Bahasa Serbia | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
српски srpski | |||||||
Sebutan | [ˈsr̩pskiː] | ||||||
Kawasan | Eropah Tengah, Eropah Selatan | ||||||
Penutur bahasa | lebih daripada 12 juta[1] | ||||||
Status rasmi | |||||||
Bahasa rasmi di | Serbia Bosnia dan Herzegovina Montenegro Macedonia Utara (regional) Romania (regional) Bahasa minoriti yang diiktirafkan di: Hungary[2] | ||||||
Dikawal selia oleh | Lembaga Pemiawaian Bahasa Serbia | ||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-1 | sr | ||||||
ISO 639-2 | scc (B) srp (T) | ||||||
ISO 639-3 | srp | ||||||
|
Bahasa Serbia (српски језик ; srpski jezik ) merupakan bahasa Slavik Selatan yang paling banyak dituturi. Bahasa ini merupakan salah satu bentuk piawai loghat Shtokavia, digunakan terutamanya di Serbia, Bosnia dan Herzegovina, Montenegro, Croatia, dan oleh Orang Serb di diaspora Serbia. Bekas bahasa piawai dikenali sebagai Bahasa Serbo-Croatia, kini berpecah kepada Bahasa Serbia, Bahasa Croatia, dan Bahasa Bosnia. Bahasa ini adalah rasmi (termasuk minoriti) di Serbia, Bosnia dan Herzegovina, Montenegro, Croatia, Romania, Republik Macedonia, dan Hungary.
Terdapat dua tulisan digunakan: variasi abjad Cyril oleh Serb Vuk Karadžić, dan variasi abjad Latin oleh Croat Ljudevit Gaj. Huruf-huruf dalam kedua-dua tulisan ini adalah saling memetakan antara satu sama lain.
Ortografi Bahasa Serbia adalah sangat konsisten: terdapat prinsip "satu huruf untuk satu bunyi". Prinsip ini diwakili oleh pepatah kata Adelung, "Tulis seperti yang anda cakap dan baca seperti yang ditulis", prinsip ini digunakan oleh Vuk Stefanović Karadžić semasa menjalankan reformasi terhadap ortografi abjad Cyril Serbia pada abad ke-19.
Bahasa Serbia Piawai adalah berdasarkan pada loghat Štokavia. Loghat Ekavia dituturkan paling banyak di Serbia, manakala loghat Ijekavia di Bosnia dan Herzegovina, Montenegro, barat daya Serbia, dan Croatia. Asas bagi loghat Ijekavia ialah loghat Herzegovina Timur, dan untuk loghat Ekavia pula, loghat Šumadija-Vojvodina. Ciri-ciri loghat Shtokavia yang lain, dan juga loghat Torlakia, yang dituturkan di selatan Serbia, tidak diterima sebagai loghat piawai.
Sistem tulisan
Terdapat dua jenis tulisan bagi Bahasa Serbia: abjad Cyril Serbia (ћирилица) dan abjad Latin Serbia (latinica).
Abjad Cyril | AbjadLatin | Cyril | Latin | |
---|---|---|---|---|
А | A | Н | N | |
Б | B | Њ | Nj | |
В | V | О | O | |
Г | G | П | P | |
Д | D | Р | R | |
Ђ | Đ | С | S | |
Е | E | Т | T | |
Ж | Ž | Ћ | Ć | |
З | Z | У | U | |
И | I | Ф | F | |
Ј | J | Х | H | |
К | K | Ц | C | |
Л | L | Ч | Č | |
Љ | Lj | Џ | Dž | |
М | M | Ш | Š |
Susunan huruf kedua-dua tulisan adalah berbeza.
А а Б б В в Г г Д д Ђ ђ Е е Ж ж З з И и Ј ј К к Л л Љ љ М м A a B b V v G g D d Đ đ E e Ž ž Z z I i J j K k L l Lj lj M m
Н н Њ њ О о П п Р р С с Т т Ћ ћ У у Ф ф Х х Ц ц Ч ч Џ џ Ш ш N n Nj Nj O o P p R r S s T t Ć ć U u F f H h C c Č č Dž dž Š š
Taburan Geografi
Bilangan penutur mengikut negara:
- Serbia: 6,770,000
- Vojvodina: 1,557,020 (2002)
- Serbia Tengah: 5,063,679 (2002)
- Kosovo: 150,000
- Montenegro: 401,382 (2003)
- Bosnia-Herzegovina: 1,600,000[perlu rujukan]
- Jerman: around 507,000
- Amerika Syarikat: around 500,000
- Kanada: 55,545 (2001 census Diarkibkan 2013-04-09 di Wayback Machine, 40,580 of that in Ontario)
- Croatia: 44,629 (2001)
- Republik Macedonia: 33,315 (2001)
- Romania: 20,377 (2001)
- Australia: 50,000 (2001)
Lihat juga
- Abjad Cyril Serbia
- Peribahasa Bahasa Serbia
- Šatrovački (bentuk slanga)
- Bahasa Romano-Serbia (campur dengan Bahasa Romany)
- Perbezaan antara bahasa-bahasa rasmi Serbia, Croatia, dan Bosnia
Rujukan
Pautan luar
Wikipedia Bahasa Serbia, ensiklopedia bebas |
- Standard language as an instrument of culture and the product of national history — an article by linguist Pavle Ivić at Project Rastko
- Dueling Scripts: The Ongoing War Between Latin and Cyrillic, Serbianna.com, 23 January 2007
- Serbian School Learn Serbian online for free.
- Serbian Language and Culture Workshop
Kamus atas talian
- Serbian (Latin Script) Dictionary from Webster's Dictionary
- English-Serbian-English On-line Dictionary
Bahasa-bahasa Slavik | |||
---|---|---|---|
Slavik Timur | Belarusia | Slavik Timur Lama † | Rusia | Rusyn (Karpatos) | Ruthenia † | Ukraine | ||
Slavik Barat | Czech | Kashubia | Canaan † | Sorb Bawah | Polabia † | Poland | Pomerania † | Silesia | Slovak | Slovincia † | Sorb Atas | ||
Slavik Selatan | Bulgaria Banat | Bosnia | Bulgaria | Croatia Burgenland | Croatia | Macedonia | Croatia Molise | Montenegrin | Slavik Gereja Lama † | Serbia | Serbo-Croatia | Slavik (Greece) | Slovenia | ||
Lain-lain | Slavik Gereja | Dialek Novgorod Lama † | Proto-Slavik † | Russenorsk † | Rusyn (Pannonia) | Slavik-Serbia † | Slovio | ||
† Pupus |
- Rencana bahasa dengan nombor penutur tidak bertarikh
- Halaman artikel bahasa dengan sampel teks
- Bahasa dengan kod ISO 639-2 code
- Bahasa dengan kod ISO 639-1 code
- Rencana bahasa tanpa medan rujukan
- Rencana bahasa tidak mempunyai kod Glottolog
- Rencana bahasa dengan medan kotak info yang tidak disokong
- Bahasa Serbia
- Bahasa Slavik Selatan