Omar Ali Saifuddin I عمر علي سيف الدين١ | |
---|---|
Pemerintahan | 1740 - 1795 |
Pendahulu | Husin Kamaluddin |
Pengganti | Muhammad Tajuddin |
Pasangan | Raja Isteri Pengiran Anak Puteri Noralam Raja Isteri Pengiran Anak Puteri Pengiran Isteri Pengiran Anak Puteri Bungsu Wan Puteh |
Anakanda | |
Sultan Muhammad Tajuddin Sultan Muhammad Kanzul 'Alam Pengiran Shahbandar Maulana Pengiran Anak Abdul Wahab Pengiran Anak Sulaiman Pengiran Anak Usuf | |
Nama penuh | |
Pengiran Muda Tengah Omar Ali Saifuddin ibni Muhammad Alauddin | |
Ayahanda | Muhammad Alauddin |
Bonda | Pengiran Babu Seri Banum |
Keputeraan | sebelum 1730 Istana, Bandar Brunei, Brunei Darussalam |
Kemangkatan | 10 Julai 1795 Istana, Bandar Brunei, Brunei Darussalam |
Dimakamkan | Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei, Brunei Darussalam |
Agama | Islam |
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Omar Ali Saifuddin I ibni Sultan Muhammad Alauddin merupakan Sultan Brunei ke-17 dari tahun 1740 hingga 1795.
Baginda diputerakan sebelum sekitar tahun 1730. Baginda merupakan putera kedua kepada Sultan Muhammad Alauddin dan Pengiran Babu Seri Banum. Baginda menaiki takhta di usia yang paling muda untuk menggantikan Sultan Husin Kamaluddin (Marhum di Luba) yang telah mangkat pada tahun 1780. Baginda juga mempunyai kepimpinan yang bijaksana dalam pentadbiran sama seperti Sultan sebelum ini iaitu ayahanda mertua baginda kerana baginda banyak menerima nasihat dan pengetahuan dari Begawan Sultan Husin Kamaluddin
Pada tahun 1769, baginda menitahkan angkatan Brunei diketuai oleh Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Awang Aminuddin bin Menteri Omar bin Menteri Puteh bin Dato Godam menyerang Manila dan berjaya menduduki Manila. Baginda pernah memberi peluang kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris dalam perdagangan lada hitam di Pulau Balambangan, Sabah dengan syarat mereka melindungi kepentingan Brunei dari gangguan orang-orang lanun dari Sulu dan Mindanao. Harapan ini adalah untuk meletakkan semula kedudukan Brunei sebagai pusat perdagangan yang terpenting dengan cara menyakinkan pedagang-pedagang asing untuk datang berdagang ke Brunei. Pada tahun 1775, baginda menitahkan Pengiran Temenggong Pengiran Ampa mengeluari angkatan Sulu diketuai oleh Datu Teting yang hendak melanggar Brunei dan berjaya mengalahkannya.
Pada tahun 1780, baginda menyerahkan kuasa kerajaan kepada anak sulung baginda, Sultan Muhammad Tajuddin. Selepas penyerahan kuasa kerajaan, baginda dikenali sebagai Yang Di-Pertuan Besar, dan memakai gelaran tersebut sehingga baginda mangkat. Namun baginda masih Sultan dan Yang Di-Pertuan. Pada masa hayat baginda, Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I ini telah mendirikan rumah tangga dengan Raja Isteri Noralam binti Sultan Husin Kamaluddin berputerakan Pg Muda Muhammad Tajuddin (menjadi Sultan Muhammad Tajuddin). Apabila Raja Isteri Noralam lindung, baginda telah meminang adinda Raja Isteri Noralam yang bernama Pg Anak Puteri binti Sultan Husin Kamaluddin. Diceritakan, pinangan tersebut baru akan diterima oleh Pg Anak Puteri dengan syarat Sultan Omar Ali Saifuddin I akan berpuspa sekali lagi bersama-samanya. Permintaan ini dipersetujui oleh Sultan Omar Ali Saifuddin I.
Sepanjang hidup baginda, baginda telah mendirikan rumah tangga dengan empat orang isteri. Mereka adalah:
- Raja Isteri Pengiran Anak Puteri Noralam binti Sultan Husin Kamaluddin
- Raja Isteri Pengiran Anak Puteri binti Sultan Husin Kamaluddin.
- Pengiran Isteri Pengiran Anak Bungsu binti Sultan Husin Kamaluddin.
- Wan Puteh binti Syeikh Abdul Rahman
Hasil perkhawinan baginda dengan isteri-isteri baginda, baginda dikurniakan beberapa orang putera dan puteri. Antaranya:
- Sultan Muhammad Tajuddin.
- Pengiran Di-Gadong Sahibul Mal Pengiran Ayah.
- Pengiran Shahbandar Sahibul Bandar Pengiran Anak Abdul Wahab.
- Pengiran Kasuma Negara Pengiran Anak Sulaiman.
- Pengiran Anak Usuf.
- Pengiran Muhammad Ayub
Baginda mangkat pada 10 Julai 1795, dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei. Selepas kemangkatan baginda, baginda dikenali sebagai Marhum di Makam Besar. Baginda digantikan oleh Sultan Muhammad Tajuddin.
Penyandang Terdahulu | Sultan Brunei 1740 – 1795 |
Penyandang Kemudian |
Husin Kamaluddin | Muhammad Tajuddin |