Al-Sayyida al-Mu'iziyya | |||||
---|---|---|---|---|---|
Ibu kepada Imam-caliph | |||||
Tenure | 975–995 | ||||
Keputeraan | Mahdia, Tunisia | ||||
Kemangkatan | c. 995 Cairo, Mesir | ||||
Pasangan | al-Mu'izz li-Din Allah | ||||
Anak | al-Aziz | ||||
|
Al-Sayyida al-Mu'iziyya, dikenali sebagai Durzan,[1] ialah permaisuri utama Fatimiyah Khalifah al-Muizz[2] dan ibu kepada imam-khalifah Fatimiyyah al-Aziz.[3][4] Beliau dikenali sebagai penaung pertama seni bina Fatimiyah. Durzān juga mengasaskan masjid Fățimid yang kedua di Kaherah, sebuah masjid jemaah (tidak lagi wujud) yang terletak di Qarafa.[5][6]
Biografi
Durzan dilahirkan di kota Mahdia, yakni terletak di pantai Tunisia zaman moden, pada kira-kira 955,[7] dan dibawa sebagai hamba, atau jariya, ke harem Fatimiyah. Dikatakan bahawa, kerana nyanyiannya yang indah, dia juga digelar Taghrid (har. Menyanyi seperti burung).[7] Walaupun banyak sumber zaman Fatimiyah telah dimusnahkan, bukti material dan sumber sastera wujud yang mengesahkan keluasan naungannya.
Pada tahun 976,[8] Durzan mulakan fasa pertama pembinaan Masjid Jami al-Qarafa bersama anak perempuannya, Sitt al-Malik. Seperti yang dikatakan oleh Cortese dan Calinedri, pembinaan Masjid Jami al-Qarafa ini menandakan fasa pertama daripada dua fasa utama naungan seni bina wanita Fatimiyah. Durzan juga menaja qasr (istana), kolam air dan makam.[9][10]
Delia Cortese dan Simonetta Calderini telah mencatatkan naungan wanita Fatimid terhadap monumen awam dan kaitan antara ketakwaan dan amal jariah semasa peringkat awal pemerintahan Fatimid.
Pada tahun 973, beliau berpindah ke Kaherah yang baru ditubuhkan, iaitu ke mahkamah Khalifah.[7] Beliau meninggal dunia di bandar tersebut pada tahun 995.[7]
Rujukan
- ^ "Splendour of Fatimid architectural legacy in Egypt remains vibrant". the.Ismaili (dalam bahasa Inggeris). 2017-02-13. Dicapai pada 2021-11-17.
- ^ Hasan, Masudul; Waheed, Abdul (1974). An Introduction to the Study of Islam: 1001 Questions & Answers (dalam bahasa Inggeris). Ferozsons. m/s. 121.
- ^ Grabar, Oleg (1987). Muqarnas: An Annual on Islamic Art and Architecture (dalam bahasa Inggeris). BRILL. m/s. 16. ISBN 978-90-04-08155-0.
- ^ Bloom, Jonathan M. (2007). Arts of the City Victorious: Islamic Art and Architecture in Fatimid North Africa and Egypt (dalam bahasa Inggeris). Yale University Press. m/s. 70. ISBN 978-0-300-13542-8.
- ^ Cortese 2006.
- ^ Reassessing the Roles of Women as 'Makers' of Medieval Art and Architecture (dalam bahasa Inggeris). BRILL. 2012-05-07. m/s. 662. ISBN 978-90-04-22832-0.
- ^ a b c d Pomerantz & Shahin 2015.
- ^ Bloom, Jonathan M. (1986-01-01). "The Mosque of the Qaraf a in Cairo". Muqarnas Online (dalam bahasa Inggeris). 4 (1): 7–20. doi:10.1163/22118993-90000205. ISSN 0732-2992.
- ^ Cortese 2006, m/s. 168.
- ^ Bloom, Jonathan M. (1983). "The Mosque of al-Ḥākim in Cairo" (PDF). Muqarnas. 1: 15–36. doi:10.2307/1523069. ISSN 0732-2992. JSTOR 1523069.
Baca selanjutnya
- Calderini, Simonetta; Cortese, Delia (2014-01-01). "5 The Architectural Patronage of the Fāṭimid Queen-Mother Durzān (d. 385/995): An Interdisciplinary Analysis of Literary Sources, Material Evidence and Historical Context". Material Evidence and Narrative Sources (dalam bahasa Inggeris): 87–112. doi:10.1163/9789004279667_007. ISBN 9789004279667.