Amen Khalid | |
---|---|
Kelahiran | Mohd Khalid Amen bin Mohamad 1995 (umur 28–29) |
Pekerjaan | Penyunting, pengarah filem, pelakon |
Tahun aktif | 2004–kini |
Ibu | Hasmah Hassan |
Bapa | Allahyarham Mamat Khalid |
Saudara |
|
Keluarga | Mohd Nor Khalid (bapa saudara) |
Mohd Khalid Amen Mohamad (lahir 1995 di Perak, Malaysia) ialah seorang penyunting dan pengarah filem Malaysia. Beliau ialah anak kepada pengarah filem, Allahyarham Mamat Khalid.[1][2]
Kerjaya
Beliau memulakan kerjayanya sebagai penyunting untuk beberapa filem arahan bapanya, Allahyarham Mamat Khalid termasuk Rock Oo! (2013) dan Hantu Kak Limah (2018). Amen juga pernah berlakon dalam filem Apokalips X (2014), filem cereka sains pasca-apokaliptik arahan Allahyarham Mamat Khalid.
Kerjayanya sebagai pengarah bermula apabila beliau diberi tanggungjawab mengarahkan filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali yang tidak sempat diarahkan oleh bapanya yang meninggal dunia pada 24 Oktober 2021 akibat penyakit jantung.[3] Ditayangkan di Astro First pada 3 Mac 2022, filem ini menerima kejayaan meluas dan beliau sendiri menerima pujian sebagai pengarah.[4]
Kehidupan peribadi
Amen Khalid ialah anak keempat daripada lima beradik. Bapanya ialah pengarah filem, Allahyarham Mamat Khalid dan ibunya ialah Hasmah Hassan. Adik-beradiknya yang lain ialah Khalid Zaffa, Khalid Adam, Nor Sara dan Nor Hasanah.[5]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Watak | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Penyunting | Pengarah | Pelakon | ||||
2006 | Man Laksa | Filem pertama sebagai pelakon kanak-kanak | ||||
2013 | Rock Oo! | |||||
2014 | Zombie Kilang Biskut | |||||
Apokalips X | Amen | |||||
2015 | Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh | |||||
2016 | Rock Bro! | |||||
2018 | Hantu Kak Limah | |||||
2020 | Rock 4: Rockers Never Dai | |||||
Manap Karaoke | ||||||
2021 | 18 Puasa di Kampong Pisang | |||||
2022 | Kampong Pisang Berbuah Dua Kali | Filem arahan pertama | ||||
Rajawali | ||||||
2023 | Doh | Pemilik Kedai | Penampilan kameo | |||
2024 | 19 Puasa: Playboys Of Plestik Hitam | |||||
Roxana | ||||||
2025 | 6 Jilake | Penampilan kameo | ||||
Hantu Lompat Di Kampom Pisam! | ||||||
TBA | Sahul Bhai |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Watak | Saluran TV | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Penyunting | Pengarah | Pelakon | |||||
2004 | 15 Puasa | ntv7 | Drama pertama sebagai pelakon kanak-kanak | ||||
2017 | 16 Puasa | Astro First Eksklusif | |||||
2019 | 17 Puasa |
Drama
Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Watak | Saluran TV | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Penyunting | Pengarah | Pelakon | |||||
2020 | Kampong Pisang Bersiri-siri | Astro Citra |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Peranan | Saluran TV | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Penyunting | Pengarah | Pelakon | |||||
2021 | Memoir Selebriti: Journey To Stardom - Mamat Khalid | Dirinya sendiri | Astro Prima | ||||
2022 | Warong Pak Jabit | Dirinya sendiri | Astro Ria |
Rujukan
- ^ Qarami Hashim (3 Mac 2022). "Amen Khalid menangis di kerusi pengarah sekuel Kampong Pisang... Kadang-Kadang Dengar Suara Arwah Mamat Khalid". mStar Online. Dicapai pada 11 Mac 2022.
- ^ Fathullah Abu Bakar (10 Mac 2022). "Amen meneruskan legasi Mamat Khalid". Utusan Malaysia. Dicapai pada 11 Mac 2022.
- ^ Zaidi Mohamad (8 Disember 2021). "Tahan air mata di lokasi". Berita Harian. Dicapai pada 11 Mac 2022.
- ^ Najiy Jefri (3 Mac 2022). "Emosi Amen Khalid terganggu di kerusi pengarah". Harian Metro. Dicapai pada 11 Mac 2022.
- ^ Shazryn Mohd. Faizal (1 Oktober 2008). "Keluarga pengikat kasih Mamat". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-25. Dicapai pada 26 Ogos 2018 – melalui Utusan Online.