Cari Reich dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Reich (/ˈraɪk/;[1] bahasa Jerman: [ˈʁaɪç] ( dengar)) adalah perkataan Jerman yang bermaksud "alam pemerintahan". Istilah Kaiserreich (secara harfiah "alam maharaja") dan Königreich (secara harfiah "alam raja") telah digunakan di Jerman untuk merujuk pada empayar dan kerajaan.
Dengan demikian, istilah Deutsches Reich (sering diterjemahkan kepada "Empayar Jerman") terus digunakan walaupun selepas keruntuhan empayar Jerman dan pembubaran monarki pada tahun 1918, tanpa sebarang konotasi imperial.
Istilah ini berasal daripada perkataan Germanik yang bermaksud "alam pemerintahan" secara umum, tetapi biasanya digunakan di Jerman untuk menandakan sesebuah kerajaan beraja atau empayar, terutamanya Empayar Rom.[2] Istilah Kaisertum (secara kasar "Emperordom") dan Kaiserreich telah digunakan di Jerman dengan lebih khusus pentakrifan empayar yang diperintah oleh maharaja.[2]
Reich setanding dari segi maksud dan pembangunan (dan juga berasal dari akar Bahasa Proto-Indo-Eropah yang sama) dengan perkataan Inggeris realm (dari bahasa Perancis reaume "kingdom" dari bahasa Latin regalis "royal"). Ia digunakan untuk empayar bersejarah secara umum, seperti Empayar Rom (Römisches Reich ), Empayar Parsi (Perserreich ), dan kedua-dua Tsardom Rusia dan Empayar Rusia (Zarenreich , secara harfiah "alam Tsar").
Didalam Sejarah Jerman khususnya, ia digunakan untuk merujuk pada:
- Frankish Realm (Empayar Frank) pada awal zaman pertengahan dan Empayar Carolingian (the Fränkisches Reich dan Karolingerreich );
- Empayar Suci Rom (Heiliges Römisches Reich ), yang berakhir dari pertabalan Otto I sebagai Maharaja Suci Rom pada 962, sehingga 1806, apabila ia dibubarkan semasa Perang Napoleon;
- Empayar Jerman (Deutsches Reich atau Deutsches Kaiserreich ), yang berakhir dari Penyatuan Jerman pada 1871 sehingga keruntuhannya selepas Perang Dunia I, semasa Revolusi Jerman tahun 1918–1919;
- Republik Weimar tahun 1919–1933 terus menggunakan Deutsches Reich sebagai nama rasminya;
- Jerman Nazi, negara yang sering dirujuk sebagai Reich Ketiga, yang berakhir dari Machtergreifung pada 1933 hingga Akhir Perang Dunia II di Eropah pada 1945.
Sejarah Reich biasanya dibahagikan kepada tiga zaman:
- Reich Pertama (Jerman: Erstes Reich ): Empayar Suci Rom (Jerman: Heiliges Römisches Reich ) 962–1806; kemudian Empayar Suci Rom Bangsa Jerman (Jerman: Heiliges Römisches Reich Deutscher Nation ), juga dipanggil Empayar Purba (Jerman: Altes Reich )
- Reich Kedua (Jerman: Zweites Reich ): Empayar Jerman (Jerman: Deutsches Kaiserreich ) 1871–1918
- Reich Ketiga (Jerman: Drittes Reich ): Jerman Nazi (Jerman: Deutsches Reich ) 1933-1943 kemudian Reich German Raya (Jerman: Großdeutsches Reich ) 1943-1945
Zaman Weimar 1918-1933, yang juga dipanggil Reich Jerman diabaikan dan dikecam oleh pihak Nazi sebagai penyimpangan sejarah, ia dirujuk dengan penghinaan sebagai "Negara Sistem".
Didalam sebuah buku 1923 bertajuk Das Dritte Reich oleh Arthur Moeller van den Bruck,[3] menyatakan bahawa zaman Empayar Suci Rom sebagai empayar pertama dan monarki tahun 1871–1918 sebagai empayar kedua, kemudian diikuti oleh empayar ketiga yang "lebih bertenaga", iaitu Jerman Nazi.
Lihat juga
Rujukan
- ^ http://dictionary.reference.com/browse/reich
- ^ a b Harper's magazine, Volume 63. Pp. 593.
- ^ The man who invented the Third Reich: the life and times of Arthur Moeller van den Bruck. Npi Media Ltd. May 1, 1999. ISBN 978-0-75-091866-4.