Perlembagaan Reich Jerman, (Bahasa Jerman: Die Verfassung des Deutschen Reichs) yang juga dikenali sebagai Perlembagaan Weimar (Weimarer Verfassung) adalah perlembagaan yang berkuat kuasa di Jerman semasa Republik Weimar (1919-1933). Perlembagaan ini menjadikan Jerman sebuah republik parlimen demokratik dengan badan perundangan yang dipilih oleh sistem perwakilan berkadar. Hak mengundi menyeluruh juga digunakan dengan had umur minimum 20 tahun. Secara teknikal, perlembagaan ini masih berkuat kuasa semasa tempoh Nazi berkuasa dari 1933 hingga 1945. Perlembagaan Weimar diasaskan oleh Hugo Preuss, seorang peguam dan ahli politik liberal di Jerman yang menjawat jawatan Setiausaha Negara Kementerian Dalam Negeri ketika itu.
Tajuk perlembagaan adalah sama dengan tajuk pendahulunya, Perlembagaan Empayar Jerman. Nama rasmi negara Jerman dalam perlembagaan ini juga tidak berubah, iaitu Deutsches Reich atau Empayar Jerman. Nama ini digunakan untuk membuktikan Undang-undang Asas Republik Persekutuan Jerman 1949. Pada 2019, negara Jerman menyambut ulang tahun ke-100 Perlembagaan Weimar sebagai sambutan demokrasi di negara itu.[1]
Sejarah
Setelah tamatnya Perang Dunia Pertama, Perhimpunan Kebangsaan Weimar diadakan di kota Weimar selepas pilihan raya Persekutuan Jerman 1918 untuk membahaskan perlembagaan Reich yang baharu.[2] Perlembaagan ini dibahas oleh Hugo Preuss. Presiden pertama Republik Weimar, Friedrich Ebert, menandatangani perlembagaan ini pada tarikh 11 Ogos 1919.
Rujukan
- ^ Germany Marks 100 Years Since Weimar Constitution Deutsche Welle
- ^ Nohlen, D & Stöver, P (2010) Elections in Europe: A data handbook, hlm. 762 ISBN 978-3-8329-5609-7
Pautan luar
Wikisumber bahasa Melayu mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
Wikisumber bahasa Jerman mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |