Azmin Hilmi | |
---|---|
Kelahiran | Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 27 Mac 1975
Pekerjaan | Ahli politik |
Azmin Hilmi atau Hilmi,Azmin Heli, Hilmi Hazimin adalah lelaki buruan polis PDRM berhubung penyebaran gambar bogel Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong di internet pada 2009. Beliau lahir pada 27 Mac 1975 dan menjadi ahli politik Parti Keadilan Rakyat.
Terkenal
Ketika itu, Hilmi menetap di Jalan 4H, Ampang Jaya, Selangor tetapi gagal dikesan kerana menghilangkan diri keluar negara ekoran terbongkarnya skandal itu. Pada 17 Februari 2009, Malaysia digemparkan dengan penyebaran gambar bogel Elizabeth. Difahamkan, gambar-gambar itu diambil tanpa pengetahuan mangsa menggunakan telefon bimbit ketika dia tidur di rumahnya.
Elizabeth Wong adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Bukit Lanjan, Selangor. Hilmi atau Azmin Hilmi didakwa bekas teman lelaki ahli politik wanita Cina Malaysia itu. Ekoran tersebar gambar-gambar itu, Elizabeth Wong mahu meletakkan jawatan sebagai Adun Bukit Lanjan. Namun kemudian hasrat itu dibatalkan setelah dipujuk pelbagai pihak.
Ditangkap di Indonesia
Pada hari Jumaat, 3 Februari 2012, Azmin Helmi, (37 ) ditahan oleh pasukan polis Indonesia di Batam Sentral, pulau Batam, Barat Singapura. Dia didakwa atas kesalahan memiliki dokumen palsu berupa KTP, KK yang dikeluarkan oleh Disduk Pemkot Batam yang ditandatangan oleh Kadisduk Sadri Khairuddin .Pegawai imigresen juga menemukan Akta kelahiran yang dikeluarkan oleh Kantor Dinas Pendaftaran Penduduk Kabupaten Karimun . Ketika itu dia cuba memperbaharui pasport dengan menggunakan kad identiti dan sijil lahir palsu di Jabatan Imigresen Batam . Pegawai Imigresen Batam, Gindo Ginting mengesahkan penahanan itu dan ternyata melanggar Undang-Undang Hukum Pidana Indonesia.[1]
Mulanya pada 15 Februari 2009, dia melarikan diri ke Pelabuhan Tanjung Balai, Karimun Sumatera menggunakan pasport Malaysia dan tinggal bebas selama 30 hari. Seterusnya ke Pekan Baru dan ke Cengkarang , Cingkawang dan Pondok Kelapa Timor Leste melalui sempadan Atambua, ke Jakarta seterusnya ke pulau Batam.[2] Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah memaklumkan bahawa Polis Republik Indonesia (POLRI) belum dapat mengesahkan penangkapan itu.[3] Selama di rantau, kononnya dia dibiayai keluarga dan PKR. Di sana dia belajar tentang sejarah beberapa tokoh pejuang, kegiatan sosial budaya serta bidang fotografi. Beliau tinggal lama di Indonesia kerana pihak berkuasa Malaysia mahu menangkapnya. [4][5]
Rujukan
- ^ "Kitab Undang-Undang Hukum Pidana" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-11-25. Dicapai pada 2012-02-07.
- ^ "Hilmi sah ditahan di Indonesia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-08. Dicapai pada 2012-02-07.
- ^ "Azmin: PDRM belum terima pengesahan POLRI". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-09. Dicapai pada 2012-02-07.
- ^ "Selangor government says to study, discuss 'PKR man' issue". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-07. Dicapai pada 2012-02-07.
- ^ "Miliki KTP & KK Batam Palsu, Warga Malaysia Ditangkap". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-07. Dicapai pada 2012-02-07.