Pokok Mambu | |
---|---|
Bunga Pokok Mambu | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
Kelas: | Magnoliopsida
|
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | A. indica
|
Nama binomial | |
Azadirachta indica |
Pokok Mambu atau juga dikenali sebagai Semambu (Azadirachta indica, sin. Melia azadirachta L., Antelaea azadirachta (L.) Adelb.) ialah sejenis tumbuhan dalam keluarga mahogani Meliaceae. Ia merupakan satu dari dua spesies dalam genus Azadirachta, dan tempatan di India, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan. Ia tumbuh di kawasan tropika dan kawasan semi-tropika.
Etimologi
Nama-nama lain bagi pokok ini termasuk Neem (Benggali), Arya Veppu (Malayalam), Azad Dirakht (Parsi), Nimba (Sanskrit dan Marathi), DogonYaro (sesetengah bahasa Nigeria), Margosa, Neeb (Arab), Nimtree, Vepu, Vempu, Vepa (Telugu), Bevu (Kannada), Kohomba (Sinhala), Vembu (Tamil), Tamar (Burma) dan Indian Lilac (Inggeris). Di Afrika Timur ia juga dikenali sebagai Mwarobaini (Swahili), yang bererti pokok 40, kerana ia dikatakan merawat 40 jenis penyakit.
Penggunaan
Perubatan tradisional
Pokok Mambu dianggap sebagai pokok perubatan dan telah digunakan dengan tujuan ini di India selama lebih 2,000 tahun lalu.[2]
Namun begitu, kajian-kajian masih kurang mencukupi untuk mengesahkan manfaat kesihatan minyak mambu. Amalan minyak mambu secara kecil-kecilan dalam kalangan orang dewasa adalah selamat, tetapi amalan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan hati; minyak mambu adalah beracun terhadap kanak-kanak dan boleh membawa maut.[3]
Pemakanan minyak mambu secara banyak boleh membawa kepada suatu jenis ensefalopati dan oftalmopati beracun.[4]
Makanan
Pucuk dan daun pokok mambu dimakan sebagai ulam-ulaman di India dan tanah besar Asia Tenggara.
Kebudayaan
Pokok mambu juga digunakan dalam upacara keagamaan Hindu dan banyak ditanam berhampiran kuil.
Galeri
-
Bunga di Hyderabad, India.
-
Batang
-
Haiwan di bawah pokok Mambu di Punjabi
-
Dunga di Hyderabad, India.
-
Bunga di Hyderabad, India.
-
Pokok Mambu diperkarangan Masjid Jalan Fikri, Seberang Takir, Terengganu, Malaysia.
-
Daun dan dahan pokok mambu
-
Azadirachta indica - Museum specimen
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pokok Mambu |
Lihat juga
Rujukan
- ^ Barstow, M.; Deepu, S. (2018). "Neem". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2018: e.T61793521A61793525. doi:10.2305/IUCN.UK.2018-1.RLTS.T61793521A61793525.en.
- ^ Anna Horsbrugh Porter (17 April 2006). "Neem: India's tree of life". BBC News.
- ^ Neem, WebMD.
- ^ M.V. Bhaskara; S.J. Pramoda; M.U. Jeevikaa; P.K. Chandana; G. Shetteppa (6 May 2010). "Letters: MR Imaging Findings of Neem Oil Poisoning". American Journal of Neuroradiology. 31 (7): E60–E61. doi:10.3174/ajnr.A2146. PMID 20448012.