Shenty Feliziana | |
---|---|
Kelahiran | Shenthy Feliziana binti Sudirman 18 Ogos 1989[1] Bukit Panjang, Singapura |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2006–2019 |
Pasangan | Reuben Elishama (k. 2018) |
Anak-anak | 2 |
Kerjaya muzik | |
Genre |
|
Syarikat rakaman |
|
Kegiatan berkaitan |
|
Shenthy Feliziana Sudirman (lahir 18 Ogos 1989) ialah seorang pelakon, pengacara televisyen, penerbit dan penyanyi wanita kelahiran Singapura.[2]
Shenty merupakan bekas ahli kumpulan nyanyian dan tarian, DynDa yang ditubuhkan oleh Cat Farish pada hujung 2009. Sebelum itu, beliau pernah menganggotai kumpulan Aikanika dan The Fabulous Cats dari tahun 2006 hingga 2007. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pramugari di syarikat penerbangan Singapore Airlines.
Kehidupan peribadi
Shenty dilahirkan dan dibesarkan di Bukit Panjang, Singapura dan merupakan anak tunggal dalam keluarganya.
Beliau berkahwin dengan pelakon Indonesia, Reuben Elishama pada 13 April 2018.[3] Beliau dikurniakan seorang anak lelaki bernama Biru Abiyyu Yusuf.[4]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2012 | Apa Celop Toqq... | Julia | |
Mael Lambong | Rozie | ||
Cinta Atas Tar | |||
2015 | Romeo Kota | Ema | |
Mat Moto | Alia | ||
2019 | Dendam Pontianak | Siti | Filem terakhir |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Prosa Cinta Embun | Embun | TVi | |
2012 | Runtun Qalbu | June | TV3 | |
Apa Celop! | Sofia | |||
2014 | Bingit | Mediacorp Suria | ||
2015 | Padamu Aku Bersujud | Rihanna | ||
2017 | Do(s)A: Sacred Sin | Fara | Astro First | Drama gabungan Malaysia-Indonesia |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2012 | Apa Celop Raya | Sofia | TV3 | |
2017 | Naluri Ayah | Zahra | Telemovie Singapura |
Televisyen
- The Band (2014)
- HLive (2015-2017)
Diskografi
- Single bersama Dynda
- "AM PM" (2010)
- "Babe… Hanya Kamu" (2011)
- "Sudah-Sudah" (2013)
- "Bebaskan Hatimu" (2014)
- "Hanya Dirimu" (2014)
Rujukan
- ^ "Shenty Feliziana hos cantik kelahiran Singapura". encikshino.com. 23 Disember 2017. Dicapai pada 25 Julai 2018.
- ^ "Shenty Feliziana selamat bernikah dengan pelakon kacak Indonesia". Astro Awani. 14 April 2018. Dicapai pada 25 Julai 2018.
- ^ Feride Hikmet Atak (25 Januari 2018). Shenty, Reuben bersatu 13 April Berita Harian. Dicapai pada 14 September 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (31 Julai 2019). Shenty Feliziana teruja sambut anak sulung Berita Harian. Dicapai pada 14 September 2019.