Puan Bathmavathi Krishnan (lahir 1954) merupakan seorang pengarang Malaysia. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Negara (Senator) mewakili OKU selama dua penggal (2013-2016 dan 2016-2019).
Puan Bathmavathi Krishnan | |
---|---|
Ahli Eksekutif Majlis Senator Malaysia[1] | |
Menyandang jawatan 2023 | |
Ahli Dewan Negara | |
Lantikan Yang di-Pertuan Agong | |
Dalam jawatan 18 November 2016 – 17 November 2019 | |
Penggal | Kedua |
Dalam jawatan 18 November 2013 – 17 November 2016 | |
Penggal | Pertama |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1954 (71 tahun) Kuala Krau, Pahang |
Tempat belajar | Universiti Malaya (Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu) University Loughborough (Ijazah Sarjana Pengajian Perpustakaan) |
Pekerjaan | Penterjemah & Aktivis Orang Kelainan Upaya (OKU) |
Pendidikan
Bathmavathi Krishnan mendapat pendidikan awal di Alor Setar dan Kangar, Perlis sebelum melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sastera di Universiti Malaya. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajiannya bagi Ijazah Sarjana Kepustakawanan di Universiti Loughborough, Britain. Beliau kini berkhidmat sebagai pustakawan di Perpustakaan Universiti Malaya. Cerpen beliau terdapat dalam antologi Vanakam.