"Beautiful Target" | ||||
---|---|---|---|---|
Lagu dan single oleh B1A4 | ||||
daripada album It B1A4 | ||||
Bahasa | Korea | |||
Dilancarkan | 16 September 2011 | |||
Dirakamkan | 2011 | |||
Format | Muat turun digital | |||
Genre | K-pop, pop tarian | |||
Syarikat | WM Entertainment | |||
Penulis | Urihyeong-gwa Naedongsaeng, CNU, Baro | |||
Penggubah | Urihyeong-gwa Naedongsaeng | |||
Kronologi single | ||||
| ||||
Kronologi song single berbahasa Korea B1A4 | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
"Beautiful Target" ("Sasaran Indah") merupakan lagu yang dilancarkan oleh kumpulan muzik dari Korea Selatan, B1A4 pada 16 September 2011.[1] Ia dijadikan single utama bagi album mini mereka, It B1A4. Lagu ini dirakamkan semula dalam bahasa Jepun sebagai single penampilan sulung kumpulan muzik ini di Jepun dan dikeluarkan pada 27 Jun 2012.
Latar belakang
Penggubahan
Lagu "Beautiful Target" (Sasaran Indah) ini digubah oleh ahli kumpulan B1A4 sendiri iaitu CNU, Baro dan penggubah Urihyeong-gwa Naedongsaeng. Dalam album It B1A4, lagu disenaraikan sebagai runut nombor 1.
Promosi
B1A4 memulakan promosi untuk lagu ini pada 16 September 2011 di rancangan Music Bank. Mereka juga mempromosikan lagu ini di rancangan muzik lain seperti Show! Music Core,[2] Inkigayo, M! Countdown dan MTV The Show. Promosi tersebut berakhir pada bulan November 2011 di Inkigayo. Lagu "Chu Chu Chu" (쮸쮸쮸) daripada album It B1A4 telah digunakan sebagai lagu pengenalan untuk persembahan minggu kemunculan semula.[3]
Video muzik
Teaser video muzik "Beautiful Target" telah dilancarkan pada 9 September 2011.[4] Video muzik penuh pula dilancarkan pada minggu hadapannya bersama-sama dengan pelancaran album mini It B1A4. Versi lain bagi video muzik yang dipanggil versi "Zoom Zoom" dilancarkan pada 7 Oktober 2011.[5]
Versi bahasa Jepun
"Beautiful Target" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh B1A4 | ||||
daripada album 1 | ||||
Sisi B | "Chu Chu Chu" (versi bahasa Jepun) | |||
Dilancarkan | 27 Jun 2012 (lihat sejrah pelancaran) | |||
Dirakamkan | 2011-2012 | |||
Format | Single CD, Muat turun digital | |||
Genre | J-pop, pop tarian | |||
Syarikat | Pony Canyon | |||
Kronologi Single bahasa Jepun B1A4 | ||||
| ||||
Edisi single CD+DVD |
||||
Edisi single CD+Barangan |
||||
sunting · sunting di Wikidata |
Selepas setahun pelancaran lagu "Beautiful Target", agensi B1A4, WM Entertainment mengumumkan bahawa lagu tersebut akan dirakamkan semula dalam bahasa Jepun sebagai single penampilan sulung di Jepun.[6] Single itu dilancarkan pada 27 Jun 2012 dengan tiga edisi berbeza iaitu CD+DVD,[7] CD+Barangan[8] dan edisi Biasa.[9]
Penggubahan
Lagu ini pada asalnya ditulis oleh CNU dan Baro oleh Urihyeong-gwa Naedongsaeng yang kemudiannya diterjemahkan dalam bahasa Jepun oleh Shoko Fujibayashi. Sebelah B "Chu Chu Chu" pada asalnya ditulis oleh Song Bong-jo dan Song Jae-won yang kemudiannya diterjemahkan oleh MEG.ME dalam bahasa Jepun. Lagu "Bling Girl" dimasukkan sebagai runut bonus bagi edisi CD+Barangan yang pada asalnya ditulis Jinyoung dan Baro yang kemudiannya diterjemahkan dalam bahasa Jepun oleh MEG.ME. Lagu ini asalnya dalam bahasa Korea dan ia dilancarkan dalam album mini penampilan pertama B1A4 di Korea, Let's Fly.[10] Bagi lagu "Ready to Go" ("Sedia untuk Pergi"), ia dimasukkan sebagai runut bonus bagi edisi Biasa dan ditulis oleh Yuki Shirai.
