Perang Macedonia Ketiga | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Macedonia | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
Republik Rom Kerajaan beraja Attalid Orang Thessalia Kontigen Orang Achaea Kontigen Aetolia Kontigen dari pihak-pihak sekutu Greece lain |
Macedonia Kerajaan beraja Odrysia (Thrace) Kontigen Creta Epirus (bermula 170 BC) Kontigen Aetolia Athamania Kerajaan beraja Illyria Kontigen dari pihak-pihak sekutu Greece lain | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
Publius Licinius Crassus (171 BC) Aulus Hostilius Mancinus (170 BC) Quintus Marcius Philippus (169 BC) Lucius Aemilius Paullus (168 BC) Eumenes II dari Pergamon |
Perseus dari Macedon Cotys IV dari Kerajaan beraja Odrysian (Thrace) Gentius | ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
Tidak diketahui | 150,000 orang penduduk Epirotes diperhambakan |
Perang Macedonia Ketiga (171–168 SM) adalah satu peperangan yang terjadi antara republik Rome dan Raja Perseus dari Macedon. Pada tahun 179 SM, Raja Philip V dari Macedon telah meninggal dunia dan digantikan oleh putera baginda yang bercita-cita tinggi, Perseus. Beliau merupakan seorang anti-Rome dan membangkitkan perasaan anti Rome di dalam Macedonia. Pada 172 SM, satu delegasi Rome telah melawat Perseus dan memerlukan konsesi beliau yang bermaksud untuk melupuskan kemerdekaan Macedon. Setelah beliau enggan untuk memenuhi tuntutan ini, delegasi ini kembali ke Rome. Rome kemudian mengisytiharkan perang ke atas Macedon.
Kebanyakan pertempuran berlaku di Macedon selain jirannya Thessaly, di mana pasukan tentera Rome ditempatkan. Selepas satu pertempuran yang tidak muktamad di Callinicus pada tahun 171 SM, dan beberapa tahun berperang, Rome secara muktamad telah mengalahkan tentera Macedonia dalam Pertempuran Pydna pada tahun 168 SM, oleh itu menamatkan peperangan.[1]
Kemenangan Rome mengakhiri dinasti Antigonid dan menamatkan kemerdekaan kerajaan beraja Greek di Macedon, bagaimanapun pengilhakkan rasmi terjadi beberapa tahun selepasnya. Kerajaan beraja ini kemudian dipecahkan kepada empat buah republik kecil yang dikenali sebagai merides, dengan ibu-ibu kota terletak di Amphipolis, Thessalonica, Pella, dan Pelagonia,[2] yang mana merupakan anggota dalam sebuah liga persekutuan, Liga Macedonia.[3] Prestij dan kekuasaan Rome di Greece meningkat dengan tinggi.
Lihat juga
Petikan
- ^ Erdkamp, Paul (2017), "The Third Macedonian War, 171–168 BC", The Encyclopedia of Ancient Battles, Oxford, UK: John Wiley & Sons, Ltd, m/s. 1–5, doi:10.1002/9781119099000.wbabat0380, ISBN 978-1405186452, dicapai pada 2022-03-26
- ^ Eckstein 2010, halaman 245; Errington 1990, halaman 216–217; Hatzopoulos 1996, halaman 43–46.
- ^ Papazoglou 1979, m/s. 305.
Rujukan
Sumber utama
- Livy, History of Rome from Its Foundation: Rome and the Mediterranean (Books 42–45), Penguin Classics, Reprint edition, 1976; ISBN 978-0140443189
- Plutarch, Parallel Lives, The Life of Aemilius, Loeb Classical Library, Vol 6, 1989; ISBN 978-0674991095
Sumber sekunder
- Broughton, Thomas Robert Shannon (1951). The magistrates of the Roman republic. 1. New York: American Philological Association.
- Eckstein, Arthur M. (2010). "Macedonia and Rome, 221–146 BC". Dalam Roisman, Joseph; Worthington, Ian (penyunting). A Companion to Ancient Macedonia. Oxford: Wiley-Blackwell. m/s. 225–250. ISBN 978-1-4051-7936-2.
- Errington, Robert Malcolm (1990). A History of Macedonia. Diterjemahkan oleh Catherine Errington. Berkeley, Los Angeles, & Oxford: University of California Press. ISBN 0-520-06319-8.
- Grant, M., The History of Rome, Faber & Faber, 1986; ISBN 978-0571114610
- Giles, J., The History of Ancient Greece, its Colonies and Conquests, To The Division of The Macedonian Empire, Bangs, Brother & Co.; (AsSuch) edition, 1852; ASIN B001CYBX0Y
- Hatzopoulos, M. B. (1996). Macedonian Institutions Under the Kings: a Historical and Epigraphic Study. 1. Athens & Paris: Research Centre for Greek and Roman Antiquity, National Hellenic Research Foundation; Diffusion de Boccard. ISBN 960-7094-90-5.
- Matyszak, P., The Enemies of Rome: From Hannibal to Attila the Hun, Thames & Hudson, 2004; ISBN 978-0500251249
- Papazoglou, F. (1979). "Quelques aspects de l'histoire de la province de Macédoine". ANRW. ii.7.1: 302–369.
Sumber perpustakaan |
---|
Tentang Third Macedonian War |
Bacaan lanjut
- Sherwin-White, Adrian N (1984). Roman foreign policy in the East: 168 BC to AD 1. London: Duckworth. ISBN 978-0-8061-1892-5.
- Burton, Paul J (2017). Rome and the Third Macedonian War. Cambridge University Press. ISBN 978-1-107-10444-0.
Pautan luar
- Devereaux, Bret (24 April 2024). "Phalanx's Twilight, Legion's Triumph, Part IVc: Perseus". A Collection of Unmitigated Pedantry.