Al Masih | |
---|---|
Fail:Messiah Poster - LC.jpg | |
مسیح | |
Pengarah | Nader Talebzadeh |
Penulis | Nader Talebzadeh |
Berdasarkan | Bible Nasrani Al Quran Injil Barnabas |
Dihasilkan oleh | Abdollah Saeedi |
Dibintangi | Ahmad Soleiman Nia Fathali Oveisi Valiollah Momeni Ahmad Najafi Morteza Zarrabi Mina Bagheri Sirous Asnaghi |
Sinematografi | Sadegh Mianji |
Muzik oleh | Loris Tjeknavorian |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 82 minutes |
Negara | Iran |
Bahasa | Persian |
Mesih ( Parsi: مسیح, rumi: Masih), atau Al Masih (The Messiah), [1] [2] [3] [4] [5] serta turut dinamakan sebagai Isa,[6] Khabar Gembira dari Juruselamat (Jesus: Good Tidings of the Saviour) ( Parsi: بِشارت مُنجی, rumi: Bašārat me-najy ) [7] Isa, Roh Kudus (Jesus, the Spirit of God) [8] [9] [10] [11] [12] [4] ialah sebuah filem buatan Iran terbitan tahun 2007 yang diarahkan oleh Nader Talebzadeh (1953—2022) yang menggambarkan kehidupan Isa dari pandangan Islam, yang bukan sahaja bersumberkan dari kisah kitab Bible Nasraniah, tetapi juga daripada kitab suci Al-Quran, dan sedikit sebanyak memetik kisah Nabi Isa dari kitab Injil tulisan Barnabas . [8] Pnegisahan daripada sumber Kitab Barnabas ini selari dengan tafsiran Islam tentang asal usul agama Kristian . Pelakon Iran yang memainkan peranan sebagai Nabi Isa ialah Ahmad Soleimani Nia. [13] [14] Beberapa pertubuhan Islam memetik filem ini bagi menyokong pandangan Islam tentang Yesus .
Talebzadeh memberikan pandangannya tentang The Passion of the Christ (Keghairahan Yesus), "Filem Mel Gibson ialah filem yang sangat menarik. Maksud saya, ia sebuah filem yang direka dengan baik tetapi ceritanya salah." [1] Filem ini mempunyai dua pengakhiran, satu daripada Bible Kristian dan satu daripada Al-Quran.
Tajuk ini diterbitkan sebagai sebuah filem sepanjang dua jam lebih dan sebuah siri TV untuk ditayangkan di TV Iran. [7]
Pelakon
Krew perfileman
- Pengarah Fotografi: Sadegh Mianji
- Bunyi: Seyed Jalal Hosseini
- Pereka Set & Kostum: Ahmad Soleimani-Nia
- Pereka Solekan: Morteza Zarrabi
- Penerbit Eksekutif: Abdollah Saeedi
- Pembantu Penerbit: Saeed Kazemi
- Jurugambar: Saeed Sourati
- Muzik: Loris Tjeknavorian
Siri TV
Filem ini telah diadaptasi ke dalam siri televisyen yang telah ditayangkan di TV Iran. [2] Seperti yang telah disebutkan oleh Variety tentang filem ini; "Dengan lebih 1,000 pelakon utama dan pelakon tambahan, filem ini merupakan salah sebuah penghasilan filem terbesar yang pernah dibuat di Iran. Versi filem yang lebih panjang disiarkan sebagai 20 episod sepanjang 45 minit setiap satunya selepas versi filem wayang panggung ditayangkan di sini." [7] Siri ini juga telah dialih suara dalam pelbagai bahasa, termasuklah bahasa Arab untuk ditayangkan di stesen televisyen negara Arab.
Tayangan siri berdasarkan filem itu oleh dua stesen televisyen Lubnan Al-Manar dan Rangkaian Penyiaran Nasional semasa bulan Suci Ramadan telah digantung selepas penyiaran satu episod awal, kerana pihak berkuasa agama Kristian di negara itu menuntut siaran digantung. kerana banyak penggambaran dalam filem itu bercanggah dengan kepercayaan gereja Kristian tradisional tentang Yesus. [15] Ini adalah siaran berjadual dalam siri yang disesuaikan dengan televisyen dan dialih suara ke dalam bahasa Arab dan ditayangkan di banyak stesen televisyen Arab semasa Ramadan. [16]
Penyaliban
Filem ini menggambarkan Yesus sebagai pesuruh Tuhan, bukan sebagai anak Tuhan seperti kelaziman kepercayaan Kristian dan menyatakan bahawa orang lain telah disalibkan sebagai gantinya. Talebzadeh menunjukkan Yahudza disalib dan bukannya Yesus seperti kepercayaan penganut Islam dan Yesus sendiri telah diselamatkan oleh Allah SWT dan terus diangkat ke langit tanpa melalui kematian.
