B.A.P | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan |
Genre | K-pop, R&B, Hip hop |
Tahun aktif | 2012–2019 |
Syarikat rakaman | TS Entertainment King Records |
Laman sesawang | tsenter |
Bekas ahli |
|
B.A.P | |
---|---|
Hangul | 비에이피 |
Perumian Semakan | Bieipi |
McCune–Reischauer | Pieip'i |
B.A.P (Korea: 비에이피; singkatan untuk Perfect Absolute Best (Terbaik, Sememangnya, Sempurna). merupakan sebuah kumpulan lelaki yang berasal dari Korea Selatan. Kumpulan ini dibentuk pada tahun 2012 oleh label rakaman TS Entertainment. Sebelum penampilan sulung kumpulan ini dibuat, pihak TS Entertainment telah melakukan pelbagai strategi bagi mempromosikannya seperti aktiviti solo Bang Yong-guk dan pembentukan sub-unit Bang & Zelo. Pada 26 Januari 2012, B.A.P secara rasminya telah membuat penampilan sulung mereka melalui single "Warrior" ("Pahlawan"). Lagu dan video muzik single itu telah mendapat pujian disebabkan gayanya yang berkarisma dan kuat.[1] Pada tahun 2013 , B.A.P meluaskan pengaruh mereka dengan menjadi artis King Records di Jepun. Mereka menghasilkan single Jepun mereka dengan mengambil semula lagu lama mereka dan diterjemah kepada bahasa Jepun.
Bekas ahli
Nama pentas | Pengenalan ringkas |
---|---|
Yong-guk |
|
Him-chan (힘찬) |
|
Dae-hyun (대현) |
|
Young-jae (영재) |
|
Jong-up (종업) |
|
Zelo (젤로) |
|
Album/single
Tarikh Pelancaran | Nama | Muzik Video | Lagu |
---|---|---|---|
The Recollection | Jong Up - Annoying ft. Zelo | - Stay With Me
- Annoying - Howler - Be Happy | |
The Best | N/A | ||
Massive | N/A | - Young, Wild & Free [Japanese]
- Dystopia [Japanese] - Walk [Japanese] - All the Way Up [Japanese] - Honeymoon [Japanese] - Hands Up [Japanese] - Moondance [Japanese] | |
Hands Up | Hands Up | - Hands Up [Japanese]
- Moondance [Japanese] - Hands Up [Instrumental] - Moondance [ Instrumen | |
Ego | Hands Up | - Hands Up
- Moondance - Think Hole | |
20 September 2017 | Honeymoon | Honeymoon | - Honeymoon [Japanese]
- All The Way Up [Japanese] - Honeymoon [Instrumental] - All The Way Up [Instrumental] |
5 September 2017 | Blue | Honeymoon |
|
28 Jun 2017 | Unlimited | Daehyun (B.A.P) -You |
|
7 Mac 2017 | Rose | Wake Me Up |
|
7 Disember 2016 | Fly High | Fly High |
|
7 November 2016 | Noir | Skydive(Dengan Fermata dan Pray) |
|
8 Ogos 2016 | Put'em Up | That's My Jam |
|
31 Julai 2016 | Feel So Good | Feel So Good |
|
30 Mei 2016 | Best , Absolute , Perfect |
| |
22 Februari 2016 | Carnival | Feel So Good |
|
16 November 2015 | Matrix | Young , Wild & Free |
|
2014 | Excuse Me [Single Jepun] | Excuse Me [Japanese] |
|
2014 | Unplugged | Where Are You ? What You Do ? |
|
2014 | First Sensibility | 1004 (Angel)(Dengan Save Me) |
|
9 Oktober 2013 | Warrior [Single Jepun] | Warrior |
|
6 Ogos 2013 | Badman | -Badman |
|
12 Februari 2013 | One Shot | -One Shot (Dengan Punch Dan Coma) |
|
23 Oktober 2012 | Stop It | Stop It |
|
27 April 2012 | Power | Power |
|
3 Mac 2011 | Secret Date | Secret Date |
|
26 Januari 2011 | Warrior | Warrior |
|
Kerjaya
2011 : Kemunculan untuk pertama kali
B.A.P telah ditubuhkan dan mula mempromosi album mereka pada tahun 2011 , dimulai dengan Bang Yong Guk sebagai ketua kumpulan . Dia menyertai TS Entertainment dan muncul dengan lagu 'Going Crazy' berduet bersama Song Ji Eun (Ahli kumpulan SECRET) dan menghasilkan single 'I Remember' , berduet bersama Yang Yo-seob (Ahli kumpulan Beast) . Ahli B.A.P yang kedua yang kacak dan pandai bermain alat muzik iaitu Kim Him Chan . Kim Him Chan pernah muncul sebagai pengacara untuk sebuah program muzik , 'The Show' . Ahli yang ketiga yang paling muda ialah Choi Jun-Hong ataupun Zelo , menyertai TS Entertainment dan muncul dengan lagu 'Never Give Up' bersama Bang Yong Guk pada tahun 2011 .
