Jenis/bentuk sah | Milik negara |
---|---|
Industri | Agensi berita |
Ditubuhkan | 5 Disember 1946 |
Ibu pejabat | 1 Potonggang-dong, Daerah Potonggang, Pyongyang, Korea Utara |
Bilangan lokasi | Koresponden dan pejabat di enam negara |
Kawasan perkhidmatan | Antarabangsa |
Perkhidmatan | Media |
Pemilik | Republik Rakyat Demokratik Korea Utara |
Bilangan kakitangan | 2.000 (2004) |
Tapak web | www.kcna.kp |
sunting · sunting di Wikidata |
Agensi Berita Pusat Korea | |
---|---|
Chosŏn'gŭl | 조선중앙통신 or 조선통신사 |
Hancha | 朝鮮中央通信 or 朝鮮通信社 |
McCune–Reischauer | Chosŏn Chungangt'ongsin or Chosŏn T'ongsinsa |
Perumian Semakan | Joseon Jungangtongsin or Joseon Tongsinsa |
Agensi Berita Pusat Korea (ABPK; bahasa Inggeris: Korean Central News Agency atau KCNA) ialah agensi berita pusat negara Korea Utara yang ditubuhkan pada 5 Disember 1946. Agensi ini mewakilk pandangan dari Parti Buruh Korea dan pemerintah Korea Utara untuk orang asing. KCNA memiliki ibu pejabat di ibu kota Korea Utara, Pyongyang. Di Korea Selatan, capaian kepada nama domain internet ABSK, www.kcna.kp dan www.kcna.co.jp, disekat oleh pemerintah.
Pertubuhan
Sebagai satu-satunya agensi berita di Korea Utara, KCNA melaporkan berita setiap hari untuk semua pertubuhan berita di Korea Utara, termasuk majalah serta siaran radio dan televisyen melalui Televisyen Pusat Korea dan Sistem Penyiaran Pusat Korea di dalam negeri.[1] Pada Disember 1996, KCNA mula menerbitkan rencana berita di internet, dengan pelayan web yang terletak di Jepun. Sejak Oktober 2010, rencana KCNA diterbitkan melalui laman baru yang dikendalikan dari Pyongyang. Keluaran laman ini mula meningkat secara ketara dan mula menyertakan sumber berita dunia, baik dari negara-negara yang tidak berhubungan secara langsung dengan Korea Utara mahupun dari negara-negara yang berhubungan erat dengan Korea Utara[2].
Selain Bahasa Korea, KCNA mengeluarkan rencana berita dalam bahasa Inggeris, Rusia, dan Sepanyol. Capaian laman web ABSK dan laman Korea Utara lain disekat oleh pemerintah Korea Selatan sejak 2004 dan hanya dapat diakses dengan kebenaran pemerintah[3][4]. KCNA tidak hanya berperanan sebagai agensi berita, namun berperanan sebagai pengumpul rahsia data cerdas.[5]
ABSK memiliki perjanjian pertukaran data akhbar dengan 46 agensi berita asing, termasuk Itar-Tass, Agensi Berita Xinhua[1], serta Agensi Berita Korea Selatan, Yonhap News Agency[6]. KCNA juga memiliki koresponden dan pejabat di enam negara, termasuk Rusia dan Republik Rakyat China.[7] Pada tahun 2004, agensi ini mempunyai 2.000 kakitangan.[8]
Menurut maklumat di laman webnya, ABSK "mewakili Parti Buruh Korea serta pemerintah Korea Utara". Agensi ini sering digambarkan sebagai "badan rasmi"[9]. Pada Jun 1964, Kim Jong-il mengunjungi ibu pejabat KCNA dan mengatakan bahawa agensi ini perlu "menyebarkan ideologi revolusioner Pemimpin (Kim Il-sung) ke seluruh dunia."[10] Akan tetapi, agensi ini juga sering digambarkan sebagai sumber maklumat yang unik untuk mempelajari "mentaliti" Korea Utara.[11][12]
Sebuah panduan diberikan kepada kakitangan KCNA pada 12 Jun 1964, yang mengandungi fungsi agensi.
Agensi ini berpegang pada prinsip dan panduan yang diatur oleh parti pemimpin Korea Utara, Parti Buruh Korea. Berita yang disampaikan hanyalah berita baik mengenai Korea Utara yang berniat untuk menggerakkan hati rakyat di dalam negeri dan menunjukkan imej positif Korea Utara ke luar negeri.[13] Namun, KCNA mengakui bahawa di dalam negeri sedang terdapat kekurangan makanan. Bencana Ryongchon dilaporkan pada April 2004, setelah tertunda selama 2 hari.[14][15][16][17]
Rujukan
- ^ a b Pares, S. (2005). A Political and Economic Dictionary of East Asia: An essential Guide To The Politics and Economics of East Asia. Routledge. ISBN 978-1-85743-258-9.[halaman diperlukan]
- ^ "KCNA significantly increasing output". North Korea Tech. March 4, 2011.
- ^ Christian Oliver (April 1, 2010). "Sinking underlines South Korean view of state as monster". London: Financial Times. Dicapai pada April 2, 2010.
- ^ North Korea Newsletter No. 56 (May 28, 2009). Yonhap. May 28, 2009.
- ^ Henderson, Robert (2003). Brassey's International Intelligence Yearbook: 2003 Edition. Brassey's. p. 292. ISBN 978-1-57488-550-7.
- ^ About Us, Yonhap.
- ^ Koreascope Mass Media
- ^ Attacks on the Press - 2003. Committee to Protect Journalists. March 11, 2004.
- ^ Quick, A. C. (2003). World Press Encyclopedia: A Survey of Press Systems Worldwide. (2nd eds.) Gale. ISBN 978-0-7876-5584-6.
- ^ Lee, H. (2001). North Korea: A Strange Socialist Fortress. Greenwood Publishing Group. pp. 67. ISBN 978-0-275-96917-2 (Link to page [1])
- ^ Bennett, G. & Dresner, D. (1999). Directory of Web Sites. Taylor & Francis. pp.580. ISBN 978-1-57958-179-4.
- ^ North Korea Hunger. Reuters. July 10, 2008.
- ^ Daily News about North Korea Diarkibkan 2009-04-12 di Wayback Machine. The Chosun Ilbo. July 15, 2005.
- ^ Shortages of food in the DPRK. KCNA. September 25, 2000.
- ^ Is North Korea facing famine?, BBC News, June 25, 2008.
- ^ Reeling, hungry, N Korea heads to nuke talks Diarkibkan 2004-05-07 di Wayback Machine. Asia Times Online. May 7, 2004.
- ^ KCNA Report on Explosion at Ryongchon Railway Station, KCNA, April 24, 2004.