Pertempuran Gravelines | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang England-Sepanyol | |||||||
Kekalahan Armada Sepanyol, oleh Philippe-Jacques de Loutherbourg, dilukis pada tahun 1797, menggambarkan Pertempuran Gravelines. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Kerajaan England Republik Belanda | Kerajaan Portugal | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Charles Howard Francis Drake | Duke dari Medina Sidonia | ||||||
Kekuatan | |||||||
34 kapal perang,[1] 163 kapal dagang bersenjata, (30 over 200 tons)[1] 30 bot terbang |
22 geliung, 108 kapal dagang bersenjata[2] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
50–100 mati,[3] 400 cedera, 8 kapal api terbakar[4] Penyakit: 6,000-8,000 mati |
Pertempuran Gravelines: Lebih 600 mati, 800 cedera,[5] 397 ditawan, 2 kapal karam[perlu rujukan] Ribut: 51 kapal karam[6] 15,000[7] - 20,000 mati[8] |
Armada Sepanyol (Sepanyol: Grande y Felicísima Armada , "angkatan laut paling besar dan bernasib baik")[9] adalah sebuah armada Sepanyol yang belayar ke England di bawah pemerintahan Duke Medina Sidonia pada tahun 1588, dengan tujuan untuk menjatuhkan Elizabeth I dari England. Misi ini membawa kegagalan besar dan menjadi kayu ukur dalam sejaran tentera laut bagi satu operasi yang buruk dan diuruskan dengan teruk.
Punca
Ini merupakan percubaan penjajahan pertama dalam tempoh beberapa abad berikutnya, dan salah satu episod paling masyhur dalam sejarah Inggeris. Sungguhpun motif Philip adalah kedua-dua keugamaan dan politik, sebab utama yang diberikan untuk serangan ini adalah sebab keugamaan, kerana Elizabeth I dari England telah mencabar Catholics dengan mewajibkan kehadiran di perhimpunan Gereja England dan memenjarakan mereka yang mengadakan atau menghadiri Perhimpunan Keagamaan Khatolik ( Catholic Mass ).
Persaingan ekonomi antara kedua negara secara amnya telah mencetuskan ketegangan semenjak Sir John Hawkins memulakan penyertaan Inggeris dalam perdagangan hamba abadi merentasi-Atlantik pada tahun 1562, yang kemudiannya diberikan sokongan di raja. Pihak Sepanyol menganggap tindakan Hawkins sebagai penyeludupan haram kepada koloni mereka di Indies Barat, mendorong mereka untuk memeranjatkan dan menegelamkan beberapa buah kapal yang membawa ekspedisi menangkaphamba yang diketuai oleh Hawkins dan Sir Francis Drake dalam kejadian San Juan de Ulua, berhampiran Veracruz, Mexico, pada tahun 1568. San Juan de Ulua menjadi kejadian diplomatik yang merosotkan hubungan Anglo-Spanyol, yang sebelum itu tenang, embittering Drake and Hawkins sehinggakan mereka dan kelasi Inggeris lain berpaling kepada melanun ( privateers )sebagai cara memecahkan, apa yang dianggap, cengkaman Sepanyol ke atas perdagangan Atlantik. Aktiviti lanun Inggeris di Spanish Main beberapa tahun sebelum serangan Armada telah mengurangkan perbendaharaan Sepanyol, dan pada April 1587 Drake telah membakar 37 kapal Sepanyol di pelabuhan Cádiz.
Tambahan lagi, England telah menyertai Perang Lapan Puluh Tahun berpihak kepada Protesten Belanda ( Dutch Protestant ) Jajahan Bersekutu United Provinces, pemberontakan yang diketuai oleh William I dari Orange, melawan Sepanyol. Pada 29 Julai 1587, Philip mendapat kebenaran Papal untuk menjatuhkan Elizabeth, yang telah dilaknat ( excommunicated ) oleh Pope Pius V, dan menggantikannya dengan barangsiapa yang dia suka di atas takhta England.
Rancangannya
Rancangan penjajahan Philip amat mudah fourchette: Duke Parma, yang mengetuai tentera Sepanyol di Belanda yang dibawah penguasaan Sepanyol pada masa itu, akan menyusun pasukan penjajah di persisiran Laut Utara. Satu-satunya cara Parma mengangkut tentera menyeberangi Selat Inggeris dengan menggunakan angkatan tongkang yang berharga. Dengan itu, Armada akan berlayar ke Utara dari Lisbon yang dibawah penguasaan Sepanyol dan bertemu dengan tentera Parma untuk melindungi perlayarannya. Pemerintahan Armada diserahkan kepada Alonso de Guzman El Bueno, 7th Duke of Medina Sidonia, seorang tentera tanpa pengalaman di laut. Arahan Philip kepadanya adalah terperinci dan tegas, berbanding dengan polisi Queen Elizabeth I yang menyerahkan tanggungjawab keputusan ketenteraan keatas komander tentera laut.
