(Dilencongkan daripada 1870an)
Milenium: | milenium ke-2 |
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: | |
Kategori: |
Dekad 1870-an merupakan tahun-tahun dari 1870 hingga 1879.
Peristiwa dan arah aliran
Teknologi
- Perekaan telefon prototaip oleh Alexander G. Bell.
- Mentol lampu direka.
- Silinder fonograf, sejenis bahantara perakaman bunyi analog, direka pada tahun 1877 oleh Thomas Edison.
Sains
- Ludwig Boltzmann memberikan takrif statistik tentang entropi termodinamik.
Perang, keamanan, dan politik
- Perang Perancis-Prusia (1870–1871) menyebabkan keruntuhan Empayar Perancis Kedua dan pembentukan Republik Ketiga Perancis serta Empayar Jerman.
- Perang Inggeris-Zulu berlangsung dari 11 Januari 1879 - 4 Julai 1879.
- Perluasan Empayar British yang berterusan; permulaan Imperialisme Baru.
- Bulgaria dan Romania mengisytiharkan kemerdekaan selepas perangnya dengan Empayar Turki Uthmaniyyah.
- Penentangan pasif diadakan untuk menghalang perampasan tanah Maori di Parihaka, New Zealand.
- Kemunculan Empayar Jerman dan Sistem Perikatan.
Kesusasteraan dan Seni
- Jules Verne (Perancis) menerbitkan novel Around The World in Eighty Days yang masih dibeli oleh orang-orang di seluruh dunia.
- Di Amerika Syarikat, pembinaan semula pasca-Perang Saudara berlangsung sehingga siap di bawah pemerintahan Presiden Rutherford B. Hayes pada tahun 1877.
- Jeanne Calment, lahir 1875, merupakan bakal manusia yang hidup paling lama dalam sejarah bercatat. Dia hidup sehingga tahun 1997 ketika berumur 122 tahun dan masih memegang rekod dunia menjelang tahun 2008.
- Atlas Bear menjadi pupus.
Pemimpin dunia
- Maharaja Franz Josef (Austria-Hungary).
- Perdana Menteri Sir John A. Macdonald (Kanada).
- Perdana Menteri Alexander Mackenzie (Kanada).
- Maharaja Tongzhi (China).
- Maharaja Guangxu (China).
- Maharaja Wilhelm I (Empayar Jerman).
- Canselor Otto von Bismarck (Empayar Jerman).
- Raja Victor Emmanuel II (Itali).
- Raja Umberto I (Itali).
- Maharaja Meiji (Jepun).
- Paus Pius IX.
- Paus Leo XIII.
- Maharaja Alexander II (Rusia).
- Raja Alfonso XII (Sepanyol).
- Ratu Victoria (United Kingdom of Great Britain dan Ireland).
- Perdana Menteri William Ewart Gladstone (United Kingdom of Great Britain dan Ireland).
- Perdana Menteri Benjamin Disraeli (United Kingdom of Great Britain dan Ireland).
- Presiden Ulysses S. Grant (Amerika Syarikat).
- Presiden Rutherford B. Hayes (Amerika Syarikat).
- Nasser-al-Din Shah dari Dinasti Qajar (Parsi).