2012 : Warrior (Pahlawan), Power (Kuasa), No Mercy (Tiada Belas Kasihan), Crash (Hancur), Dan Stop It (Berhenti)
Pada Januari 2012 , kumpulan ini mula muncul dalam sebuah rancangan realiti , 'Ta-Dah, It's B.A.P ' , yang ditayangkan di SBS MTV . Rancangan realiti ini mengisahkan bagaimana enam ahli memainkan peranan sebagai makluk asing yang datang dari sebuah planet bekerjasama untuk muncul sebagai B.A.P dan menakluki bumi untuk membantu menyelamatkan planet mereka yang teruk , Planet Mato .
Pada 25 Januari 2012 , mereka muncul dengan single 'Warrior' . MTV Korea mengambarkan mereka sebagai "Bertenaga & Berkarisma" . Tambahan , Nancy Lee dari Enews World menulis "Nampaknya B.A.P mempunya kelainan berbanding kumpulan-kumpulan K-Pop yang lain yang mendominasi dunia K-Pop dengan hebat , gambaran budak lelaki yang jahat , memecahkan tingkap kereta , memijak tanah dan awak tahu , buat seperti budak lelaki lain buat" . Pada 3 Februari 2012 , Single 'Warrior' muncul dalam Billboard's World Albums Chart pada tangga ke-10.
Pada Mac 2012 , B.A.P melancarkan lagu 'Secret Love' . Pada 16 April 2012 , TS Entertainment mengumumkan kemunculan semula B.A.P dengan single-album baru mereka pada 27 April 2012 dengan nama "Power". Selepas album ini dilancarkan , "Power" dijual pada penjualan pertama iaitu 30,000 salinan .Album ini diterima baik dan masih seperti album mereka "Warrior"."Power" juga muncul di tangga ke-10 dalam Billboard World Albums Charts.
Album mini B.A.P , 'No Mercy' telah dilancarkan oleh TS Entertainment pada 19 Julai 2012 secara atas talian dan secara fizikalnya pada 24 Julai 2012 . Pada 30 Ogos 2012 , "No Mercy " telah dibuat semula dalam versi EP , yang diberi nama Crash , telah dilancarkan .
2013 : One Shot Dan Kemunculan Di Jepun
Pada bulan Februari , mereka mula melancarkan EP yang kedua , "One Shot" . Pada 21 Februari 2013, EP tersebuat berada di tangga pertama dalam Billboard’s ‘World Albums’ chart.
Pada 28 Julai 2013, TS Entertainment mengumumkan bahawa kumpulan B.A.P akan melancarkan EP mereka yang ketiga "Badman" pada 6 Ogos 2013 .Agensi tersebut juga ada menyatakan sebelumnya terdapat tiga single yang dipromosikan daripada EP ketiga yang akan datang , Namanya "Coffee Shop","Hurricane" dan "Badman".
Pada bulan May , King Records , sebuah syarikat rekod yang baru menandatangani kontrak bersama Rain mengambil B.A.P untuk single jepun mereka . Mereka melancarkan muzik video "Warrior" dalam versi Jepun di YouTube pada 13 September 2013 dan album dan single mereka dengan secara rasmi dilancarkan 9 Oktober 2013 .
Baru- baru ini , mereka telah melancarkan MV mereka untuk single jepun mereka yang kedua "One Shot" dan mereka diberi pujian atas kebolehan mereka menyanyi dan meng'rap' dalam bahasa yang lain dengan begitu baik sekali .
