Daerah artikulasi |
---|
• Bibir |
Dwibibir |
Bibir-velar |
Bibir-gusi |
Bibir-gigi |
• Dwigigi |
• Koronal |
Lidah-bibir |
Antargigi |
Gigi |
Gigi-gusi |
Gusi |
Hujung lidah |
Laminal |
Belakang gusi |
Gusi-lelangit |
Gelungan |
• Dorsal |
Lelangit |
Labial-palatal |
Velar |
Uvular |
Uvular-epiglotis |
• Radikal |
Farinks |
Epiglotis-farinks |
Epiglotis |
• Glotis |
Laman ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul dalam sesetengah pelayar web. [Bantuan] |
Dalam bidang fonetik, konsonan gelungan ialah bunyi konsonan yang disebut dengan lidah berhubungan dengan bahagian atas rongga mulut di belakang batas gusi, dan boleh digulung ke belakang untuk menyentuh lelangit, dalam erti kata lain disebut pada bahagian mulut antara belakang gusi dan lelangit.
Konsonan gelungan merupakan konsonan koronal yang pelbagai jenisnya, itupun bergantung pada bentuk lidah, sama ada berbentuk rata iaitu daun lidah (permukaan atas lidah di belakang hujungnya) mendekati atau menyentuh lelangit, seperti huruf-huruf cz, sz, ż (rz), dż dalam bahasa Poland, atau huruf-huruf zh, ch, sh, r dalam ejaan pinyin bahasa Mandarin; ini gelungan laminal namanya. Tidak pun, disebutnya dengan hujung lidah pula, seperti dalam bahasa Hindi; ini gelungan apikal namanya. Akhir sekali, lidah boleh digulung ke belakang agar muka bawahnya menyentuh daerah gusi atau depan lelangit, seperti dalam kebanyakan bahasa Dravidia; ini pula dipanggil gelungan sub-apikal.
Konsonan-konsonan belakang gusi atau lelangit-gusi, seperti sy dan c dalam bahasa Melayu, serta konsonan-konsonan gusi-lelangit seperti j, q, x, dalam ejaan pinyin bahasa Mandarin, juga dihasilkan di rantau belakang gusi, tetapi berbeza dari konsonan gelungan kerana ditambah artikulasi sekunder pempalatalan. Konsonan-konsonan lelangit disebut di rantau lelangit, begitu juga dengan gelungan sub-apikal, cuma bezanya adalah menyentuh lelangit dengan belakang lidah, bukan hujungnya. (Ini dipanggil konsonan dorsal, atau secara terperincinya dorso-palatal, dibandingkan dengan konsonan koronal.)
Dalam erti kata lain, konsonan gelungan merangkumi pelbagai jenis konsonan koronal yang disebut di belakang batas gusi yang tiada artikulasi sekunder pempalatalan.
Berikut ialah senarai konsonan gelungan yang dikenal pasti oleh Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA):
IPA | Huraian | Contoh | |||
---|---|---|---|---|---|
Bahasa | Ejaan | IPA | Maksud | ||
Sengauan gelungan | Sweden | Vänern | [vɛː.neɳ] | Vänern | |
Letupan gelungan tak bersuara | Hindi | टापू (ṭāpū) | [ʈɑpu] | pulau | |
Letupan gelungan bersuara | Sweden | nord | [nuːɖ] | utara | |
Geseran gelungan tak bersuara | Mandarin | 上海 (Shànghǎi) | [ʂɑ̂ŋ.xàɪ] | Shanghai | |
Geseran gelungan bersuara | Rusia Poland |
жаба żaba |
[ʐaba] | kodok katak | |
Malaran tak geser gelungan | Tamil | தமிழ் (Tamil) | [t̪ɐmɨɻ] | Tamil | |
Malaran tak geser sisian gelungan | Sweden | Karlstad | [kʰɑːɭ.sta] | Karlstad | |
Tamparan gelungan | Hausa | shaara | [ʃáːɽa] | sedang menyapu | |
ɺ̢ | Tamparan sisian gelungan | Pashto | ړوند | [ɺ̢und] | buta |
ǃ˞ | Klik gelungan (bersuara) | Juu Tengah | — | [ɡǃ˞ú] | air |
Catatan: Dalam Abjad Fonetik Antarabangsa, aksara-aksara konsonan gelungan biasanya sama bentuknya dengan konsonan gusi, tetapi dibubuh di bawahnya tanda cangkuk yang menghadap ke kanan. Sesetengah ahli linguistik mengehadkan kegunaan aksara-aksara berkenaan untuk konsonan gelungan "sejati" dengan penyebutan lelangit sub-apikal, serta menggunakan aksara konsonan gusi dengan tanda titik bawah yang dilapukkan oleh IPA bagi penyebutan belakang gusi apikal: [ṭ, ḍ, ṇ, ṣ, ẓ, ḷ, ɾ̣, ɹ̣]. Satu lagi cadangan yang lebih konsisten dengan IPA rasmi, adalah menggunakan tanda rhotik untuk gelungan apikal: [t˞, d˞, n˞, s˞, z˞, l˞, ɾ˞, ɹ˞]. Gelungan laminal, seperti dalam bahasa Poland dan Rusia, sering ditranskripsi dengan tanda retraksi, seperti [s̱] dsb. Tidak pun, ditranskripsinya seolah-olah konsonan lelangit-gusi walaupun tidak tepat, seperti *[ʃ] dsb.