Liu Haoran | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() Liu di Festival Filem Antarabangsa Tokyo ke-37 pada tahun 2024 | |||||||
Kelahiran | |||||||
Nama lain | Turbo Liu | ||||||
Pusat pendidikan | Akademi Drama Pusat | ||||||
Pekerjaan | Pelakon | ||||||
Tahun aktif | 2014–kini | ||||||
Ejen | Sebagai One Production | ||||||
Nama Bahasa Cina | |||||||
Tulisan Cina Ringkas | 刘昊然 | ||||||
Tulisan Cina Tradisional | 劉昊然 | ||||||
| |||||||
Liu Yuan | |||||||
Tulisan Cina Ringkas | 刘源 | ||||||
Tulisan Cina Tradisional | 劉源 | ||||||
|
Liu Yuan (lahir 10 Oktober 1997), dikenali secara profesional sebagai Liu Haoran, juga dikenali sebagai Turbo Liu, ialah seorang pelakon China. Beliau terkenal dengan peranannya dalam siri filem Detective Chinatown dan Dead to Rights (2025), serta siri televisyen With You (2016) dan Nirvana in Fire 2 (2017).
Pada tahun 2021, Liu menjadi pelakon termuda yang mencatatkan kutipan melebihi 15 bilion RMB (lebih kurang AS$2.32 bilion) di pawagam China.[1]
Kehidupan awal
Liu dilahirkan pada tahun 1997 di Pingdingshan, Henan, dan berpindah ke Beijing pada usia 12 tahun untuk bersekolah di Sekolah Menengah Bersekutu Akademi Tarian Beijing.[2][3] Bapanya merupakan seorang eksekutif kanan di sebuah syarikat, manakala ibunya ialah seorang pelakon Opera Beijing.[2] Pada tahun 2013 ketika masih bergelar pelajar, Liu telah dipilih sendiri oleh pelakon/pengarah China Chen Sicheng untuk membintangi filem arahan sulung Chen, Beijing Love Story.[4] Pada tahun 2015, Liu mendaftar di Akademi Drama Pusat selepas memperoleh markah yikao tertinggi dalam jabatan lakonan universiti tersebut.[5][6]
Kerjaya
Liu membuat penampilan sulungnya dalam lakonan menerusi filem romantik 2014 Beijing Love Story, dan telah dicalonkan bagi Anugerah Pelakon Baru Terbaik di Festival Filem Pelajar Kolej Beijing 2015.[2][7]
Pada tahun 2015, Liu membintangi filem komedi misteri Detective Chinatown[8] arahan Chen Sicheng, dan memenangi Anugerah Pelakon Baru Terbaik di Anugerah Huading menerusi lakonannya.[9] Pada tahun yang sama, Liu membintangi projek skrin kecil pertamanya, drama kampus With You, yang diadaptasi daripada novel remaja dengan judul yang sama.[10] Siri drama tersebut menerima ulasan positif,[11] dan Liu memenangi anugerah Pelakon Baru Paling Popular di Karnival Semua Bintang iQiyi 2016.[12]
Pada tahun 2017, Liu melakonkan watak Su Yu dalam filem patriotik The Founding of an Army.[13] Beliau juga tampil dalam filem misteri sejarah Legend of the Demon Cat yang diarahkan oleh pengarah tersohor Chen Kaige.[14] Pada tahun yang sama, beliau membintangi drama sejarah Nirvana in Fire 2, sebuah produksi Daylight Entertainment arahan pengarah terkenal Kong Sheng dan sekuel kepada Nirvana in Fire yang ditulis oleh Hai Yan.[15] Siri tersebut menerima pujian pengkritik, dan Liu mendapat pengiktirafan atas mutu lakonannya.[16]
Pada tahun 2018, Liu kembali melakonkan wataknya dalam filem Detective Chinatown 2,[17] yang ditayangkan pada Tahun Baru Cina. Filem tersebut menjadi kejayaan pecah panggung dengan kutipan sebanyak 3.4 bilion RMB dan merupakan salah satu daripada 10 filem dengan kutipan tertinggi sepanjang masa di China (sehingga September 2022). Liu dicalonkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Hundred Flowers Awards untuk lakonannya, menjadikannya pelakon termuda yang pernah dicalonkan dalam kategori pelakon utama bagi anugerah tersebut.[18] Atas pencapaiannya, Forbes China menamakan beliau dalam senarai 30 Under 30 Asia 2018, yang menghimpunkan 30 individu berpengaruh di bawah umur 30 tahun yang memberi kesan besar dalam bidang masing-masing.[19]
Pada tahun 2019, Liu membintangi dua filem arahan Chen Kaige, iaitu Flowers Bloom in the Ashes dan My People, My Country. Drama epik xuanhuan beliau, Novoland: Eagle Flag,[20] yang diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama karya Jiang Nan, disiarkan di Zhejiang TV, dan menjadi drama dengan rating tertinggi saluran itu dalam slot waktu tayangan jam 10 malam.
