Su-27 | |
---|---|
| |
Peranan | Pesawat penguasaan udara |
Negara pengeluar | Kesatuan Soviet Rusia |
Pengeluar | Sukhoi Design Bureau |
Penerbangan sulung | 20 Mei 1977 |
Diperkenalkan | Disember 1985 |
Status | Aktif |
Pengguna utama | Tentera Udara Rusia Tentera Udara China Tentera Udara Ukraine Tentera Udara India |
Dikeluarkan | 1984-kini |
Jumlah dibina | 680 buah |
Kos seunit | AS$35 juta |
Kelainan | Su-30 Su-33 Su-34 Su-35 Su-37 Shenyang J-11 |
Sukhoi Su-27 (nama pengenalan NATO ‘Flanker’) adalah sebuah jet pejuang yang asalnya dibina oleh Kesatuan Soviet, dan direka oleh Sukhoi Design Bureau. Ia bertujuan untuk menandingi pesaingnya dari Amerika Syarikat untuk pesawat pejuang generasi baru A.S (yang mana menghasilkan pesawat F-14 Tomcat, F-15 Eagle, F-16 Fighting Falcon, dan F/A-18 Hornet), yang mampu beroperasi pada jarak jauh, dilengkapi dengan persenjataan berat dan mempunyai kelincahan yang tinggi. Su-27 bukan sahaja melaksanakan misi-misi penguasaan udara, tetapi juga boleh melakukan hamper kesemua operasi pertempuran. Pesaing terdekatnya adalah F-15 Eagle.
Berdasarkan rekabentuk Su-27, terhasilnya beberapa hasil pembangunan. Su-33 ‘Flanker-D’ adalah sebuah Pemintas Pertahanan Angkatan yang dibangun daripada rekabentuk Su-27 bagi digunakan di atas kapal pengangkut pesawat. Perbezaan utamanya termasuk pencangkuk ekor dan sirip hadapan. Su-30 pula merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai peranan, dua tempat duduk yang sesuai dalam semua keadaan cuaca. Versi-versi lain termasuklah versi serangan Su-34 ‘Fullback’ dan pejuang pertahanan udara yang ditingkat upaya Su-35 ‘Flanker-E’.
Pembangunan
Latar belakang
Pada 1969, Kesatuan Soviet mendapat tahu Tentera Udara Amerika Syarikat telah memilih McDonnell Douglas bagi mengeluarkan rekabentuk pejuang eksperimen (yang kemudian menjadi F-15 Eagle). Sebagai tindak balas terhadap ancaman ini, Soviet mewujudkan program PFI (Perspektivnyi Frontovoy Istrebitel, Pejuang Garis Hadapan Termaju) untuk membina pesawat yang setanding pesawat pejuang baru A.S dalam terma-termanya sendiri.
Apabila spesifikasi yang dimahukan terlalu mencabar dan mahal untuk sebuah pesawat dalam jumlah yang diperlukan, spesifikasi PFI dipecahkan kepada dua: LPFI (Lyogkyi PFI, PFI Ringan) dan TPFI (Tyazholyi PFI, PFI Berat). Program PFI Ringan kemudian menghasilkan pesawat Mikoyan MiG-29, sebuah pesawat pejuang taktikal jarak dekat, sementara program PFI Berat telah ditugaskan kepada Sukhoi OKB, yang mana kemudian menghasilkan Su-27 dan pelbagai terbitannya. Program PFI Berat menyerupai program program F-X Amerika Syarikat, yang mana menghasilkan F-15 Eagle, sementara program PFI Ringan menyerupai program LWF, yang mana melahirkan pesawat F-16 Fighting Falcon dan Northrop YF-17, kemudian dibangunkan menjadi F/A-18 Hornet.
