Aerofon ialah alat muzik yang menghasilkan bunyi terutamanya dengan membuatkan suatu badan udara bergetar tanpa menggunakan tali atau membran (masing-masing kordofon dan membranofon), dan tanpa getaran instrumen itu sendiri menambah banyak bunyi (atau idiofon).[1]
Ini mungkin berbibir, berbuluh atau berbucu tajam. Suatu aerofon yang "bebas" tidak mempunyai ruang udara tertutup, tetapi "menyebabkan satu siri pemeluwapan dan penipisan udara dengan pelbagai cara."
Sejarah
Menurut Ardal Powell, seruling adalah alat mudah yang terdapat dalam banyak budaya kuno. Terdapat tiga tempat kelahiran seruling legenda dan boleh disahkan secara arkeologi: Mesir, Yunani dan India. Daripada jumlah ini, seruling melintang (ditiup sisi) hanya muncul di India purba, manakala seruling fipple ditemui di ketiga-tiga tepat. Kemungkinan, kata Powell, bahawa bansuri India moden tidak banyak berubah sejak era awal abad pertengahan.
Mengenal pasti asal usul aerofon adalah sukar, walaupun dipercayai bahawa orang Amerika dan keturunan mereka membangunkan kepelbagaian terbesar aerofon, dan mereka difahamkan sebagai instrumen melodi bukan vokal utama Amerika Asli.[2] Kajian arkeologi telah menemui contoh seruling globular di Mexico purba, Colombia dan Peru, dan aneka seruling tiub adalah biasa di kalangan Maya dan Aztek. Penggunaan cengkerang Conch sebagai aerofon juga didapati berleluasa di kawasan seperti Amerika Tengah dan Peru.[3]
Jenis
Bebas
Aerofon bebas ialah instrumen di mana udara yang bergetar tidak tertutup oleh instrumen itu sendiri.
Bukan bebas
Aerofon bukan bebas ialah alat muzik di mana udara yang bergetar terkandung dalam instrumen. Selalunya dipanggil sebagai alat tiup, ia biasanya dibahagikan kepada dua kategori; alat tiup kayu dan loyang (bras). Ia diterima secara meluas bahawa alat tiup tidak dikelaskan berdasarkan bahan, kerana alat tiup kayu tidak semestinya perlu diperbuat daripada kayu, dan sama ceritanya pada alat loyang. Alat tiup kayu selalunya dibuat dengan kayu, logam, kaca atau gading, dengan contoh seruling, obo, basun, klarinet, rekorder dan saksofon. Alat bras selalunya dibuat dengan perak, tembaga, gading, tanduk, malah kayu. Contohnya termasuk trompet, kornet, tanduk, trombon dan tuba.[4]
Rujukan
- ^ "aerophone — OnMusic Dictionary". Connect for Education Inc. December 4, 2014. Dicapai pada December 4, 2014.
- ^ Malena Kuss (July 5, 2010). Music in Latin America and the Caribbean: an encyclopedic history. University of Texas Press. m/s. 262. ISBN 978-0-292-78840-4.
- ^ Dale Olsen; Daniel Sheehy (17 December 2007). The Garland Handbook of Latin American Music. Routledge. m/s. 42–43. ISBN 978-1-135-90008-3.
- ^ Adam Carse (2002). Musical Wind Instruments. Courier Corporation. m/s. 1–2. ISBN 978-0-486-42422-4.