Air Mata | |
---|---|
Album studio oleh | |
Dilancarkan pada | 21 Julai 2019 |
Dirakamkan pada | 2016–2019 |
Genre | Pop |
Panjang | 40:59 |
Syarikat | NAR Records |
Single daripada Air Mata | |
| |
sunting · sunting di Wikidata |
Air Mata ialah album studio pertama oleh penyanyi Malaysia Khai Bahar, dikeluarkan pada 21 Julai 2019 oleh NAR Records. Album ini telah terjual sebanyak 4000 unit selepas diedarkan.[1]
Latar belakang
Dalam temuramah bersama Harian Metro, Khai Bahar berkata sebanyak 5,000 unit akan habis terjual selepas dilancarkan secara rasmi dan beliau menyatakan "pihak NAR Records mengeluarkan 5,000 unit untuk cetakan pertama ini. Difahamkan, kalau habis, mereka akan buat cetakan seterusnya. Sejujurnya, saya tidak menjangka sambutan hebat diberikan untuk album pertama ini. Apatah lagi sekarang bukan trend penyanyi mengeluarkan album penuh selain kuasa membeli yang semakin berkurangan dalam kalangan peminat. Apa pun, saya berterima kasih dengan pihak NAR atas penerbitan album ini. Walaupun saya bukan lagi artis NAR, tapi mereka masih sudi merealisasikan impian ini,".[2] Album ini mengambil masa setahun untuk disiapkan.[3]
Promosi dan single
Air Mata dikeluarkan pada 21 Julai 2019, iaitu dua bulan selepas beliau tidak menyambung kontrak dengan NAR Records.[4] Album ini memuatkan 11 lagu yang mana lima daripadanya ialah lagu baru dan selebihnya single pernah dilancarkan sebelum ini. Daripada lima lagu baru itu, tiga daripadanya hasil nukilan Khai sendiri iaitu "Air Mata", "Keranamu" dan "Dia" manakala dua lagi ialah ciptaan Manusia Putih. Khai juga menjadi artis pertama NAR mendapat jumlah tontonan tertinggi muzik video menerusi lagu "Luluh" iaitu melebihi 44 juta sepanjang tempoh dua tahun.[2][5]
Senarai runut
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Masa | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Bayang" | Patrick Anohada | Alam | 3:20 | ||||||
2. | "Dari Jauh Saja" | Akhadiat Denny | Akhadiat Denny | 4:16 | ||||||
3. | "Luluh" | Khai Bahar | Khai Bahar | 3:51 | ||||||
4. | "Rahsia Kita" (ft. Fatin Husna) | Jim Bimasakti | Harris Yusoff | 3:45 | ||||||
5. | "#123" | Khai Bahar & Patrick Anohada | Khai Bahar | 3:37 | ||||||
6. | "Air Mata" | Khai Bahar | Khai Bahar | 4:00 | ||||||
7. | "Keranamu" | Khai Bahar | Khai Bahar | 4:05 | ||||||
8. | "Dia" | Khai Bahar | Khai Bahar | 3:43 | ||||||
9. | "Penantian" | Manusia Putih | Manusia Putih | 3:47 | ||||||
10. | "Menyesal" | Manusia Putih | Manusia Putih | 4:03 | ||||||
11. | "Cahaya 114" | Azrul Azlan | Azrul Azlan | 4:06 | ||||||
Jumlah masa: 40:59 |
Rujukan
- ^ Asraf Adied (1 Ogos 2019). "Saya Tak Sangka Dapat Sambutan Hebat" - Khai Bahar Lancar Album Pertama Astro Gempak. Dicapai pada 14 Disember 2019.
- ^ a b Sudirman Mohd Tahir (31 Julai 2019). Album sulung Khai Bahar laris Harian Metro. Dicapai pada 14 Disember 2019.
- ^ Nadia Azam (2 Ogos 2019). Khai Bahar: Orang tak tegur kita tak tahu mana silap Malaysiakini. Dicapai pada 14 Disember 2019.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (1 Mei 2019). Khai tak sambung kontrak Harian Metro. Dicapai pada 14 Disember 2019.
- ^ "Air Mata" Khai Bahar Hot FM (6 Ogos 2019). Dicapai pada 14 Disember 2019.