Aziz Singah | |
---|---|
Kelahiran | Abdul Aziz bin Singah 3 Oktober 1941 |
Meninggal dunia | 1 Julai 2016 | (umur 74)
Sebab kematian | Kanser prostat |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Kampung Bongek Acheh Rembau |
Pekerjaan | Pelakon, penyampai radio, suara latar, penerbit |
Tahun aktif | 1965–2016 |
Terkenal kerana | PJ Holdings, Maria Mariana & Impian |
Pasangan |
|
Anak-anak | 6 (termasuk Bob Singah) |
Ibu bapa | Prebet Singah Ujid (bapa) |
Datuk Abdul Aziz Singah (3 Oktober 1941 – 1 Julai 2016) merupakan pelakon lelaki Malaysia yang bergiat aktif di televisyen dan filem. Dengan kerjayanya yang bertahan selama lima dekad, beliau telah membintangi lebih 500 drama dan 13 filem sepanjang hayatnya.[1]
Kehidupan awal
Dilahirkan di Rembau, Negeri Sembilan, Aziz meniti kehidupan ketika kanak-kanak tanpa belaian seorang bapa.[2] Dalam temuramah pada Ogos 1998, beliau menceritakan yang bapanya seorang askar sama unit dengan Leftenan Adnan terkorban pada usia 24 tahun dibunuh tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Usia Aziz ketika itu dua bulan.[2]
Kerjaya
Aziz memulakan kerjaya awal sebagai Penyelia Kolej Makmal Dockyard, Sembawang, Singapura (1960-1965), Juruhebah Radio Televisyen Singapura (1965-1971), Juruhebah, Penerbit Drama Radio, Penyelia dan Ketua Unit Kasting RTM (1971-1992).[2]
Bakat lakonan Aziz mula diuji pengarah M. Amin dalam filem Jahanam pada 1971. Selama menjawat Ketua Unit Kasting RTM, Aziz melahirkan ramai dramatis baru dan salah seorangnya Fauziah Nawi melalui drama Tahan Kinabalu. Lebih 500 drama dibintangi bermula dengan Malam Tiada Bintang pada 1965, lakonan Aziz cukup sinonim sebagai "datuk" atau "tokoh korporat". Watak Rosman yang dipegang dalam drama PJ mengaitkannya dengan JR Ewing (lakonan Larry Hagman) dalam Dallas.[2]
Aziz dipilih menjadi Presiden Persatuan Seniman Malaysia pada 3 Julai 1999 untuk sesi 1999/2001, cabarannya cukup getir apabila beberapa AJK lama persatuan itu menghantar surat aduan kepada Pendaftar Pertubuhan meminta Mesyuarat Agung Seniman itu dibatalkan. Di bawah kepimpinan beliau juga Seniman dengan kerjasama ACS Production melancarkan projek Hari Seniman pada 22 Mac 2000. Selaku Presiden, Aziz mahukan seniman tanah air diiktiraf.[2] Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman telah berkenan mengurniakan Darjah Dato’ Setia Negri Sembilan (DSNS), yang membawa gelaran "Datuk" kepada beliau pada 18 Julai 2005.
