Perisai Narvik Narvikschild | |
---|---|
![]() Perisai Narvik dalam warna perak | |
Jenis | Lencana |
Dianugerahkan untuk | Penyertaan dalam Pertempuran Narvik |
Negara | Reich Jerman ![]() |
Disampaikan oleh | Jerman Nazi |
Kelayakan | Anggota tentera |
Kempen | Perang Dunia Kedua |
Status | Tidak lagi dianugerahkan |
Diasaskan | 19 Ogos 1940 |
Kali pertama | Eduard Dietl, 21 Mac 1941 |
Kali terakhir | 15 Jun 1943 |
Jumlah anugerah | 8,577[1] |
Jumlah anugerah anumerta | 680[2] |
![]() Versi tahun 1957 berwarna emas | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Perisai Narvik (Jerman: Narvikschild) ialah anugerah ketenteraan Jerman semasa Perang Dunia Kedua yang dianugerahkan kepada semua anggota tentera Jerman yang terlibat dalam Pertempuran Narvik antara 9 April hingga 8 Jun 1940. Ia telah diperkenalkan pada 19 Ogos 1940 oleh Adolf Hitler. Arahan pelaksanaannya diterbitkan oleh Oberkommando der Wehrmacht (OKW) pada hari yang sama. Anugerah ini disampaikan oleh Jeneral Eduard Dietl, panglima Kumpulan Tentera Narvik.[1][3]
Anugerah ini merupakan yang pertama dalam siri perisai kempen lengan.[4] Sebanyak 8,577 anggota telah menerima anugerah ini. Secara umum: 2,755 kepada anggota Tentera Darat, 3,661 kepada anggota Kriegsmarine, 2,161 kepada anggota Luftwaffe[2]
Reka bentuk
Direka oleh Profesor Dr. Richard Klein dari Munich, perisai ini berbentuk sempit dengan bahagian bawahnya runcing dan di bahagian atasnya terdapat seekor helang dengan sayap mengarah ke bawah yang mencengkam sebuah kalungan daun laurel yang mengelilingi swastika. Di bawahnya terdapat tulisan huruf besar NARVIK. Badan utama perisai ini menampilkan tiga simbol: bunga edelweiss (mewakili pasukan gunung), Sauh (mewakili Kriegsmarine), dan Kipas pesawat (propeller) (mewakili Luftwaffe). Sauh dan kipas pesawat disilangkan dalam bentuk huruf X, manakala bunga edelweiss diletakkan di bahagian atas persilangan tersebut. Nombor 19 dan 40 tertera di sudut kiri dan kanan atas badan utama perisai, menandakan tahun 1940.[5][3]
Perisai ini mempunyai bahagian belakang yang berongga dan ditempa daripada logam lembaran, kebiasaannya zink. Ia dianugerahkan dalam dua versi: Warna kelabu perak untuk tentera darat dan Luftwaffe, serta warna emas (berkilat) untuk Kriegsmarine.[5] Perisai ini dipasang pada lapik kain yang sepadan dengan warna pakaian seragam dan dipakai pada lengan atas kiri pakaian seragam.[4]
Versi 1957
Pada tahun 1957, Perisai Narvik – bersama banyak lagi pingat ketenteraan Jerman semasa Perang Dunia Kedua – telah dibenarkan semula untuk dipakai oleh veteran yang layak.[6] Ini termasuk anggota Bundeswehr, yang boleh memakai perisai tersebut dalam bentuk bar reben, ditunjukkan sebagai replika kecil anugerah itu pada reben berwarna kelabu medan. Versi baru ini telah diubah reka bentuknya untuk menggugurkan simbol helang Nazi dan swastika di bahagian atas perisai.[7]
Lihat juga
Nota
- ^ a b Angolia 1987, m/s. 276.
- ^ a b Williamson 2002, m/s. 18.
- ^ a b Ailsby 1987, m/s. 96.
- ^ a b Littlejohn & Dodkins 1968, m/s. 142.
- ^ a b Angolia 1987, m/s. 277.
- ^ "Bundesgesetzblatt Teil III, Gliederungsnummer 1132-1"". Dicapai pada 2019-10-23.
- ^ Littlejohn & Dodkins 1968, m/s. 224–226.
Rujukan
- Ailsby, Christopher (1987). Combat Medals of the Third Reich. Harpercollins. ISBN 978-0850598223.
- Angolia, John (1987). For Führer and Fatherland: Military Awards of the Third Reich. R. James Bender Publishing. ISBN 0912138149.
- Littlejohn, David; Dodkins, Colonel C. M. (1968). Orders, Decorations, Medals and Badges of the Third Reich. R. James Bender Publishing, California. ISBN 978-0854200801.
- Williamson, Gordon (2002). World War II German Battle Insignia. Osprey Publishing. ISBN 1841763527.
- German Federal law: Bundesministerium der Justiz: Gesetz über Titel, Orden und Ehrenzeichen, 26.7.1957. Bundesgesetzblatt Teil III, Gliederungsnummer 1132-1