Pada tahun 2020, Liu menamatkan pengajian di Akademi Drama Pusat dan berjaya lulus uji bakat untuk menyertai Kumpulan Seni Lombong Arang Batu China di mana beliau turut menerima bianzhe (编制).[21] Beliau membuat persembahan Xue Wo Zhong Hua bersama kumpulan seni tersebut di Pusat Seni Persembahan Kebangsaan China.[22] Pada tahun yang sama, beliau turut membintangi filem My People, My Homeland dan Coffee or Tea.
Pada tahun 2021, filem Liu Detective Chinatown 3 ditayangkan semasa Tahun Baharu Cina dan serta-merta meraih kutipan sebanyak 1.01 bilion RMB, 818 juta RMB, dan 749 juta RMB masing-masing untuk tiga hari pertama, sekali gus terus memegang rekod bagi 3 kutipan harian tertinggi dalam sejarah pecah panggung di China.[23] Kejayaan pecah panggung Detective Chinatown 3 (melebihi 4.5 bilion RMB) melonjakkan Liu menjadi pelakon termuda yang mencatat kutipan melebihi 15 bilion RMB (kira-kira AS$2.32 bilion) di pawagam China bagi peranan utama.[1] Beliau turut membintangi filem 1921 sebagai Liu Renjing, arahan pengarah terkenal Huang Jianxin (menjadikannya kolaborasi keempat mereka). Pada tahun yang sama, filem Liu Fire on the Plain,[24] terbitan Diao Yinan, telah dijemput untuk menyertai pertandingan utama di Festival Filem Antarabangsa San Sebastián.[25] Juga pada tahun 2021, Liu dijemput sebagai wakil untuk menghadiri Kongres ke-11 Persekutuan Persuratan dan Seni China, yang diadakan setiap lima tahun. Pada usia 24 tahun, beliau merupakan salah seorang wakil termuda daripada lebih 2,000 hadirin.[26]
Pada tahun 2022, filem Liu Only Fools Rush In, arahan Han Han, ditayangkan semasa Tahun Baharu Cina, menjadikannya filem ketiga beliau yang ditayangkan pada musim tersebut. Liu menerima pencalonan bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Hundred Flowers ke-36 menerusi lakonannya sebagai Liu Renjing dalam filem 1921.
Pada tahun 2023, filem The Breaking Ice arahan Anthony Chen yang dibintangi oleh Liu ditayangkan dalam bahagian Un Certain Regard di Festival Filem Cannes 2023.[27] Filem tersebut turut dipilih oleh Suruhanjaya Perfileman Singapura sebagai penyertaan rasmi Singapura bagi kategori Filem Antarabangsa Terbaik di Anugerah Akademi ke-96.[1]
Pada tahun 2024, filem My Friend An Delie, iaitu debut pengarahan pelakon Dong Zijian dan dibintangi oleh Liu serta Dong, telah terpilih untuk bersaing di Festival Filem Antarabangsa Tokyo ke-37.