2014 : First Sensibility , Unplugged Dan Saman Terhadap TS Entertainment
Pada pertengahan Januari , TS Entertainment mengesahkan rancangan bahawa B.A.P akan membuat kemunculan semula dengan album studio pertama mereka , yang diberi nama "First Sensibility ". Mengandungi 13 lagu , ia disahkan bahawa lagu utama dalam album ini adalah "1004(Angel)" , dan kemunculan semula mereka dijadualkan pada 3 Februari 2014 . Apabila album ini dilancarkan , album ini mengatasi semua album di carta Billboard World Album menunjukkan populariti mereka di tahap antarabangsa .Di Korea , First Sensibility juga tersenarai paling atas di carta bulanan Hanteo dan Gaon bagi bulan Februari . Album ini memberi B.A.P rancangan muzik mereka yang pertama di Show Champion dengan lagu "1004 (Angel)". Kemudia mereka kehadapan untuk menang dua kali dengan lagu "1004 (Angel)", membuktikan kejayaan lagu ini .B.A.P melancarkan single jepun mereka yang ketiga "No Mercy" pada 3 April dan tersenarai pada tangga kedua di carta Oricon Daily Singles Charts. Mereka juga tersenari di tempat kedua di carta mingguan Oricon Singles .
Setelah berjayanya promosi lagu "1004 (Angel)", B.A.P melancarkan konsert B.A.P Live On Earth 2014 dalam masa dua hari berturur-turut di Seoul. Ini merupakan konsert solo B.A.P yang kedua di Korea dalam hanya dua tahun kemunculannya .Ia dijangkakan 20,000 peminat global menyaksikan konsert ini secara lansung . B.A.P mengadakan 23 konsert di bandar terutamnya Amerika Syarikat , Asia , Australia dan Eropah dalam jelajah ini .
Semasa jelajah , B.A.P melancarkan album istimewa mereka sebagai hadiah kepada peminat B.A.P Unplugged 2014.
Pada 11 Ogos 2014 , B.A.P melancarkan single jepun mereka yang keempat "Excuse Me" .Pada 27 Oktober 2014 ,TS Entertainment mengumumkan yang mereka terpaksa membatalkan jelajah ke Amerika Selatan untuk memberi masa kepada ahli-ahli untuk berehat .
Pada 27 November 2014 , B.A.P telah mengejutkan semua orang di Korea Selatan dengan menfailkan saman terhadap TS Entertainment atas berlakunya ketidak-adilan dalam pembahagian keuntungan . Pada keesokan harinya , TS Entertainment membuat sidang media menolak dakwaan tersebut , menyatakan bahawa 'tidak berlaku sebarang ketidak-adilan kepada artis-artis ataupun fasal tidak adil dalam kontrak' . Walaubagaimana sekalipun , tuntutan TS Entertainment dicabar B.A.P apabila B.A.P mengeluarkan kenyataan TS Entertainment kurang akauntibiliti dan mereka masih mempertimbangkan untuk menarik balik tuntutan saman tersebut .
2015 : Konflik dah selesai dan Matrix
Setelah beberapa lama mereka tidak berhubung, B.A.P berjumpa dengan TS Entertainment dan berunding untuk berbaik semula . Akhirnya mereka dengan kata sepakat ingin meneruskan urusan mereka seperti dulu. TS Entertainment mengumumkan bahawa B.A.P akan melancarkan single-album baharu iaitu MATRIX pada 16 November 2015. Sebelum itu , mereka memuat naik puzzle yang mempunyai klu tentang single-album baru mereka ini . MATRIX mempunyai 5 lagu yang terdiri daripada Take You There, Monologue (Pengenalan), Young, Wild & Free (Tajuk), Blind dan Be Happy .
2016 : Live On Earth 2016 World Tour, Album Dan Single
B.A.P telah mengadakan B.A.P Live On Earth 2016 World Tour dengan tema Awake . Negara - negara yang akan mereka jelajah ialah :-
- Korea Selatan
- Amerika Syarikat
- Mexico
- Brazil
- United Kingdom
- Germany
- Rusia
- Poland
- Australia
- New Zealand
- Teipei
- Singapura
- Thailand
- China
- Jepun
TS Entertainment telah mengumukan bahawa B.A.P akan melancarkan single EP mereka yang terbaru iaitu Carnival . TS Entertainment turut memuat naik trailer bagi muzik video bagi Feel So Good yang telah dilancarkan 22 Februari ini iaitu hari ke-2 Jelajah Live On Earth 2016 World Tour di Korea Selatan .Mereka juga telah melancarkan album jepun mereka 'Best , Absolute , Perfect' dan membuat persembahan bersempena pelancaran mereka tersebut di sebuah pasar raya .
Selepas Feel So Good menempah nama di Korea Selatan , B.A.P muncul dengan single Jepun mereka yang berjudul 'Feel So Good' . Ini amat menarik perhatian peminat lagu nyanyian kumpulan K-Pop terutama sekali BABY , iaitu kelab peminat mereka . Sambutan bagi single ini amat menggalakkan dan KBSWorld ada menayangkan video tentang B.A.P semasa mereka berada di Jepun untuk membuat promosi untuk lagu baru mereka dan untuk terlibat dalam Ujibakat Dunia Korean World Festival (KFW) di YouTube. Selain itu , mereka turut terlibat dengan persembahan lagu terbaru mereka , That's My Jam dari single mereka kelima iaitu Put'em Up .
