Laman ini mendokumenkan garis panduan Wikipedia Bahasa Melayu. Ia merupakan piawai yang umumnya dipersetujui dan hendaklah diikuti oleh para penyunting, namun gunakan akal budi dan mungkin terdapat pengecualian. Perubahan yang dibuat terhadapnya hendaklah menunjukkan sepersetujuan; apabila ragu, bincangkan idea anda di laman perbincangan. |
Menciplak bermaksud menyalin sesuatu karya ataupun karangan secara bulat-bulat. Perbuatan ini lebih dikenali sebagai copy and paste. Akibat daripada amalan ini, satu karya yang serupa keseluruhannya akan muncul dalam dua tempat yang berbeza.
Amalan menyalin rencana ciplak dari Wikipedia Bahasa Indonesia (WBI) akan mencacatkan Wikipedia Bahasa Melayu kerana ia akan menyebabkan Wikipedia bahasa Melayu menjadi klon kepada Wikipedia Indonesia, jika; sikap ini diteruskan dalam jangka masa yang lama.
Kewujudan dua ensiklopedia yang homogen di internet tidak akan memberi apa-apa manfaat tambahan kepada pembaca. Ia merupakan satu pembaziran ruang internet. Sebaliknya, kewujudan dua ensiklopedia yang membawa isi yang berbeza sudah tentu akan memberi lebih manfaat kepada pembaca, khususnya apabila kita sedang menghadapi kekurangan bahan rujukan dalam bahasa Nusantara di internet.
Tanda kemaskini bahasa
Jika anda menemui bahasa Indonesia dalam mana-mana rencana, anda boleh bertindak meletakkan tanda kemaskini dalam bahasa Melayu sebagaimana di bawah untuk pengemaskinian oleh mana-mana penutur yang fasih berbahasa Melayu.
Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Untuk meletakkan teg, taip {{BM}}. Rencana ini akan dimasukkan dalam Kategori:Rencana yang memerlukan kemaskini dalam BM.
Nota
Garis panduan ini berkuatkuasa ke atas semua rencana yang diciplak atau ditulis dalam bahasa Indonesia sahaja dan tidak boleh digunakan untuk penguatkuasaan keatas rencana bahasa asing lain.