Kehidupan peribadi
Aziz telah berkahwin sebanyak dua kali, beliau berkahwin dengan pelakon Khatijah Abu Hassan pada 1967 dan bercerai pada 1990, pasangan ini dikurniakan tiga anak. Beliau kemudiannya berkahwin dengan Datin Zunita Mohamed pada 1991 dan dikurniakan tiga lagi anak.[3]
Kematian
Beliau meninggal dunia akibat kanser prostat di kediamannya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan pada jam 11 malam, 1 Julai 2016 pada usia 75 tahun.[4] Beliau meninggalkan balu, Datin Zunita dan enam anak yang semuanya lelaki. Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor dan disembahyangkan sekali lagi di Masjid Kariah Kampung Bongek dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bongek Acheh, Rembau.[5][6] [7]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1971 | Jahanam | Pak Unggar | Filem pertama |
1981 | Bintang Pujaan | Penerbit | |
1988 | Bayi Tabung | Filem usahasama Malaysia-Indonesia | |
1990 | Suci Dalam Debu | Tengku Aziz | |
Riang Tirana | Dr Rashid | ||
1992 | Ops Belantara | ||
1996 | Amelia | Aminuddin | |
Maria Mariana | Haji Baharom | ||
Impian | Tan Sri Azman | ||
1997 | Sate | Pak Ibrahim | |
2005 | Sembilu 2005 | Hamdan | |
Kemarau Cinta | Zulfikar | ||
2009 | Pulau Asmara | Osman | Juga sebagai penerbit |
2011 | Abuya | Khong Keat Quat | |
2012 | 8 Jam | Hakim | Penampilan khas |
2013 | Paku | Tuan Kamil | |
2017 | Balun | Orang Kaya Seman | Filem terakhir, dikeluarkan secara anumerta |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1965 | Malam Tiada Bintang | TV1 | Drama pertama | |
1973 | Tahan Kinabalu | |||
1978 | Potret Pekerti | |||
Belum Ajal | ||||
1983–1984 | PJ Holdings | Encik Osman | ||
2004–2006 | Sembilu | Osman | TV2 | |
2006 | Sembilu Kasih | Dato' Osman | TV3 | |
2009–2011 | Si Capik | Datuk Hazim | TV2 | |
2013 | Metro Skuad (Musim 2) | TV2 | Episod: "Cinta Awang Hitam" | |
Tanah Kubur (Musim 7) | Pak Ali | Astro Oasis | Episod: "Suami Dayus" | |
2014 | Tanah Kubur (Musim 10) | Tok Penghulu | Astro Oasis | Episod: "Hakim Buta Hati" |
Jalan Kembali | TV2 | |||
2015 | Tanah Kubur (Musim 14) | Haji Jamil | Astro Oasis | Episod: "Jihad Samurah bin Jundur" |
Nyiur Nan Setandan | Amar | TV2 | Drama terakhir |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2003 | Cinta Si Penggali Kubur | TV3 | |
2012 | Runtuhnya Sebuah Dosa | ||
2013 | Abu | Dato' Sadali | TV2 |
2015 | Selamat Hari Jadi Abah | Abah | Unifi TV |
2016 | Kau IIhamku | Cikgu Kassim | TV3 |
Rujukan
- ^ Farhana Ab Rahman (2 Julai 2016). Aziz Singah sukar dicari ganti - Yusof Haslam Berita Harian. Dicapai pada 24 November 2016.
- ^ a b c d e Adam Salleh (20 Julai 2016). Asal usul nama Singah, rahsia nombor 383 Harian Metro. Dicapai pada 24 November 2016.
- ^ Pelakon Aziz Singah Meninggal Dunia Akibat Kanser Prostat mStar Online (1 Julai 2016). Dicapai pada 1 Ogos 2016.
- ^ Aziz Singah meninggal dunia Berita Harian (2 Julai 2016). Dicapai pada 22 Mei 2018.
- ^ Jenazah pelakon Aziz Singah selamat dikebumikan di Rembau Astro Awani (2 Julai 2016). Dicapai pada 24 November 2016.
- ^ Jenazah Pelakon Veteran Aziz Singah Selamat Dikebumikan Di Rembau mStar Online (2 Julai 2016). Dicapai pada 24 November 2016.
- ^ Tuty Haryanti Ahmad Rodzi (2 Julai 2016). Jenazah Aziz Singah selamat dikebumikan Berita Harian. Dicapai pada 24 November 2016.
Pautan luar
- Kelahiran 1940
- Kematian 2016
- Pelakon lelaki Malaysia
- Pelakon lelaki Malaysia abad ke-20
- Pelakon lelaki Malaysia abad ke-21
- Orang dari Negeri Sembilan
- Kematian akibat kanser prostat
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Penerima Darjah Dato' Paduka Tuanku Jaafar