Milenium: | milenium pertama SM |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
Peristiwa
Mengikut tempat
Asia
- Maharaja Han Wudi dari Dinasti Han di China melancarkan serangannya yang pertama masuk ke dalam steppe utara.
Rom
- Kemaharajaan Pergamon, termasuk Hierapolis, menjadi sebuah provinsi Rom di Asia pada kemangkatan Attalos III, raja Dinasti Attalos yang terakhir, dan selepas kekalahan Aristonicus yang berhak mewarisi takhta kepada M. Perperna, dengan bantuan tentera Cappadocia.
- C. Sempronius Tuditanus merayakan kemenangan Rom terhadap tentera Iapydes dari Illyria.
- Scipio Aemilianus, pemenang dalam pertempuran dengan Carthage, dibunuh oleh musuh-musuhnya di Rom.
Syria
- Demetrius II dari Syria mendapat semula kebebasannya, serta takhta Empayar Seleucus.
- Pertempuran Ecbatana: Raja Antiochus VII Sidetes daripada Dinasti Seleucus ditewaskan dan dibunuh oleh tentera Parthia di bawah Phraates II dan dengan itu, mengakhiri penguasaan Seleucus ke atas Media atau Mesopotamia.
Mengikut topik
Astronomi
- Hipparchus menerbitkan katolog bintangnya.
- Gerhana suria penuh dipergunakan oleh Hipparchus untuk menganggarkan jarak antara Bumi dengan Bulan.
Kelahiran
Kematian
- Antiochus VII Sidetes (dibunuh dalam pertempuran)
- Carneades, ahli falsafah dan pengasas Akademi Ketiga
- P. Cornelius Scipio Aemilianus Africanus Numantinus (Africanus si Lebih Muda)
- Putera Feidhlimidh dari Ireland.