Batik terap atau batik cop adalah kaedah menghasilkan batik dengan menggunakan suatu blok pengecop (yakni terap ترڤ diakar bahasa Jawa ꦠꦿꦥ꧀ trap "meletakkan"[1]). Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Blok tersebut akan dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.
Teknologi ini mula diterapkan di Kelantan menggunakan bahan semula jadi keras seperti kayu, umbut batang pisang, batang daun pelepah dan keratan ubi kentang oleh Haji Ali Ismail pada 1913;[2] kaedah ini kemudiannya dimodenkan dengan acuan berasaskan logam (paling lazimnya aluminium dan tembaga) sekitar tahun 1934 diperkenalkan seorang guru dari Pulau Jawa yang mengajarkan keluarga Che Su Bin Ishak.[3] Teknik ini disebarkan luas dalam industri batik negeri itu sepanjang dekad 1950-an[4] tetapi menghilang daya tarikannya kerana kos penghasilan yang semakin mahal.[2]
Rujukan
- ^ Lihat:
- Wilkinson, Richard James (1932). "tĕrap". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 574 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
III. Shape (for cutting out cakes); Sh. Way; manner; pattern; B. From Jav.
- en Roorda, Gericke (1901). "trap". Javaansch-Nederlandsch Handwoordenboek. 14: Ta–TaLa. m/s. 2:631 "of êtrap, freq. van tap, KN. wijze of manier van geregeld schikken, leggen, plaatsen, gebruiken, doen enz.; wijze, manier, trant, toepassing. trab bata, het metselen..."
- Wilkinson, Richard James (1932). "tĕrap". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 574 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ a b Norlelawaty Haron, Zuliskandar Ramli & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman – Evolusi Perkembangan Blok Batik Di Negeri Kelantan. Dalam Zuliskandar Ramli dkk (penyunting). Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu 25-26 November 2015. Pusat Penyelidikan Langkawi, Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Syah, Langkawi. m/s. 206–14, 216. ISBN 978-983-2457-79-4.
- ^ Siti Zainon Ismail (1994). Tekstil tenunan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
- ^ Siti Aisyah Amilin binti Hassan Muammar, Ghaddafi bin Hanafiah (Jun 2018). "Teknologi Pemprosesan Batik Melayu di Kelantan". Wacana Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia. 2 (2): 1-8