Filemografi
Filem
Siri televisyen
Tahun | Tajuk Inggeris | Tajuk Cina | Watak | Nota | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2016 | With You | 最好的我们 | Yu Huai | [10] | |
2017 | Midnight Diner | 深夜食堂 | Penerbit muzik | Cameo | [41] |
Nirvana in Fire 2 | 琅琊榜之风起长林 | Xiao Pingjing | [15] | ||
2018 | Great Expectations: Meeting of the Two Dragons | 远大前程·双龙会 | Huo Zhenxiao | Penampilan khas | [42] |
2019 | Novoland: Eagle Flag | 九州缥缈录 | Lǚ Guichen | [20] | |
2020 - 2024 | Detective Chinatown | 唐人街探案 (网络剧) | Qin Feng | Penampilan khas | [43] |
2022 | Bright Future | 县委大院 | Mei Xiaoge (muda) | Cameo |
Rancangan realiti
Tahun | Tajuk Inggeris | Tajuk Cina | Watak | Ruj. |
---|---|---|---|---|
2015 | Takes a Real Man (Musim 1) | 真正男子汉 | Ahli pelakon | [44] |
2017 | Give Me Five (Musim 1) | 高能少年团 | [45] | |
2021 | Oh Youth! | 恰好是少年 | ||
2024 | Game of Cubes: The New Utopia | 魔方新世界 |
Teater
Tahun | Tajuk Inggeris | Tajuk Cina | Watak | Ruj. |
---|---|---|---|---|
2021 | Xue Wo Zhong Hua | 血沃中华 | Dong Cunrui | [46] |
Diskografi
Single
Tahun | Tajuk Inggeris | Tajuk Cina | Album | Nota | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2015 | "Yearning for Glory" | 渴望光荣 | Takes a Real Man OST | ||
2016 | "Holy High" | 猴厉嗨 | — | Lagu promosi untuk Suning dengan Wu Mochou & Huang Cancan |
|
2017 | "Proud Youths" | 骄傲的少年 | Give Me Five OST | bersama Zhang Yishan, Wang Junkai, Dong Zijian & Darren Wang | [47] |
2018 | "Pink Memories" | 粉紅色的回憶 | Detective Chinatown 2 OST | bersama Wang Baoqiang, Zhang Zifeng, Xiaoshenyang & Xiao Yang | [48] |
2019 | "My Motherland and I" | 我和我的祖国 | My People My Country OST | bersama Chen Feiyu, Zhou Dongyu, Ou Hao & Zhu Yilong | [49] |
"Starry Sea" | 星辰大海 | Untuk China Movie Channel Young Actors Project | [50] | ||
"Dream" | 梦想 | Lagu tema untuk China Student Television Festival | [51] | ||
"Cool Doll" | 酷你吉娃 | Detective Chinatown 3 OST | [52] |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Karya yang dicalonkan | Keputusan | Ref. |
---|---|---|---|---|---|
2014 | Festival Filem Pelajar Kolej Beijing ke-21 | Pelakon Baharu Lelaki Terbaik | Beijing Love Story | Tercalon | |
2016 | Anugerah Pengkritik Filem Shanghai ke-24 | Detective Chinatown | Tercalon | ||
Festival Filem Antarabangsa Shanghai ke-19 (Anugerah Bakat Baharu Asia) |
Tercalon | ||||
Anugerah Huading ke-20 | Menang | [9] | |||
Anugerah Media Filem China ke-16 | Pelakon Paling Dinantikan | Tercalon | |||
Persembahan Paling Dinantikan | Tercalon | ||||
2018 | Anugerah Hundred Flowers ke-34 | Pelakon Lelaki Terbaik | Detective Chinatown 2 | Tercalon | [18] |
2022 | Anugerah Hundred Flowers ke-36 | Pelakon Pembantu Lela | 1921 | Tercalon |
Forbes China Celebrity 100
Tahun | Kedudukan | Ref. |
---|---|---|
2017 | Ke-89 | [53] |
2019 | Ke-19 | [54] |
2020 | Ke-18 | [55] |
Rujukan
- ^ a b 首位95后!刘昊然,破150亿!. xw.qq.com (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 2021-05-03.
- ^ a b c Nan Di (楠迪) (2022). 民弟弟刘昊然:绝版乐高里的宝藏人生 [National Brother Liu Haoran: Treasure Life in Exclusive Lego]. Bosom Friend (dalam bahasa Cina). Wuhan, Hubei: Hubei Zhiyin Media Group Co., Ltd. 441: 6–8. ISSN 1007-502X.
- ^ 《真正男子汉》刘昊然北漂6年 苦练舞蹈伤痕累累. ifeng (dalam bahasa Cina). 26 Mei 2015.
- ^ 刘昊然曝最新时尚写真 网友盛赞"颜值气质双料王". ifeng (dalam bahasa Cina). 24 Disember 2015.
