Jenis | Suratkhabar harian |
---|---|
Format | Broadsheet |
Diasaskan | Januari 9, 1888 |
Pemihakan politik | Liberalisme klasikal |
Ibu pejabat | One Southwark Bridge London Borough of Southwark, SE1 9HL 020 7873 3000 United Kingdom |
Edaran | 432,944 (international)[1] 75,665 (U.K.)[1] |
Pemilik | Pearson PLC |
Pengarang | Lionel Barber |
ISSN | 0307-1766 |
Laman sesawang | www.ft.com German language edition Chinese online edition |
Financial Times (FT) ialah sebuah suratkhabar perniagaan antarabangsa berpusat di London, United Kingdom. Ia adalah suratkhabar harian yang diterbitkan di Borough of Southwark, London.[2][3][4] Syarikat penerbitan Pearson merupakan memegang saham FT terbesar. FT juga memiliki 50% saham di dalam The Economist, sebuah majalah kewangan antarabanga yang juga berpangkalan di London.
Diasaskan pada tahun 1888 oleh James Sheridan dan Horatio Bottomley sebagai London Financial Guide. Ia telah bersaing dengan empat suratkhabar yang berorientasikan kewangan. Pada tahun 1945, ia telah bergabung dengan pesaing tempatan Financial News yang diasaskan pada tahun 1884. Hasil pergabungan itu, akhbar itu diberi nama Financial Times. FT mengkhusus di dalam berita perniagaan dan kewangan. Dicetak sebagai satu broadsheet pada kertas light salmon paper, FT adalah satu-satunya akhbar di UK membekalkan laporan penuh harian pada London Stock Exchange dan pasaran-pasaran dunia.
FT dibaca oleh 2.2 juta orang di seluruh dunia mengikut kajian PriceWaterhouseCooper pada November 2011. Laman sesawang FT.com mempunyai 4.5 juta pengguna berdaftar serta 285,000 langganan digital dan 600,000 pengguna berbayar. FT Chinese mempunyai 1.7 juta pengguna berdaftar. Edisi dunia akhbar Financial Times mempunyai edaran harian mencecah 293,000 (yang mana 88,000 diedarkan di UK) dari 1-28 Oktober 2012.
Pesaing utamanya adalah The Wall Street Journal yang berpengkalan di New York City, Amerika Syarikat.
Indeks
Financial Times mengumpul dan menerbit beberapa indeks pasaran kewangan. Indeks yang paling lama diterbitkan adalah Financial News Index yang dimulakan pada 1 Julai 1935 oleh Financial News. FT juga menerbitkan indeks yang sama yang telah digantikan oleh Financial News Index yang kemudianya dinamakan semula sebagai FT Index pada Januari 1947. Indeks tersebut bermula sebagai indeks saham perusahaan industri yang mana syarikat-syarikat yang mempunyai perniagaan besar di luar negara seperti Anglo-Iranian Oil Company (kemudian dinamakan British Petroleum), Lever Brothers (kemudiannya Unilever) dan Shell, tidak dimasukkan. Sektor minyak dan gas serta kewangan hanya dimasukkan beberapa dekad kemudian.
FTSE All-Share Index yang dimulakan pada 1962 mengandungi 594 syarikat UK yang terbesar mengikut pasaran modal. FTSE merupakan satu usahasama antara FT dan London Stock Exchange. Pada 13 Februari 1984, FTSE 100 diperkenalkan and ia mengandungi 80% daripada nilai London Stock Exchange. Pada 1995, FTSE Group didirikan sebagai syarikat persendirian yang baru. Pejabat-pejabat baru telah dibuka di New York pada 1999, Paris 2000 dan Hong Kong, Frankfurt dan San Francisco pada 2001. Pejabat di Madrid dibuka pada 2002 dan di Tokyo pada 2003.
Penyunting
- 1888: Leopold Graham
- 1889: Douglas MacRae
- 1890: William Ramage Lawson
- 1892: Sydney Murray
- 1896: A. E. Murray
- 1909: C. H. Palmer
- 1937: D. S. T. Hunter
- 1940: A. G. Cole
- 1945: Hargreaves Parkinson
- 1949: Sir Gordon Newton
- 1972: Fredy Fisher
- 1981: Geoffrey Owen
- 1991: Richard Lambert
- 2001: Andrew Gowers
- 2005: Lionel Barber
Rujukan
- ^ a b Busfield, Steve (2009-02-06). "January ABCS - Financial Times dips as qualities score sales boost". Guardian.co.uk. Dicapai pada 2009-02-10.
- ^ "London, United Kingdom." Financial Times. Retrieved on 28 October 2009.
- ^ "Map Diarkibkan 2007-03-03 di archive.today." London Borough of Southwark. Retrieved on 28 October 2009.
- ^ London, Leeds, Liverpool, Dublin, Paris, Frankfurt, Stockholm, Milan, Madrid, New York, Chicago, Los Angeles, San Francisco, Dallas, Atlanta, Miami, Washington, D.C., Tokyo, Hong Kong, Singapore, Seoul, Dubai, Johannesburg and Istanbul.