Rancangan penjajahan Armada telah cacat dari mula lagi dari segi ketepatan masa yang tidak mungkin ditepati dan perhubungan yang diperlukan antara Medina Sidonia dan Parma, termasuk juga ketiadaan pelabuhan laut dalam tersedia bagi pihak Sepanyol di barat laut persisiran Eropah untuk angkatan sebesar saiz dan komposisi Armada. Bagaimanapun, pertemuan dengan Parma adalah mungkin sekiranya Armada dapat mengekalkan posisi di selat Inggeris berhampiran tongkang Parma yang berselerakan cukup lama bagi membenarkan dia mengumpulkan tenteranya untuk bertempur.
Perlaksanaan
Pada 28 May 1588 Armada, dengan 130 buah kapal dan 30,000 orang, mula belayar dari Lisbon menuju ke teluk Inggeris. Pada masa ini angkatan Inggeris sedang bersiap dan menunggu berita pergerakan angkatan Sepanyol di Plymouth. Ia mengambil masa sehingga 30 May sebelum semua kapal berlepas dari pelabuhan, dan pada masa yang sama duta Elizabeth, Dr Valentine Dale berjumpa dengan wakil Parma untuk memulakan perundingan perdamaian. Hanya pada 17 Julai perundingan perdamaian dibatalkan sepenuhnya.
Armada Sepanyol bertembung dengan cuaca buruk yang melambatkan mereka telah di lihat oleh pihak Inggeris pada 19 Julai di The Lizard, Cornwall. Dengan menggunakan rangkaian unggun api sepanjang persisiran pantai selatan England, berita ini sampai ke Landon dalam tempoh hanya dua hari. Armada menyusur pantai sehingga ke Plymouth, dimana 150 buah kapal Inggeris berlayar pada malam ke 19. Pihak Inggeris dibawah pemerintahan Lord Howard of Effingham (kemudiannya Earl of Nottingham), tetapi dia mebut he had acknowledged Sir Francis Drake, technically his subordinate, sebagai komander angkatan laut yang lebih berpengalaman dan memberikannya kawalan penuh.
Dua minggu berikutnya berlaku dua pertempuran yang tidak jelas keputusannya, satu di Eddystone dan di Portland, Dorset, termasuk juga dua kapal Sepamyol yang karam di Isle of Wight. Pada masa yang sama, Robert Dudley, Earl of Leicester sedang mengumpulkan pasukan 4,000 tentera di Tilbury Fort, Essex, untuk mempertahankan muara Sungai Thames sekiranya tentera Sepanyol mendarat.
Pada 27 Julai, pasukan Armada Sepanyol berlabuh di luar Calais, tidak jauh dari 16,000 orang tentera Parma yang menunggu di Dunkirk, dalam bentuk bulan sabit, formasi pertahanan bersusun padat. Mereka terpaksa membentuk formasi tersebut disebabkan ketiadaan pelabuhan laut dalam di Perancis atau Negara Rendah ( Low Countries ) di mana Armada boleh berteduh - satu kecuaian di pihak Philip, walaupun sebenarnya kebanyakan pelabuhan Eropah tidak direka untuk mengendalikan angkatan seumpama Armada. Pada tengah malam 28 Julai, pihak Inggeris melancarkan kapal api yang penuh berisi minyak tar dan ubat bedil dan menghantar mereka mengikut angin kearah kapal Sepanyol yang berlabuh rapat-rapat itu. Keadaan panik berlaku, merosakkan moral tetapi lebih penting lagi mengucar-kacirkan kapal Sepanyol ketika mereka memotong sauh. Kapal Inggeris yang lebih ringan kini mampu menghadapi kapal Sepanyol dengan lebih seimbang.
Medina-Sidonia cuba membentuk kembali angkatannya di Gravelines, Perancis, tetapi pihak Inggeris menyerang pada 29 Julai. 11 kapal Sepanyol musnah atau rosak (walaupun kebanyakan kapal kelas-Atlantik laut dalam bebas tanpa kerosakan besar), dan pihak Sepanyol mengalami hampir 2,000 kematian akibat pertempuran dan penyakit dan pendedahan, sebelum kedua pihak kehabisan peluru dan pertempuran terhenti. Kamatian di pihak Inggeris lebih sedikit, pada awalnya beberapa ratus akibat pertempuran itu sendiri, tetapi wabak penyakit typhus melanda pasukan bertahan, membunuh beribu-ribu kelasi Inggeris. Walaupun pertempuran Gravelines itu sendiri seri, pihak Inggeris yang bertahan kini lega apabila Medina Sidonia, yang tidak menyedari bahawa pihak Inggeris kekurangan peluru, mengarahkan Armada ke timur dan utara zon pertemuan dengan Parma di selat Inggeris.
