| Abdul Majid Hassan | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Paduka Seri Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Brunei | |||||||||
| Fail:Sultan Abdul Majid Hassan.jpg Majid | |||||||||
| Sultan Brunei ke 2 | |||||||||
| Pemerintahan | 1402 - 1408 | ||||||||
| Kemahkotaan | 02 / 02 / 1402 | ||||||||
| Pemasyhuran | 01 / 02 / 1402 | ||||||||
| Didahului oleh | Sultan Muhammad Shah (Brunei) | ||||||||
| Diikuti oleh | Sultan Ahmad (Brunei) | ||||||||
| Keputeraan | Abdul Majid Hassan ibni Muhammad Shah | ||||||||
| Kemangkatan | Makam Raja bagol, Kota Nanjing, Wilayah Jiangsu, China | ||||||||
| |||||||||
| Kerabat | Awang | ||||||||
| Ayahanda | Sultan Haji Muhammad Shah I Ibni | ||||||||
| Bonda | Raja Hajah Malar binti Sultan Haji Alauddin Riayat Shah II | ||||||||
| Agama | Islam | ||||||||
| Kerabat Di Raja Negeri Brunei | |||||||||
Sultan Abdul Majid Hasan (Jawi: سلطان عبدالمجيد حسن) merupakan salah seorang Senarai Sultan Brunei Sultan Brunei yang memerintah dari 1402 sehingga 1408.
Walaupun tidak disebut langsung dalam Salasilah Raja-Raja Brunei, ada dicatatkan dalam riwayat China bahawa pada tahun 1406, baginda menghantar utusan ke China. Orang Cina menyebut baginda dengan gelaran Ma-na-je-ka-na. Pada tahun 1408, baginda berangkat ke China dan mangkat di sana ketika berusia 28 tahun. Baginda meninggalkan seorang putera bernama Xiawang (遐旺, bererti Raja Kecil) yang berusia 4 tahun. Oleh kerana tidak tersenarai di dalam Salasilah Raja-Raja Brunei, maka Sultan Brunei ke 2 yang di dalam catatan sejarah Kerajaan Brunei pada masa itu ialah Sultan Ahmad, adinda Sultan Muhammad Shah.
| Penyandang Terdahulu | Sultan Brunei 1402 – 1408 |
Penyandang Kemudian |
| Muhammad Shah | Ahmad |








