Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Éric Deflandre | ||
Tarikh lahir | 2 Ogos 1973 | ||
Tempat lahir | Rocourt, Belgium | ||
Ketinggian | 1.81 m (5 ka 11 5⁄16 in) | ||
Posisi permainan | Bek kanan | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1991-1995 | RFC Liège | 93 | (1) |
1995-1996 | Germinal Ekeren | 32 | (2) |
1996-2000 | Club Brugge | 118 | (1) |
2000-2004 | Olympique Lyon | 91 | (0) |
2004-2007 | Standard Liège | 76 | (1) |
2007 | FC Brussels | 14 | (0) |
2008-2009 | FC Dender | 34 | (0) |
2009-2010 | Lierse SK | 20 | (0) |
2010-2012 | R.F.C. de Liège | 7 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
1996–2005 | Belgium | 57 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17 Julai 2009 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 Disember 2006 |
Éric Deflandre (lahir 2 Ogos 1973) merupakan bekas pemain bola sepak Belgium yang bermain di posisi bek kanan.[1]
Kerjaya kelab
Deflandre bersama Wandre Union pada awalnya tetapi selepas setahun, beliau sertai kelab Liège, R.F.C. de Liège. Beliau kemudian tinggalkan Liege untuk sertai kelab Germinal Ekeren pada 1995. Pada tahun 1996, beliau sertai kelab Club Brugge.
Pada 2000, Deflandre berpindah ke Olympique Lyonnais di Perancis, dimana beliau memenangi 3 kejohanan kebangsaan. Beliau kembali ke Belgium pada 2004 dan bermain untuk Standard Liège.
Pada 2007-08, beliau bermain untuk FC Brussels dan F.C. Verbroedering Dender E.H.. Pada 25 Jun 2009, Lierse S.K. telah menandatangani beliau dari kelab F.C. Verbroedering Dender E.H. dengan kontrak dua tahun. Pada 9 Ogos 2010, beliau mengumumkan beliau kembali semula ke R.F.C. de Liège,[2] di mana beliau bermain dua musim lagi sebelum mengumumkan persaraan.[3]
Kerjaya antarabangsa
Deflandre membuat penampilan pertama untuk Belgium ketika menentang Belanda dalam pusingan kelayakan Piala Dunia FIFA 1998. Beliau menggantikan Bertrand Crasson pada minit ke-22, Belgium sekadar seri 0-0 dengan Belanda.
Beliau juga tampil dalam kejohanan UEFA Euro 2000 dan Piala Dunia FIFA 2002. Ketika Euro 2000, beliau digantikan sebagai penjaga gol selepas Filip de Wilde dibuang padang ketika menentang Turki.
Penghargaan
- Divisyen Pertama Belgium - 1998
- Piala Super Belgium - 1998
- Ligue 1 - 2002, 2003 and 2004
- Coupe de la Ligue - 2001
- Piala Super Perancis - 2003
Rujukan
- ^ Le Figaro: Le football, solide trait d'union en Belgique 27/12/2007 "le sport le plus populaire de la planète serait un frein pour reculer l'hypothèse d'une scission qui se concrétiserait éventuellement par deux championnats et deux sélections comme en République tchèque et en Slovaquie, selon Éric Deflandre, l'ex-Lyonnais, capé plus de soixante fois aux origines paradoxalement wallonnes."
- ^ "A 37 ans, Eric Deflandre revient au FC Liège". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-27. Dicapai pada 2014-12-10.
- ^ Zone-Rouche Deflandre: "Le Lierse n'a aucune chance" 2010 11 25 "S'il y a un joueur qui connaît bien les protagonistes du match de ce samedi entre Liégeois et Lierrois, c'est bien Éric Deflandre. Ce dernier a ..."
Kedudukan sukan | ||
---|---|---|
Didahului oleh Ivica Dragutinović |
Kapten Standard Liège 2004-2005 |
Diikuti oleh: Sérgio Conceição |
- Kelahiran 1973
- Orang hidup
- Orang Walloon
- Pemain bola sepak Belgium
- Pemain RFC Liège
- Pemain Beerschot AC
- Pemain Club Brugge KV
- Pemain Olympique Lyonnais
- Pemain Standard Liège
- Pemain UEFA Euro 2000
- Pemain Piala Dunia FIFA 1998
- Pemain Piala Dunia FIFA 2002
- Pemain FC Brussels
- Pemain F.C. Verbroedering Dender E.H.
- Pemain Liga Pro Belgium
- Pemain Ligue 1