In 2002 Dr Colin Martin of St Andrews University claimed that many Spanish ships carried cannon shot that was the wrong size for their cannons.
Sehari selepas Gravelines, arah angin bertukar, membolehkan Medina Sidonia mengarahkan Armada keutara (menjauhi persisiran Perancis). Pihak Inggeris mengejar dan menggangu angkatan Sepanyol, menghalangnya dari membentuk dan kembali mengiringi Parma, tetapi sekali lagi bekalan peluru menjadi penghalang dan pihak Inggeris terpaksa berhenti. Pada 12 Ogos, Howard menghentikan pengejaran angkatan Sepanyol di Firth of Forth.
Sementaraitu, bahaya penjajahan dari Belanda masih belum diketepikan. Pada 8 Ogos, Elizabeth pergi ke Tilbury untuk menaikan semangat tenteranya, dan pada keesokan harinya memberikan ucapan yang kemungkinannya ucapannya yang paling terkemuka:
- "... Beta datang dikalangan kamu sebagaimana yang kamu lihat, pada masa ini, bukannya untuk berehat dan disport, tetapi bertekad di tengah dalam keadaan pertempuran untuk hidup atau mati bersama kamu semua, untuk meletakkan kehormatan dan darah beta, untuk Tuhakku, dan rakyat beta, walaupun dalam debu.
- Beta tahu Beta mempunyai badan wanita yang lemah, tetapi Beta mempunyai semangat dan tekad seorang raja, dan sebagai raja England juga ..."
Bagaimanapun, Parma tidak menyeberangi Selat Inggeris, dan tentera di Tilbury dibubarkan kemudiannya pada bulan yang sama.
Hasilnya
Armada terpaksa kembali ke Sepanyol dengan belayar merentasi persisiran utara Scotland dan Ireland - pelayaran yang merbahaya yang mana Armada Sepanyol itu dilanda badai September yang menyebabkan kerosakan teruk. Hanya 67 buah kapal terselamat dan 10,000 orang terselamat. Kerugian pada pihak Inggeris kurang dari separuh berbanding pihak Sepanyol dan tiada kapal yang binasa, tetapi kelasi Inggeris diserang oleh wabak typhus yang mendatangkan maut, termasuk kemungkinannya cirit-birit, yang membunuh anggaran 6,000–8,000 tentera menurul anggaran berlainan. Kelasi Inggeris juga menderita terdedah kepada cuaca melampau dan pertikaian kewangan yang melemahkan moral selepas kekurangan wang yang tegar di pihak Inggeris menyebabkan mereka yang terbabit dalam peperangan tidak mendapat sebarang bayaran sehingga berbulan-bulan selepas itu.
Kemenangan itu masih dianggap oleh pihak Inggeris sebagai teragung semenjak Agincourt. Kesan pada ( national pride ) berpanjangan beberapa tahun, dan lagenda Elizabeth berkekalan sehingga kematiannya. Perwakilan seluruh Eropah terpaksa mengakui England sebagai kuasa ketenteraan yang tersendiri, dihormati dengan apa yang tidak pernah dilihat semenjak kemenangan pihak Inggeris dalam Perperangan Seratus Tahun dengan Perancis. Pertempuran Armada juga merombak pertempuran tentera laut dan memberikan pengalaman berlayar yang berharga kepada kelasi pelayar England. Tambahan lagi, kekalahan Armada menyebabkan pihak Inggeris berterusan melanun menentang Sepanyol dan berterusan mengirim tentera untuk membantu musuh Philip II di Bemalda dan Perancis.
Bagaimanapun, kekalahan Armada Sepanyol bukannya pertempuran muthlak. Pada tahun English Armada di bawah pemerintahan Drake dan Sir John Norris dihantar pada 1589 untuk membakar tentera laut Atlantik Sepanyol, yang terselamat dalam pertempuran Armada dan ketika itu berlabuh di Santander dan San Sebastian di utara Sepanyol, termasuk juga untuk menahan angkatan harta karun Sepanyol dan menyingkirkan Sepanyol dari Portugal, yang diperintah oleh Philip semenjak tahun 1580. Sebagaimana Sepanyol sebelumnya, Armada Inggeris gagal mencapai semua matlamatnya dan pasukan yang menyerang diundurkan dengan kerosakan dan kerugian teruk pada perbendaharaan Elizabeth.
Tentera Laut Sepanyol kemudiannya berjaya membaiki dan melengkapkan (sebahagiannya mengikut pihak Inggeris), dan tentera laut yang baru adalah lebih berkesan dari angkatan sebelum 1588. Perperangan Anglo-Sepanyol berlarutan sehingga 1604 dan, walaupun pihak Inggeris sekali lagi berjaya merompak Cádiz pada tahun 1596, pihak Sepanyol menang dalam kebanyakan pertempuran laut dan darat dalam tempoh antara 1588 dan pertengahan abad ke 17.
