Bawang | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Allium (Bawang)
|
Spesies: | Allium sp.
|
Nama binomial | |
Allium sp. |
Bawang (Jawi: باوڠ ) ialah suatu sayur dalam genus monokotiledon tumbuhan berbunga Allium. Genus ini mengandungi ratusan spesies dan telah dituai sepanjang sejarah manusia, namun hanya belasan yang masih penting secara eknonomi hari ini sebagai tanaman sayur. Sebahagian yang lain pula dijadikan pokok hiasan.[1][2]
Saudara terdekatnya termasuk bawang putih, daun bawang, lik,[1] dan bawang cina.[3]
Nama saintifik bawang ialah Allium sp. iaitu perkataan Latin bagi bawang putih[4] dikatakan datang daripada bahasa Greek αλεω, "elak", kerana baunya yang busuk.[1] Bawang merupakan umbisi pokok yang tertanam dalam tanah. Bagaimanapun bawang berbeza dengan ubi-ubi lain disebabkan bawang terbentuk daripada lapisan-lapisan daun yang berpadu membentuk bawang.
Jenis bawang جنيس باوڠ
Terdapat pelbagai jenis bawang seperti berikut :-
- Bawang merah,
- Bawang putih,
- Bawang besar (kuning, putih dan merah)
- Kucai
- Bawang perai
- Daun bawang
Kegunaan كڬوناءن
Masakan
Bawang paling banyak digunakan sebagai bahan masakan kerana bahagian berbeza-beza tumbuhan ini menghasilkan pelbagai rasa dan tekstur sama ada dimasak atau mentah. Bawang biasanya digunakan untuk menambah rasa, menaikkan aroma masakan, atau sebagai hiasan hidangan. Bawang putih sering dijerukkan untuk dijadikan kudapan. Kucai pula hanya daunnya yang dituai manakala bawangnya dibiarkan di dalam tanah untuk menumbuhkan daunnya semula. Bawang besar sering digunakan sebagai rempah tetapi juga boleh dipotong cincin lalu digoreng tepung untuk dijadikan kudapan.
Tanaman hiasan
Kerana bunganya yang cantik dan warnanya yang pelbagai bawang juga sering digunakan sebagai tanaman hiasan.
Bawang banyak digunakan dalam masakan.
Lihat juga ليهت جوݢ
Pautan luar ڤاؤتن لوار
- PANDUAN MENANAM BAWANG[pautan mati kekal]
- "WCSP". World Checklist of Selected Plant Families. (cari "Allium").
- Allium di:Index Nominum Genericorum di:References di:NMNH Department of Botany
- Bloomsta.com Florist Community
- Pacific Bulb Society
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Bawang. |
Rujukan روجوعن
- ^ a b c Block, E. (2010). Garlic and Other Alliums: The Lore and the Science. Royal Society of Chemistry. ISBN 978-0-85404-190-9. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Block2010" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Dilys Davies (1992). Alliums: The Ornamental Onions. Timber Press. ISBN 0-88192-241-2.
- ^ "AllergyNet — Allergy Advisor Find". Allallergy.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Jun 2010. Dicapai pada 14 April 2010.
- ^ Umberto Quattrocchi. 2000. CRC World Dictionary of Plant Names Jilid I, m/s. 91. CRC Press: Boca Raton; New York; Washington,DC;, USA. London, UK. ISBN 978-0-8493-2673-8 (set)