- ^ 刘昊然是男子汉也是学霸 中戏专业考试名列第一. China Radio International (dalam bahasa Cina). 26 Mei 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 November 2017. Dicapai pada 5 Julai 2017.
- ^ 刘昊然被中戏表演系录取 文化454分成绩佳. Sina (dalam bahasa Cina). 21 Julai 2015.
- ^ a b 《男子汉》备受期待 刘昊然为"小鲜肉"正名. Tencent (dalam bahasa Cina). 9 April 2015.
- ^ a b 《唐探》热映 刘昊然横空出世成最热天才 (dalam bahasa Cina). 12 Januari 2016.
- ^ a b 华鼎颁奖 刘昊然赢最佳新人. NetEase (dalam bahasa Cina). 8 September 2015.
- ^ a b 刘昊然携谭松韵4月8日上演《最好的我们》. People's Daily (dalam bahasa Cina). 18 Februari 2016.
- ^ 《最好的我们》播放量破20亿 “耿耿余淮”成精品. ifeng (dalam bahasa Cina). 4 Julai 2016.
- ^ 尖叫2016爱奇艺之夜 最受欢迎新人:吴磊刘昊然. iQiyi (dalam bahasa Cina).
- ^ a b 史诗电影《建军大业》开机. Mtime (dalam bahasa Cina). 1 Ogos 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Ogos 2018. Dicapai pada 5 Julai 2017.
- ^ a b 《妖猫传》杀青趴 凯爷六字定角刘昊然. Tencent (dalam bahasa Cina). 30 Disember 2016.
- ^ a b 《琅琊榜2》揭阵容 黄晓明刘昊然率军亮相. People's Daily (dalam bahasa Cina). 30 Oktober 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 November 2017. Dicapai pada 5 Julai 2017.
- ^ 《琅琊榜2》完美收官 黄晓明刘昊然演技获赞. Netease (dalam bahasa Cina). 13 Februari 2018.
- ^ a b "Detective Chinatown 2 – Chinese sleuths back for more brash antics". The Guardian. 18 Februari 2018.
- ^ a b 第34届大众电影百花奖提名名单公布. Netease (dalam bahasa Cina). 7 November 2018.
- ^ 福布斯公布30岁以下精英榜 刘昊然张碧晨领衔登封. Sina (dalam bahasa Cina). 2 Ogos 2018.
- ^ a b 《九州缥缈录》定妆首曝海报 刘昊然宋祖儿眼神杀. Sina (dalam bahasa Cina). December 27, 2017.
- ^ "23岁刘昊然考编成功,成为煤矿文工团话剧演员,和罗晋是同事_发展_事业_毕业". news.sohu.com. Dicapai pada 2022-10-06.
- ^ "China Coal Mine Art Troupe Shedding Blood for China - NCPA CHINA". en.chncpa.org. Dicapai pada 2022-09-27.
- ^ "'Detective Chinatown 3' Opens to $393 Million in China, Breaks 'Avengers: Endgame' Box Office Record" (dalam bahasa Inggeris). 2021-02-14. Dicapai pada 2022-10-06.
- ^ Lodge, Guy (2021-09-28). "'Fire on the Plain' Review: Rising Talent Burns Up the Screen in Gutsy, Gorgeous Chinese Noir". Variety (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-09-27.
- ^ "San Sebastian Film Festival". sansebastianfestival (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-06.
- ^ "第十一次文代会|刘昊然:要汲取生活养分,在作品中思考和收获_青年_前辈_演技". www.sohu.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-06.
- ^ Shackleton, Liz (2023-04-13). "China's Rediance Reveals First-Look Images For Cannes Un Certain Regard Selection 'The Breaking Ice'". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-05-16.
- ^ 《大闹天竺》曝"天兵天将来助阵"特辑. Sina (dalam bahasa Cina). January 30, 2017.
- ^ 冯巩执导《幸福马上来》定档6月8日. Mtime (dalam bahasa Cina). 8 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2019. Dicapai pada 15 Mei 2018.
- ^ “小嗝嗝”刘昊然献声《驯龙高手3》. Mtime (dalam bahasa Cina). 24 Januari 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2019. Dicapai pada 24 Januari 2019.