Spesifikasi (Su-27)
Data dari KNAAPO Su-27SKM page,[1] Sukhoi Su-27SK page,[2] Gordon and Davison[3]
Ciri umum
- Anak kapal: 1
- Panjang: 21.9 m (72 kaki)
- Rentang sayap: 14.7 m (48 kaki 3 in)
- Tinggi: 5.93 m (19 kaki 6 in)
- Sayap luas: 62 m² (667 kaki²)
- Berat kosong: 16,380 kg (36,100 lb)
- Berat berisi: 23,000 kg (50,690 lb)
- Berat berlepas maksimum: 33,000 kg (62,400 lb)
- Loji kuasa: 2× Saturn/Lyulka AL-31F turbofan, 122.8 kN (27,600 lbf) setiap satu
Prestasi
- Kelajuan maksimum: Mach 2.35 (2,500 km/j, 1,550 bsj) di altitud
- Jarak: 3,530 km (2,070 batu) at altitude; (1,340 km / 800 batu pada aras laut)
- Lelangit khidmat 18,500 m (60,700 kaki)
- Kadar kenaikan: 325 m/s (64,000 kaki/min)
- Beban sayap: 371 kg/m² (76 lb/kaki²')
- Tujahan/berat: 1.09
Persenjataan
- 1x meriam GSh-30-1 berkaliber 30 mm dengan 150 butir peluru
- 8,000 kg (17,600 lb) pada 10 pilon luar
- Sehingga 6 butir peluru berpandu udara ke udara jarak sederhana R-27, 4 butir pencari haba jarak dekat R-73
- Pesawat yang telah ditingkat upaya, Su-27SM boleh menggunakan R-77 bagi mengantikan R-27
- Su-27IB boleh melancarkan peluru berpandu anti radar X-31, peluru berpandu udara ke permukaan X-29L/T (panduan laser/TV, yang mana boleh dipaparkan ke helmet), bom KAB-150 dan UAB-500 dengan panduan laser, TV, atau IR.
- Sehingga 6 butir peluru berpandu udara ke udara jarak sederhana R-27, 4 butir pencari haba jarak dekat R-73
Persenjataan Su-27S
- 1x meriam GSH-30 berkaliber 30 mm dengan 150 butir peluru
- 6x R-27R, R-27ER, R-27T, R-27ET
- 4x R-73E
- FAB-250
- FAB-500
- B-8
- B-13
- S-24
- S-25
Kemalangan
- 9 September, 1990: Pertunjukan Udara Salgareda, Itali, 2 terbunuh (juruterbang Rimantas Stankevičius + 1 penonton).
- 27 Julai, 2002: Bencana semasa Pertunjukan Udara Sknyliv di Lviv, Ukraine - 85 penonton terbunuh.[4](Video)
- 29 Julai, 2008: Terhempas semasa latihan penerbangan di wilayah Primorye, Rusia at 07:30GMT, Seorang juruterbang terbunuh manakala seorang lagi terselamat[5]
Budaya popular
Pesawat Su-27 dalam permainan penyelaku penerbangan dalam Su-27 Flanker.
Su-27 boleh didapati dalam permainan penyelaku penerbangan YSFLIGHT, dan pesawat Su-27 dalam permainan ini mempunyai payung terjun sauh yang dihidupkan dengan menggunakan kawalan tujahan belakang.
Lihat juga
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Rujukan
- ^ Sukhoi Su-27SKM Diarkibkan 2008-03-13 di Wayback Machine, KNAAPO.
- ^ Su-27SK Aircraft performance page Diarkibkan 2011-07-16 di Wayback Machine, Sukhoi.
- ^ Gordon and Davison 2006, pp. 92, 95-96.
- ^ "Pilots blamed for air show crash". CNN. 7 August 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-20. Dicapai pada 2008-12-19.
- ^ "Su-27 Flanker fighter crashes in Russia's Far East, 1 pilot dead". RIA Novosti. July 29, 2008.
- Gordon, Yefim and Peter Davison. Sukhoi Su-27 Flanker, Specialty Press, 2006. ISBN 978-1-58007-091-1.
- Modern Combat Aircraft: Reference guide pp. 50-51 Minsk, "Elida", 1997, ISBN 985-6163-10-2. (Rusia)
- Comprehensive Russian Military Analysis, warfare.ru.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Sukhoi Su-27. |
- http://www.knaapo.ru/eng/
- http://www.irkut.com/en/ Diarkibkan 2013-12-29 di Wayback Machine
- Russkiye Vityazi (Russian Knights) Acrobatic Team
- GlobalSecurity.org
- Sukhoi Su-27 page by the Federation of American Scientists
- Sukhoi Flankers - The Shifting Balance of Regional Air Power
- The Su-27SKM
- Su-27SК Sukhoi
- Su-27SК Russia Military Analysis
- Asia's Advanced Flankers
- Su-27 free walkaround (37 shots)