| Lebuhraya E1 | |
|---|---|
| Lebuhraya Baru Lembah Klang 新巴生河流域大道 | |
| Maklumat laluan | |
| Sebahagian daripada | |
| Panjang | 35 km (22 mi) |
| Wujud | 1988–kini |
| Sejarah | Siap pada tahun 1993 |
| Simpang utama | |
| Hujung barat | Bukit Raja, Selangor |
Jalan Setia Alam | |
| Hujung timur | Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur |
| Lokasi | |
| Destinasi utama | Setia Alam, Shah Alam, Subang, Damansara, Kota Damansara, Bukit Lanjan |
| Sistem lebuh raya | |
| Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri | |
E1 Lebuhraya Baru Lembah Klang atau NKVE adalah salah satu lebuhraya dalam Rangkaian Lebuhraya Utara–Selatan yang memberi sambungan kepada E1 Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara yang dihubungkan dengan E6 Lebuhraya Utara–Selatan Hubungan Tengah ke E2 Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan. Dengan panjang keseluruhan 35 kilometer, ia merupakan penghubung terpenting bagi jajaran utara dan selatan Lebuhraya Utara-Selatan serta bahagian timur dan barat Lembah Klang. Lebuh Raya Baru Lembah Klang digunakan oleh lebih satu juta kenderaan pada setiap hari biasa dan dikendalikan oleh syarikat konsesi PLUS Expressway Berhad.
Sejarah
Perasmian Lebuh Raya Baru Lembah Klang dilakukan oleh bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad pada 11 Januari 1993 di Plaza Tol Jalan Duta.
Rujukan
- (Bahasa Melayu) - Kementerian Kerja Raja
Pautan luar
- Laman Rasmi PLUS Expressway Bhd Diarkibkan 2018-12-08 di Wayback Machine
- Laman Rasmi Lembaga Lebuh Raya Malaysia Diarkibkan 2005-08-30 di Wayback Machine