Selepas promosi single Put'em Up , mereka muncul dengan album kedua mereka, Noir yang bertemakan gelap dan mendapat sambutan hangat. Tetapi Bang Yong-Guk tidak dapat mengikuti promosi album ini akibat masalah kesihatan. Fly High turut dilancarkan iaitu single Jepun mereka yang keenam yang mengandungi enam lagu semuanya termasuk 'instrumental'nya . Mereka juga sibuk membuat pengambaran bagi "Greeting Season 2017" yang diadakan pada pertengahan bulan Disember 2016.
2017-2019 : Single Rose, Blue, Ego dan meninggalkan TS Entertainment
Pada Mac 2017, B.A.P telah mengeluarkan single mereka yang keenam, Rose. Bang Yong-Guk yang baru sahaja habis daripada menjalankan rawatan 'Anxiety Disorder' telah turut mempromosi single ini bersama ahli-ahli lain. Lagu utama, "Wake Me Up", diletakkan sebagai "paling personal dan berprestasi" bagi single tersebut oleh Jeff Benjamin dari Billboard. Single tersebut memfokuskan isu sosial, melalui lagu "Wake Me Up", muzik videonya merujuk kepada masalah kesihatan mental, manakala lagu "Dystopia" dengan secara terus menyerang idea kehidupan utopia, menganggap ianya hanyalah ilusi semata-mata.
Pada 28 Jun 2017, Album Jepun kedua mereka, Unlimited, telah dikeluarkan dengan menampilkan lagu 1004(Angel) dalam bahasa Jepun .
Pada 5 September 2017, B.A.P telah mengeluarkan single ketujuh, Blue, telah dikeluarkan dengan menampilkan lagu "Honeymoon" sebagai trek utama single tersebut. Pengambaran muzik video lagu "Honeymoon" telah dilakukan di sekitar Pulau Jeju.
Pada 13 Disember 2017, B.A.P telah mengeluarkan single kelapan, Ego, yang menampilkan lagu "Hands Up" sebagai trek utama single tersebut. Dalam muzik video "Hands Up", terdapat peminat perasan terdapat seseorang telah menggantikan tempat Daehyun dalam beberapa babak. TS Entertainment menjelaskan bahawa ianya benar, kerana Daehyun mempunyai hal kecemasan ketika pengambaran muzik video.
Pada 13 Disember 2017, B.A.P telah mengeluarkan album Jepun yang ketiga, Massive, yang menampilkan lagu Young,Wild & Free dalam versi Jepun.
Pada tahun 2018, Bang Yong-Guk dan Zelo meninggalkan TS Entertainment selepas kontrak mereka sudah tamat. Pada 18 Februari 2019, 4 ahli lain juga turut meninggalkan TS Entertainment. Maka dengan ini, kumpulan B.A.P telah berpecah, membawa haluan masing-masing, dengan minat membuat muzik yang masih ada.[2] Namun, anggota Jongup mengesahkan kemungkinan pertemuan semula pada masa akan datang.[3]
Konsert B.A.P
Akan datang....
B.A.P dalam rancangan televisyen
Tahun | Rancangan | Jumlah Episod | Penyiar |
---|---|---|---|
2012 | Ta-dah! It's B.A.P | N/A | |
2012 | Showdown 8TV | Final Episode (1) | 8TV (Media Prima Berhad) |
B.A.P One Fine's Day | |||
B.A.P Traince |
Rujukan
- ^ (Korea)"2012년 빛낼 아이돌 출격 임박..'신고 합니다!'". Star News. Dicapai pada 26 Januari 2012. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "[K-talk] After 7 years, B.A.P disbands". www.koreaherald.com (dalam bahasa Inggeris). February 18, 2019. Dicapai pada February 25, 2019.
- ^ "[단독인터뷰] B.A.P 종업 "해체 아쉬워…언젠가 다시 모이고파"". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). February 18, 2019. Dicapai pada February 26, 2019.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan B.A.P |
- Laman sesawang rasmi Diarkibkan 2013-05-01 di Wayback Machine
- Laman sesawang rasmi Bang & Zelo Diarkibkan 2012-01-31 di Wayback Machine
- B.A.P Profile (Indonesia)