8 Syawal merupakan hari ke-278 dalam kalendar Hijriah.
Peristiwa
- 1431H - Pembunuhan ahli politik Pakistan Imran Farooq di London mencetuskan keganasan di kampung halamannya Karachi.
- 1429H - Kerajaan British mengumumkan pakej penyelamatan kewangan seminggu selepas Amerika Syarikat meluluskan undang-undang bagi menstabilkan ekonominya akibat krisis gadai janji subprima.
- 1428H - Ali Larijani (gambar) meletakkan jawatannya sebagai ketua perunding program nuklear Iran dan setiausaha Majlis Keselamatan Tertinggi Iran.