Dato' Dr Abu Anas Madani Abdul Basit Abdul Rahman DJMK (Kelantan); PhD | |
---|---|
Ikon Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia | |
Dalam jawatan 2021–xxx | |
Penyelia Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian | |
Menyandang jawatan 2010 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Abdul Basit bin Abdul Rahman 1965 Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan, Malaysia |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Pasangan | Datin Nik Zulaili Nik Yaacob (Ogos 1995 - kini) |
Pertalian | Abdul Latiff Abdul Rahman (Adik) |
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Tempat belajar | Universiti Islam Madinah |
Bidang pengkhususan | Ulama |
Laman web | www |
xxx | |
Tuan Guru Dato' Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman atau sering menggunakan gelaran Abu Anas Madani merupakan seorang agamawan dan ahli akademik di Malaysia. Beliau merupakan penyelia di Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian, Kelantan. Beliau merupakan abang kepada Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman.
Latar belakang
Abdul Basit mendapat pendidikan awal di Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian, Kelantan. Kemudian beliau menyambung pengajian di Universiti Islam Madinah dalam bidang Syariah. Beliau memperolehi ijazah sarjana muda pada 1995, sarjana syariah pada 2000 dan doktor falsafah pada 2005 daripada Universiti Islam Madinah. Beliau merupakan anak Malaysia ketiga yang berjaya memperolehi PhD daripada universiti terulung tersebut[1].
Kerjaya
- Penyelia Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.
- Mantan Panel Penasihat Dakwah, Kerajaan Negeri Kelantan. Tahun 1428H-1429H.
- Pensyarah di Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).
- Pembimbing kepada jemaah haji Ash-Har Travel & Tour Sdn. Bhd.
- AJK PERKIM Negeri Kelantan (2008-2010-2014).
- Panel jemputan TV9, program "Tanyalah Ustaz" dan "Muqaddimah".
- Panel jemputan TV3, program "Al-Kuliyah".
- Panel jemputan radio IKIM.fm, program "Pondok Warisan – Syarah Kitab Munyatul Musolli" bersama Ustaz Zamri Zainal Abidin.
- Ahli NGO “MURSHID” yang menghimpunkan 20 orang asatizah untuk membantu masyarakat dalam bidang agama dan dakwah.
- Kolumnis Majalah Solusi (terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.). Ruangan: Syiar.
- Kolumnis Majalah al-Ustaz. Ruangan: Bicara Sunnah & Hikmah Ibadat.
- Kolumnis Majalah DIAN. Ruangan: Maqasid Syariah.
- Kolumnis Majalah-i dalam Mimbar Utama.
- Tamu jemputan ceramah, seminar, forum dan kuliah di seluruh negara.
Penulisan
- Abd. Basit Abd. Rahman. Makkah al-Mukarramah: Kelebihan & Sejarah. Kuala Lumpur, MY: Telaga Biru. ISBN 978-967-5102-07-3.
- Sheikh Dr. Said bin Ali Wahf al-Qahtani. Perisai Muslim: Himpunan Doa dan Zikir daripada al-Quran dan al-Sunnah. Diterjemah oleh Abdul Basit Abdul Rahman (ed. Jawi). Kuala Lumpur, MY: Telaga Biru. ISBN 978-967-5102-51-6.
- Abdul Basit Abd. Rahman. Madinah Munawwarah: Kelebihan dan Sejarah. Kuala Lumpur, MY: Telaga Biru. ISBN 978-967-5102-98-1.
- Abdul Basit Abd. Rahman. Keindahan Islam. Kuala Lumpur, MY: Telaga Biru. ISBN 978-967-388-052-2.
- Abdul Basit Abdul Rahman. Islam Agama Sempurna. Kuala Lumpur, MY: Telaga Biru. ISBN 978-967-5102-39-4.
- Abdul Basit Abdul Rahman. Zikir Pagi Petang dan Selepas Solat. Kuala Lumpur, MY: Telaga Biru. ISBN 978-967-5102-50-9.
- Sheikh Izzuddin Abdul Aziz bin Abdul Salam Al-Sulami. 41 Kelebihan Rasulullah SAW. Diterjemah oleh Abdul Basit Abdul Rahman. Kuala Lumpur, MY: Telaga Biru. ISBN 978-967-388-022-5.
- Boleh dapatkan buku-buku beliau di https://dartaibah.com/?page_id=179
Anugerah dan pengiktirafan
- Kelantan
- Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) - Dato' - 2016
Rujukan
- ^ "Profile Dr. Abdul Basit". IslamicEvents. Dicapai pada 20 September 2021.