Bandar Sri Indah | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Bahagian | Tawau |
Daerah | Tawau |
Pentadbiran | |
• Badan | Majlis Perbandaran Tawau |
Zon waktu | MST |
Kawasan Kejiranan | Bandar Sri Balung dan Bandar Tawau |
Bandar Sri Indah (BSI) adalah sebuah bandar satelit di Tawau. Bandar ini merupakan pembangunan bandar yang terbesar di Sabah dan berkeluasan tiga kali ganda lebih besar berbanding Pusat Bandar Tawau.[1] Ia mengambil masa 15 minit perjalanan dari bandar Tawau serta dari Lapangan Terbang Tawau. Projek bandar ini telah dibangunkan oleh Syarikat Hap Seng Sdn. Bhd..
Pembangunan bandar ini dibahagikan kepada beberapa fasa. Antara fasa-fasa tersebut ialah Biz Center Bandar Sri Indah (Fasa 3), Perumahan Taman Bandar Sri Indah (Fasa 2B) dan Taman Industri Bandar Sri Indah (Fasa 4A).
Sejarah
BSI dibangunkan di atas tanah berkeluasan 1,368 ekar (5.54 km2) dan bermula pada tahun 2004 dengan menelan belanja sebanyak RM2.5 juta. Fasa kelimanya telah dilancarkan pada tahun 2009 yang turut melibatkan projek sekolah rendah dan menengah Anglika.
Rujukan
- ^ "Bandar Sri Indah" Diarkibkan 2008-04-28 di Wayback Machine, Projects Info, Hap Seng. Diperoleh pada 28 April 2008
Pautan luar
- Laman rasmi Projek Bandar Sri Indah Diarkibkan 2008-04-28 di Wayback Machine
- Halaman Bandar Sri Indah di etawau.com
- Bandar Sri Indah di Wikimapia
Koordinat: 4°15′58″N 118°0′44″E / 4.26611°N 118.01222°E
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.