Video muzik
Video muzik versi bahasa Jepun bagi lagu ini telah dilancarkan pada 3 Jun 2012 di akaun YouTube Pony Canyon. Walaupun versi ini menggunakan studio dan rupa yang berbeza, video muzik ini mengikuti konsep yang sama seperti versi bahasa Korea.
Senarai runut
Edisi CD+DVD[7] | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Masa | ||||||
1. | "Beautiful Target" (Sasaran Indah) (Versi bahasa Jepun) | CNU, Baro, Urihyeong-gwa Naedongsaeng, Shoko Fujibayashi (lirik bahasa Jepun) | Urihyeong-gwa Naedongsaeng | 3:22 | ||||||
2. | "Chu Chu Chu" (Versi bahasa Jepun) | Song Bong-jo, Song Jae-won, MEG.ME (lirik bahasa Jepun) | Song Bong-jo | 3:31 | ||||||
3. | "Beautiful Target" (Instrumental) | Urihyeong-gwa Naedongsaeng | 3:21 | |||||||
4. | "Chu Chu Chu" (Instrumental) | Song Bong-jo | 3:31 | |||||||
Jumlah masa: 13:45 |
DVD | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Masa | ||||||||
1. | "Beautiful Target" dan "O.K" (Live from Japan Showcase 2011) | |||||||||
2. | "Jacket Making-of" (Off-shot movie) | |||||||||
Edisi CD+Barangan[8] | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Masa | ||||||
1. | "Beautiful Target" (Versi bahasa Jepun) | CNU, Baro, Urihyeong-gwa Naedongsaeng, Shoko Fujibayashi (lirik bahasa Jepun) | Urihyeong-gwa Naedongsaeng | 3:22 | ||||||
2. | "Chu Chu Chu" (Versi bahasa Jepun) | Song Bong-jo, Song Jae-won, MEG.ME (lirik bahasa Jepun) | Song Bong-jo | 3:31 | ||||||
3. | "Bling Girl" (Versi bahasa Jepun) | Jinyoung, Baro, MEG.ME (lirik bahasa Jepun) | Jinyoung | 3:38 | ||||||
4. | "Beautiful Target" (Instrumental) | Urihyeong-gwa Naedongsaeng | 3:21 | |||||||
5. | "Chu Chu Chu" (Instrumental) | Song Bong-jo | 3:31 | |||||||
6. | "Bling Girl" (Instrumental) | Jinyoung | 3:35 | |||||||
Jumlah masa: 20:58 |
Edisi Biasa[9] | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Masa | ||||||
1. | "Beautiful Target" (Versi bahasa Jepun) | CNU, Baro, Urihyeong-gwa Naedongsaeng, Shoko Fujibayashi (lirik bahasa Jepun) | Urihyeong-gwa Naedongsaeng | 3:22 | ||||||
2. | "Chu Chu Chu" (Versi bahasa Jepun) | Song Bong-jo, Song Jae-won, MEG.ME (lirik bahasa Jepun) | Song Bong-jo | 3:31 | ||||||
3. | "Ready to Go" | Yuki Shirai | Damon Sharpe, Jimmy Burney, Charles "Chizzy" Stephens III | 3:51 | ||||||
4. | "Beautiful Target" (Instrumental) | Urihyeong-gwa Naedongsaeng | 3:21 | |||||||
5. | "Chu Chu Chu" (Instrumental) | Song Bong-jo | 3:31 | |||||||
6. | "Ready to Go" (Instrumental) | Damon Sharpe, Jimmy Burney, Charles "Chizzy" Stephens III | 3:49 | |||||||
Jumlah masa: 21:22 |
Carta
Versi bahasa Korea
Carta (2011) | Kedudukan tertinggi |
---|---|
Carta single mingguan Gaon[11] | 67 |
Carta single tempatan mingguan Gaon[11] | 64 |
Carta single bulanan Gaon[11] | 113 |
Carta single tempatan bulanan Gaon[11] | 108 |
Versi bahasa Jepun
Carta Oricon
Carta Oricon | Kedudukan tertinggi | Jualan debut | Jumlah jualan | Dalam carta |
---|---|---|---|---|
Carta Single Harian | 4[12] | 15,858 (Harian) 32,665 (Mingguan; Bulanan) |
36,521+ | 7 minggu |
Carta Single Mingguan | 4[13] | |||
Carta Single Bulanan | 12 |
Carta lain
Carta | Kedudukan tertinggi |
---|---|
Billboard Japan Hot 100[14] | 8 |
Jualan Single Hangat Billboard Jepun[15] | 4 |
Sejarah pelancaran
Negara | Tarikh | Format | Label |
---|---|---|---|
Korea Selatan | 16 September 2011 | Single promosi | WM Entertainment |
Jepun | 27 Jun 2012 | Single CD, Muat turun digital[16] | Pony Canyon |
Rujukan
- ^ "(EP) it B1A4 (2nd SPECIAL 미니앨범) / Daum 뮤직 :: 언제 어디서나 Music on Daum". Daum Communications. 2011-09-06. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-16. Dicapai pada 21 Ogos 2012.
