Abruzzo, (juga dikenal sebagai Abruzzi) merupakan sebuah daerah di sebelah selatan Itali bahagian tengah yang sebelumnya adalah bahagian dari regione Abruzzi e Molise (dengan Molise). Abruzzo bersempadan dengan Marche di barat laut, Umbria di barat, Lazio di selatan, Molise di tenggara dan Laut Adriatik di timur.
Daerah ini mencakupi wilayah seluas 10,794 km² dan mempunyai penduduk sekitar 1.3 juta orang.
Ibu kota Abruzzo berada di L'Aquila. Daerah ini dibahagi kepada empat wilayah: L'Aquila, Teramo, Chieti dan Pescara, pusat ekonomi Abruzzo.