Sebahagian besar penganut Kristian percaya bahawa Yesus adalah anak Tuhan (baginda sendiri adalah bersifat ketuhanan dan sebahagian daripada Ketuhanan) dan menjadikan baginda sebahagian daripada Tritunggal Suci, dan yakin baginda mati di atas penyaliban untuk menebus keselamatan untuk manusia sebelum dibangkitkan semula dan diangkat ke langit. [17]
Anugerah dan perayaan
Filem ini telah ditayangkan di Festival Filem Philadelphia. [14] Festival Filem Religion Today 2007 di Itali telah memberikan filem itu anugerah kerana mempromosikan persefahaman antara agama. [1] [18]
Lihat juga
- Maryam Dirahmati (filem Iran)
- Kerajaan Sulaiman
- pawagam Iran
Rujukan
- ^ a b c "'Jesus' hits Iranian movie screens". Khaleej Times. Agence France-Presse. 13 January 2008. Dicapai pada 8 February 2015. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "afp" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b "ABC News: Story of Jesus Through Iranian Eyes". ABC News. 16 February 2008. Dicapai pada 3 January 2012. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "abcnews.go.com" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "New Jesus tv series through the eyes of a Muslim director". CNN-IBN. Dicapai pada 3 January 2012.
- ^ a b "Nader Talebzadeh, Iranian Director". Ntalebzadeh.multiply.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 January 2012. Dicapai pada 3 January 2012.
- ^ TheDeeZone (18 February 2008). "Jesus From a Muslim Perspective « TheDeeZone". Thedeezone.wordpress.com. Dicapai pada 3 January 2012.
- ^ Iran Daily – Arts & Culture – 09/30/07 Diarkibkan 25 Februari 2008 di Wayback Machine
- ^ a b c Young, Deborah (13 February 2005). "'Messiah' has Islamic take on Jesus – Entertainment News, Film News, Media". Variety. Dicapai pada 3 January 2012. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "variety" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b "Bible Films Blog: ABC on Jesus the Spirit of God". Biblefilms.blogspot.com. 25 February 2008. Dicapai pada 3 January 2012.
- ^ "Islamic Jesus Movie: From Iran With Love! How Long Before TBN Airs It? « Jesus Christology". Healtheland.wordpress.com. 14 January 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 May 2016. Dicapai pada 3 January 2012.
- ^ "'Islamic Jesus' hits Iranian movie screens". Directions to Orthodoxy. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 February 2012. Dicapai pada 3 January 2012.
- ^ "'Islamic Jesus' hits Iranian movie screens". Iranian.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 October 2012. Dicapai pada 3 January 2012.
- ^ "'Islamic Jesus' hits Iranian movie screens". Sawfnews.com. 13 January 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 February 2012. Dicapai pada 3 January 2012.
- ^ "Islamic Jesus hits Iranian movie screens". Directionstoorthodoxy.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 February 2012. Dicapai pada 3 January 2012.
- ^ a b ""Jesus" reflects Muslim belief in Philadelphia filmfest". tehran times. 5 April 2008. Dicapai pada 3 January 2012. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "tehrantimes.com" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "Los Angeles Times: Lebanon – Iranian director's Jesus film pulled". Los Angeles Times. 16 August 2010. Dicapai pada 3 January 2012.
- ^ "AFP: Lebanon bans Iranian-made biopic of Christ". 13 August 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 August 2010. Dicapai pada 3 January 2012.
- ^ Usher, Sebastian (13 August 2010). "BBC News: Lebanese Christians angered by TV show about Christ". BBC. Dicapai pada 3 January 2012.
- ^ ""The Story of Jesus Through Iranian Eyes" from ABC News". ABC News. 16 February 2008. Dicapai pada 3 January 2012.