Asid oleik adalah asid lemak omega-9 monotepu yang terdapat pada pelbagai sumber haiwan dan tumbuhan. Ia mempunyai formula C18H34O2 (or CH3(CH2)7CH=CH(CH2)7COOH).[1][2] Bentuk tepu asid ini adalah asid stearik. Ia digunakan dalam minyak Lorenzo.
Sumber
Trigliserida asid ini membentuk kebanyakan minyak zaitun dengan kurang daripada 2.0% asid bebas dalam minyak zaitun dara atau ia tidak boleh dimakan jika kepekatan asid melebihi tahap tersebut.[3] Ia juga membentuk 59-75% minyak pecan,[4] 61% minyak kanola,[5] 36-67% minyak kacang tanah,[6] 60% minyak macadamia, 20-85% minyak bunga matahari (jenis berasid oleik tinggi),[7] 15-20% minyak biji anggur, minyak buckthorn laut dan minyak bijan,[1] dan 14% minyak biji popi. Ia juga membentuk 22.18% kandungan lemak daripada buah spesies durian Durio graveolens.[8] Ia banjak didapati dalam banyak lemak haiwan, di mana ia terkandung sebanyak 37 hingga 56% dalam lemak ayam dan ayam belanda[9] dan 44 sehingga 47% dalam lemak khinzir.
Asid ini merupakan asid lemak yang paling banyak dijumpai dalam tisu adipos manusia,[10] serta asid kedua terbanyak secara keseluruhannya dalam badan manusia selepas asid palmitik.[11]
Kegunaan
Asid ini paling utamanya merupakan komponen dalam pelbagai jenis makanan melalui bentuk trigliseridanya, di mana kandungan asid tersebut dalam lemak haiwan dan minyak sayuran juga merupakan sebahagian darpada diet pemakanan manusia.
Bentuk garam natrium yang dihasilkan daripada asid ini merupakan komponen utama dalam pembuatan sebun sebagai bahan pengemulsi. Ia juga digunakan sebagai bahan pelembap.[12] Jumlah kecil asid oleik digunakan sebagai bahan eksipien (excipient) dalam produk farmaseutikal, dan ia turut digunakan sebagai agen pengemulsi atau agen pelarut dalam produk--produk aerosol.[13]
Penguraian asid oleik menghasilkan alkohol oleil.
Rujukan
- ^ a b Thomas, Alfred (2000). "Fats and Fatty Oils". Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry. doi:10.1002/14356007.a10_173. ISBN 3-527-30673-0.
- ^ Pollution Prevention: Chapter 2 - Properties and Fates of Environmental Contaminants Diarkibkan 2009-09-30 di Wayback Machine, slaid sampingan kepada Bishop, Paul L. (2000). Pollution Prevention:Fundamentals and Practice. ISBN 0-07-366147-3.
|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ "Olive Oil and Olive-Pomace Oil Grades and Standards | Agricultural Marketing Service". www.ams.usda.gov. Dicapai pada 2016-01-20.
- ^ Villarreal-Lozoya, Jose E.; Lombardini, Leonardo; Cisneros-Zevallos, Luis (2007). "Phytochemical constituents and antioxidant capacity of different pecan Carya illinoinensis (Wangenh.) K. Koch] cultivars". Food Chemistry. 102 (4): 1241–1249. doi:10.1016/j.foodchem.2006.07.024.
- ^ "Comparison of Dietary Fats Chart". Canola Council of Canada. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-06. Dicapai pada 3 September 2008.
- ^ "The Inheritance of High Oleic Acid in Peanut". The Journal of Heredity. 80 (3): 252–3. 1989.
- ^ "Nutrient database, Release 25". United States Department of Agriculture.
- ^ Mohd Hanif Nasaruddin; Noor Qhairul Izzreen Mohd Noor; Hasmadi Mamat (2013). "Komposisi Proksimat dan Komponen Asid Lemak Durian Kuning (Durio graveolens) Sabah" (PDF). Sains Malaysiana. 42 (9): 1283–1288. ISSN 0126-6039. OCLC 857479186. Dicapai pada 28 November 2017.
- ^ Nutter, Mary K.; Lockhart, Ernest E.; Harris, Robert S. (1943). "The chemical composition of depot fats in chickens and turkeys". Oil & Soap. 20 (11): 231–4. doi:10.1007/BF02630880.
- ^ Kokatnur, MG; Oalmann, MC; Johnson, WD; Malcom, GT; Strong, JP (1979). "Fatty acid composition of human adipose tissue from two anatomical sites in a biracial community". The American Journal of Clinical Nutrition. 32 (11): 2198–205. PMID 495536.
- ^ Oliveira, AF; Chunha, DA; Ladriere, L; dll. (May 2015). "In vitro use of free fatty acids bound to albumin: A comparison of protocols". BioFeedback. BioTechniques (Letter to the Editor). 58 (5): 228–33. doi:10.2144/000114285. PMID 25967901. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-17. Dicapai pada 2018-02-10.
- ^ Carrasco, F. (2009). "Ingredientes Cosméticos". Diccionario de Ingredientes (ed. 4th). m/s. 428. ISBN 978-84-613-4979-1.
- ^ Smolinske, Susan C. (1992). Handbook of Food, Drug, and Cosmetic Excipients. m/s. 247–8. ISBN 978-0-8493-3585-3.
Pautan luar
- Untuk daftar pautan luar yang lengkap, sila lihat sumber kimia.