- ^ 陈都灵刘昊然共同谱写画中迷梦 青春悬疑片《双生》曝终极预告 5.18上映. Mtime (dalam bahasa Cina). 8 Mei 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mei 2019. Dicapai pada 25 Mei 2019.
- ^ "《我和我的祖国》首曝预告". Xinhua News (dalam bahasa Cina). 26 Julai 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Julai 2019.
- ^ "《我和我的家乡》之《天上掉下个UFO》故事单元发布海报 佟丽娅彭昱畅惊喜加盟". Sohu (dalam bahasa Cina). 13 Ogos 2020.
- ^ "电影《一点就到家》定档国庆, 刘昊然彭昱畅尹昉合伙创业". Sina (dalam bahasa Cina). 12 Ogos 2020.
- ^ ""唐探3"曝预告王宝强被刘昊然扇耳光". Mtime (dalam bahasa Cina). 10 Oktober 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Ogos 2020. Dicapai pada 1 November 2019.
- ^ 网易 (2020-07-01). "《1921》今日开机 刘昊然:希望把自己的青春力量奉献给这部电影". www.163.com. Dicapai pada 2021-04-01.
- ^ "韩寒官宣新片《四海》大年初一上映 刘昊然、刘浩存、沈腾主演_腾讯新闻". new.qq.com. Dicapai pada 2021-04-23.
- ^ Davis, Rebecca (2020-06-10). "'Moses on the Plain' Among First Chinese Films To Finish Shooting Since COVID-19". Variety (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-05-24.
- ^ 犯罪题材电影《平原上的摩西》杀青. Mtime (dalam bahasa Cina). June 9, 2020.
- ^ "陈凯歌陈飞宇父子档电影《尘埃里开花》开机". Mtime (dalam bahasa Cina). 3 Julai 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2019. Dicapai pada 3 Ogos 2019.
- ^ "《深夜食堂》吴昕手撕渣男 刘昊然徐娇组鲜嫩CP". Sina (dalam bahasa Cina). June 13, 2017.
- ^ 《远大前程·双龙会》定档 陈昊演绎“热血监狱”. Netease (dalam bahasa Cina). 23 April 2018.
- ^ "刘昊然"官宣"有出演《唐人街探案》网剧". Mtime (dalam bahasa Cina). 6 Januari 2020.
- ^ "Military reality TV show Take a Real Man to end tonight". China Daily. 18 Julai 2015.
- ^ 高能少年团正式官宣 网友:真霸屏,鲜肉明星来啦. Tencent (dalam bahasa Cina). 13 Februari 2017.
- ^ "【北京站】「刘昊然/靳东」中国煤矿文工团明星音乐诗剧《血沃中华》-门票预订-摩天轮票务". www.moretickets.com. Dicapai pada 2021-05-15.
- ^ "王俊凯刘昊然董子健等献声《骄傲的少年》MV首发". Sina (dalam bahasa Cina). 6 April 2017.
- ^ "《唐人街探案2》曝拜年歌《粉红色的回忆》". Xinhua News (dalam bahasa Cina). 1 Februari 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Oktober 2019.
- ^ "QQ音乐特别出品《我和我的祖国》青春唱响片,庆祝新中国成立70周年". Fecn.net (dalam bahasa Cina). 30 September 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Oktober 2019. Dicapai pada 1 Oktober 2019.
- ^ "32位演员!电影频道青年演员计划MV录制现场". 1905.com (dalam bahasa Cina). 11 November 2019.
- ^ "中国大学生电视节主题曲《梦想》及MV发布". People's Daily (dalam bahasa Cina). 19 Disember 2019.
- ^ "王宝强刘昊然带领千人齐跳超萌"躬喜舞"". Mtime (dalam bahasa Cina). 23 Disember 2019.
- ^ "2017 Forbes China Celebrity List (Full List)". Forbes. 22 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2019. Dicapai pada 29 September 2019.
- ^ "福布斯中国发布100名人榜 吴京黄渤胡歌位列前三" (dalam bahasa Cina). Sina Corp. 20 Ogos 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Ogos 2019. Dicapai pada 28 Ogos 2019.
- ^ "福布斯中国发布2020名人榜,00后少年易烊千玺荣登榜首". Forbes China (dalam bahasa Cina). 27 Ogos 2020.