- ^ "음악중심 : B1A4 - Beautiful Target - 비원에이포 - 뷰티풀 타겟, Music Core 20110917". Akaun YouTube MBC. 2012-01-13. Dicapai pada 21 Ogos 2012.
- ^ "B1A4 - Chu Chu Chu, Beautiful Target.110918.인기가요". Akaun YouTube SBS. 2011-09-19. Dicapai pada 2012-08-21.
- ^ "B1A4 - Beautiful Target (Teaser) - YouTube". Akaun YouTube B1A4. 8 September 2011. Dicapai pada 21 Ogos 2012.
- ^ "B1A4 - Beautiful Target (ZOOM ZOOM Ver.) - YouTube". Akaun YouTube B1A4. 6 Oktober 2011. Dicapai pada 21 Ogos 2012.
- ^ "B1A4, 6월 27일 일본 전격 데뷔 "오리콘 1위 하고파"". Osen. 23 April 2011. Dicapai pada 21 Ogos 2012.
- ^ a b "Beautiful Target -Japanese ver.-(初回限定盤A) B1A4のプロフィールならオリコン芸能人事典-ORICON STYLE". Oricon. Dicapai pada 21 Ogos 2012.
- ^ a b "Beautiful Target -Japanese ver.-(初回限定盤B) B1A4のプロフィールならオリコン芸能人事典-ORICON STYLE". Oricon. Dicapai pada 21 Ogos 2012.
- ^ a b "Beautiful Target -Japanese ver.- B1A4のプロフィールならオリコン芸能人事典-ORICON STYLE". Oricon. Dicapai pada 21 Ogos 2012.
- ^ "(EP) Let's Fly / Daum 뮤직 :: 언제 어디서나 Music on Daum". Daum Communications. 21 April 2011. Dicapai pada 21 Ogos 2012.
- ^ a b c d (Korea) "Gaon Search - B1A4". Gaon. 21 Ogos 2008.
- ^ (Korea) "비원에이포 B1A4, 日 데뷔 싱글 오리콘차트 4위 '돌풍'". Naver. 2012-06-28. Dicapai pada 21 Ogos 2012.
- ^ (Jepun) "2012年06月25日~2012年07月01日のCDシングル週間ランキング (Carta Single Mingguan Oricon untuk 9 Julai)". Oricon. Dicapai pada 21 Ogos 2012.
- ^ (Jepun) "Japan Hot 100 / Billboard JAPAN (Billboard Japan Hot 100 untuk 9 Julai)". Billboard. 9 Julai 2012. Dicapai pada 15 Ogos 2012.
- ^ (Jepun) "Billboard Japan Hot Singles Sales / Billboard JAPAN (Jualan Single Hangat Billboard Jepun untuk 9 Julai)". Billboard. 9 Julai 2012. Dicapai pada 15 Ogos 2012.
- ^ (Jepun) "iTunes - ミュージック - B1A4「Beautiful Target-Japanese ver.- 通常盤 - EP」". iTunes Store. 2012-06-27. Dicapai pada 21 Ogos 2012.