Ashgate, 1999.
- ^ "Flutes" Encyclopedia Britannica Online
- ^ Carroll, Paul "Baroque Woodwind instruments" pp.45. Aldershot, Hants, England: Ashgate, 1999.
- ^ "Woodwind" Encyclopedia Britannica Online.
- ^ "Wind Instruments" Encyclopedia Britannica Online.
- ^ Carroll, Paul "Baroque Woodwind instruments" pp.88. Aldershot, Hants, England: Ashgate, 1999.
- ^ Takrif DBP
- ^ "Bagpipes" Encyclopedia Britannica Online.
- ^ "Harmonica" Encyclopedia Britannica Online
- ^ "Accordion" Encyclopedia Britannica Online
- ^ Apel, Willi, ed., Harvard Dictionary of Music, Second Edition, pp. 604-5. The Belknap Press of Harvard University Press, Cambridge, Massachusetts, 1969. SBN 674375017.