Perisai Lapland Lapplandschild | |
---|---|
![]() Contoh perisai keluaran pasca-perang | |
Jenis | Lencana |
Dianugerahkan untuk | Tindakan ketenteraan menentang pasukan Bersekutu di Norway Utara |
Penerangan | Perisai kenang-kenangan yang dipakai di lengan kiri atas uniform |
Negara | Jerman Nazi ![]() |
Disampaikan oleh | Jerman Nazi |
Kelayakan | Anggota tentera |
Kempen | Perang Dunia Kedua |
Status | Tidak lagi dianugerahkan |
Diasaskan | Februari 1945 |
Kali pertama | 1r Mei 1945 ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Perisai Lapland (Jerman: Lapplandschild) ialah satu anugerah ketenteraan Jerman Nazi semasa Perang Dunia Kedua yang dikurniakan kepada anggota Tentera Darat Ke-20 Gunung pimpinan Jeneral Franz Böhme yang mana berperang di dua medan serentak menentang pasukan Tentera Merah Soviet dan Finland yang sedang mara di wilayah Lapland antara November 1944 hingga tamat perang pada Mei 1945. Ia diberikan kepada anggota yang telah "berkhidmat dengan terhormat" selama enam bulan di kawasan tersebut atau yang telah tercedera semasa operasi di sana. Pingat ini telah diluluskan pada Februari 1945 dan merupakan perisai kempen Jerman terakhir yang diperkenalkan secara rasmi semasa perang.[1][2]
Disebabkan perisai ini hanya diluluskan dan direka menjelang akhir perang, penerima awal hanya mempunyai catatan penerimaan anugerah ini dalam buku gaji tentera mereka pada Mac 1945. Namun begitu, penyampaian perisai ini hanya bermula pada Julai 1945, selepas penyerahan kalah Jerman,[2][3] dan terdapat juga rekod penganugerahan yang dicatatkan dalam buku gaji sehingga Ogos 1945.[4]
Reka bentuk
Perisai ini mempunyai reka bentuk asas dengan bahagian atas rata dan pangkal bulat. Ia menampilkan seekor helang di bahagian atas tetapi tanpa lambang swastika. Tepat di bawahnya tertera perkataan "LAPPLAND" dalam huruf besar, diikuti dengan peta kawasan tersebut. Empat lubang kecil ditebuk pada perisai ini bagi membolehkan ia dijahit pada lengan kiri atas uniform, tanpa sebarang plat belakang atau kain seragam yang dilampirkan.[2]
Pada akhir perang, sementara pasukan Jerman yang telah dilucutkan senjata di Lapland menunggu pemulangan ke tanah air, mereka masih berada di bawah perintah pegawai mereka sendiri dan memiliki birokrasi ketenteraan yang masih berfungsi. Walaupun telah diluluskan lebih awal, hanya dalam tempoh pasca-perang yang segera inilah Perisai Lapland dihasilkan dan diagihkan. Ia dihasilkan secara tempatan dan dibuat secara kasar, dengan variasi dari segi gaya dan bahan logam — kebanyakannya diperbuat daripada aluminium atau zink.[4][5] Pengeluaran pasca-perang ini mungkin menjelaskan ketiadaan simbol swastika dalam reka bentuk akhir perisai tersebut.[4]
Perisai Lapland tidak termasuk dalam senarai pingat ketenteraan era Nazi yang dibenarkan untuk dipakai secara rasmi oleh Republik Persekutuan Jerman pada tahun 1957.[6]
Lihat juga
Nota
- ^ Ailsby 1987, m/s. 108.
- ^ a b c Angolia 1987, m/s. 284, 285.
- ^ Nimmergut 2001, m/s. 2266.
- ^ a b c Williamson 2002, m/s. 23.
- ^ Littlejohn & Dodkins 1968, m/s. 146–147.
- ^ Peraturan Persekutuan Jerman 1996, m/s. 583–593, Lampiran 13: Pingat dan Anugerah Kehormatan.
Rujukan
- Ailsby, Christopher (1987). Combat Medals of the Third Reich. Harpercollins. ISBN 978-0850598223.
- Angolia, John (1987). For Führer and Fatherland: Military Awards of the Third Reich. R. James Bender Publishing. ISBN 0912138149.
- Littlejohn, David; Dodkins, Colonel C. M. (1968). Orders, Decorations, Medals and Badges of the Third Reich. R. James Bender Publishing, California. ISBN 978-0854200801.
- Nimmergut, Jörg (2001). Deutsche Orden und Ehrenzeichen bis 1945. Band 4. Zentralstelle für Wissenschaftliche Ordenskundeg. ISBN 3-00-001396-2.
- Williamson, Gordon (2002). World War II German Battle Insignia. Osprey Publishing. ISBN 1841763527.
- German Federal regulation (1996). Dienstvorschriften Nr. 14/97. Bezug: Anzugordnung für die Soldaten der Bundeswehr. ZDv 37/10.