Amirul Azwan | |
|---|---|
| Kelahiran | Amirul Azwan bin Mohd. Ghazali 3 Julai 1988 |
| Meninggal dunia | 25 November 2025 (umur 37) Hospital Umum Sarawak, Kuching |
| Sebab kematian | Serangan jantung |
| Nama lain | Amirul Azwan Amirul AF4 |
| Pekerjaan | Penyanyi |
| Tahun aktif | 2006–2025 |
Amirul Azwan atau dikenali dengan Amirul AF4 (3 Julai 1988 – 25 November 2025) ialah seorang penyanyi Malaysia. Dia ialah bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim keempat, yang berasal dari Kuching, Sarawak.
Penglibatan dalam Akademi Fantasia
Amirul diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim keempat. Dia telah tersingkir pada konsert ke-8. Seterusnya, Amirul diserap masuk bersama tujuh peserta yang lain tetapi beliau tidak berjaya untuk masuk ke peringkat akhir bersama empat finalis yang lain dengan hanya menduduki tempat ketiga untuk pusingan khas, AF MASUK.
Berikut ialah senarai lagu yang dipersembahkan dalam AF:
- Konsert Prelude: Biru - nyanyian asal oleh OAG
- Konsert Pertama: Dengar Ini Cerita - nyanyian asal oleh P. Ramlee
- Konsert Kedua: Fiona - nyanyian asal oleh 4U2C
- Konsert Ketiga: Yesterday - nyanyian asal oleh Beatles
- Konsert Keempat: Khatulistiwa - nyanyian asal oleh Blues Gang
- Konsert Kelima: Lagu Zaman - nyanyian asal oleh Tan Sri SM Salim dan Ramli Sarip
- Konsert Keenam: Sedang Ingin Bercinta - nyanyian asal oleh Dewa
- Konsert Ketujuh: Oh No Kamu - nyanyian asal oleh V.E.
- Konsert Kelapan: Jatuh - nyanyian asal oleh Adam
- Konsert Kesembilan: Kurniaan Cinta - nyanyian asal oleh Adi Fashla AF1
- Konsert Kesepuluh: Ceritera - nyanyian asal oleh Bittersweet
Kehidupan peribadi
Amirul ialah anak kelahiran Kuching, Sarawak dan berketurunan Melanau dan Cina.[1] Amirul mendirikan rumah tangga pada 2023.[2]
Meninggal dunia
Amirul Azwan meninggal dunia pada 25 November 2025, dipercayai akibat serangan jantung.[2] Semasa meninggal dunia, isterinya sedang hamil di trimester ketiga.[2]
Rujukan
- ^ Sarawak, Utusan (2025-11-25). "Bekas peserta AF4, Amirul Azwan, meninggal dunia". UTUSAN SARAWAK (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-12-04.
- ^ a b c Sallehuddin, Serimah Mohd. "Amirul AF4 meninggal dunia, dipercayai akibat serangan jantung". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-11-25.
Pautan luar
- Profil Amirul Diarkibkan 2006-07-07 di Wayback Machine