Sistem konvoi yang canggih dan jaringan perisikan yang diberbaiki mematahkan usaha lanun Inggeris pada angkatan harta karun Sepanyul semasa tahun 1590-an. Ini jelas terbukti dalam kegagalan ekspedisi merompak oleh Sir Martin Frobisher dan John Hawkins pada awal dekad 2000, termasuk juga mematahkan skuarden serangan hendap yang diketuai oleh Effingham pada tahun 1591 berhampiran Azores, yang menonjolkan penyerahan diri dan perampasan kapal Inggeris Revenge oleh pihak Sepanyol selepas tentangan terakhir oleh kaptennya, Sir Richard Grenville. Pengiring konvoi membolehkan Sepanyol menghantar tiga kali ganda emas dan perak pada tahun 1590-an berbanding dekad sebelumnya.
Kedua-dua Drake dan Hawkins terbunuh dalam malapetaka ekspediri merompak terhadap Puerto Rico, Panama, dan sasaran lain di Laluan Utama Sepanyol pada tahun 1595–1596, kekalahan tenteran laut yang dialami pihak Inggeris dengan kehilangan banyak kapal dan ramai tentera. Juga ada tahun 1595, pasukan Sepanyol dibawah pemerintahan Don Carlos de Amesquita mendaratkan tentera di Cornwall, England barat. Tentera Amesquita merompak dan membakar Penzance dan perkampungan sekitarnya, merampas bekalan dan mengadakan perhimpunan ( Mass ), dan berlepas sebelum mereka dapat dipintas.
Pihak Inggeris mengalami kegagalan di laut di Kepulauan Voyage melawan Azores pada tahun 1597, dan terbabit dalam perang gerila di Ireland yang berlangsung hampir satu dekad apabila bangsawan Ulster, Hugh ONeill dan Red Hugh ODonnell bangkit menentang penjajahan Inggeris pada tahun 1594, dengan sokongan Sepanyol.
Perperangan yang berlarutan dengan Sepanyol selepas Armada dsecara tidak langsung membantut pendudukan Inggeris di Amerika Utara sehingga awal tempoh Stuart, dan Sepanyol kekal menjadi kuasa besar Eropah sehingga abad ke 17 sehingga dikalahkan oleh Perancis dalam Perperangan Tiga Puluh Tahun dan kebangkitan kuasa laut Belanda pada akhir abad ke 17. Sementara kekalahan Armada gagal membolehkan pihak Inggeris menggantikan Sepanyol sebagai kuasa laut, atau memulakan pengdudukan Amerika, ia merupakan sumber inspirasi berharga bagi pelaut Inggeris kemudian, terutamanya dalam pertelingkahan laut Anglo-Perancis pada abad ke 18 apabila England akhirnya muncul sebagai kuasa laut terkemuka Eropah dan negara penjajah.
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b Colin Martin, Geoffrey Parker,The Spanish Armada, Penguin Books, 1999, ISBN 1-901341-14-3, p. 40.
- ^ Colin Martin, Geoffrey Parker,The Spanish Armada, Penguin Books, 1999, ISBN 1-901341-14-3, pp.10, 13, 19, 26.
- ^ Lewis, Michael.The Spanish Armada, New York: T.Y. Crowell Co., 1968, p. 184.
- ^ John Knox Laughton,State Papers Relating to the Defeat of the Spanish Armada, Anno 1588, printed for the Navy Records Society, MDCCCXCV, Vol. II, pp. 8–9, Wynter to Walsyngham: indicates that the ships used as fire-ships were drawn from those at hand in the fleet and not hulks from Dover.
- ^ Lewis, p. 182.
- ^ Lewis p. 208
- ^ Cruickshank p.56
- ^ Lewis p. 208-9
- ^ Juga dikenali sebagai Armada Kebal, "Angkatan Laut Kebal", oleh England, dengan tujuan ikonik.
Sumber utama
- A History of England, from the Defeat of the Armada to the Death of Elizabeth by Edward Cheyney ISBN 000333496
- The Spanish Armada : the Experience of the War in 1588 by Felipe Fernández-Armesto ISBN 0-19-822926-7
- Sir Francis Drake : the Queen's Pirate by Harry Kelsey ISBN 0-300-07182-5
- The Defeat of the Spanish Armada by Garrett Mattingly ISBN 0-395-08366-4
- The Expedition of Sir John Norris and Sir Francis Drake to Spain and Portugal, 1589, edited by RB Wernham ISBN 0-566-05578-3
- The Return of the Armadas : the Later Years of the Elizabethan War against Spain, 1595-1603 by RB Wernham ISBN 0-19-820443-4
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Armada Sepanyol |