s. 509 SM – (legendary)Penggulingan monarki Rom[2] – Berdasarkan pada kisah tradisi, para arisrokrat Rom menghalau keluar raja Etruscan Lucius Tarquinius Superbus, memansuhkan kerajaan beraja Rom dan menubuhkan republik Rom. Banyak perincian secara umumnya diterima sebagai dongeng, tetapi para sarjana tidak bersetuju berkenaan tahap mana naratif legenda menpengaruhi fakta-fakta sejarah.
s. 508 SM – Perang antara Clusium dan Aricia – Berdasarkan pada Livy, Raja Lars Porsena daripada kota Etruscan di Clusium mengepung Rom bagi pihak Tarquinius Superbus. Hasilnya diperdebatkan, tetapi tradisi menyatakan bahawa ia adalah satu kemenangan buat Rom. Clusium kemudian mengepung bandar di Aricia, yang mana menerima bantuan daripada Liga Latin selain koloni Greece di Cumae dan memusnahkan tentera Clusia. Livy tidak mengatakan sama ada penglibatan Rom sebagai sekutu Aricia, tetapi mengalahkan dan tentera Etruscan yang terselamat diberi perlindungan dan rawatan di Rom. Beliau mendakwa mereka yang tertinggal di belakang di beri rumah di kejiranan yang dikenali sebagai 'penempatan Tuscan'.[3]
Pertempuran Pintu Colline (477 SM) – Konsul Gaius Horatius Pulvillus memperolehi kemenangan tidak muktamad ke atas tamadun Etruscan tidak lama selepas Pertempuran Kuil Harap.
295 SM – Pertempuran Sentinum – Rom di bawah Fabius Rullianus dan Publius Decimus Mus mengalahkan Samnite dan sekutu mereka dari Etruscan dan Gallic, memaksa Etruscan, Gaul, dan Umbria untuk berdamai.
280 SM – Pertempuran Heraclea – Pertembungan pertama antara tentera Rom dan Greece, di mana Greece diketuai oleh Pyrrhus dari Epirus, yang mana menang dengan kos yang besar.
279 SM – Pertempuran Asculum – Pyrrhus sekali lagi mengalahkan Rom tetapi mengalami jumlah korban yang besar.
275 SM – Pertempuran Beneventum – Keputusan tak muktamad antara Pyrrhus dan Rom di bawah Manius Curius Dentatus.
272 SM – Pendudukan Tarentum
266 SM – Rom melengkapkan pendudukan Semenanjung Itali (kecuali Itali Utara, Cisalpine Gaul)
261 SM – Pertempuran Agrigentum – Tentera Carthage di bawah Hannibal Gisco dan Hanno dikalahkan oleh Rom, yang mana mendapat kawalan hampir seluruh Sicily.
Pertempuran Tanjung Ecnomus – Satu armada Carthage di bawah Hamilcar dan Hanno dikalahkan dalam satu cubaan untuk menghentikan serbuan Rom di Afrika oleh Marcus Atilius Regulus.
Pertempuran Adys – Rom di bawah Regulus mengalahkan Carthage di Afrika Utara.
255 SM – Pertempuran Tunis – Carthage di bawah Xanthippus, seorang askar upahan Greece, mengalahkan Rom di bawah Regulus, yang mana ditawan.
251 SM – Pertempuran Panormus – Tentera Carthage di bawah Hasdrubal dikalahkan oleh Rom di bawah L. Caecilius Metellus.
Pertempuran Ager Falernus – mengelakkan kemusnahan dengan penipuan, Hannibal melepaskan diri daripada perangkap Fabius dalam pertempuran kecil ini.
216 SM –
Pertempuran Cannae – Hannibal memusnahkan pasukan utama tentera Rom yang diketuai oleh Lucius Aemilius Paulus dan Publius Terentius Varro dalam satu pertempuran yang dianggap sebagai salah satu mahakarya dalam seni taktik.
Pertempuran Silva Litana – Boii menyerang hendap dan memusnahkan satu pasukan tentera Rom seramai 25,000 orang.
Pertempuran Neferis Kedua – tentera Rom di bawah Scipio Aemilianus mendapat kemenangan muktamad menentang Carthage, menandakan titik perubahan dalam Perang Punic Ketiga.
146 SM – Pertempuran Corinth – Roma di bawah Lucius Mummius mengalahkan tentera Liga Achaea dari Kritolaus, yang mana telah terbunuh. Corinth dimusnahkan dan Greece diperintah secara terus oleh Rom.
Pengepungan Uxellodunum – Caesar menawan sebuah bandar pertahanan selepas Pertempuran Alesia dan memotong kedua-dua belah tangan semua lelaki di dalam bandar ini
Perang Parthia-Rom 54–53 BCE. Konflik ini berpunca daripada perang pewarisan Parthia (57–54 SM) antara Mithridates IV dan abang beliau Orodes II selepas membunuh bapa mereka, raja Phraates III. Serangan Rom ke atas Parthia, bermula pada 54 SM dan berakhir dengan malapetaka di Pertempuran Carrhae pada 53 SM, di mana sebahagian dipengaruhi oleh atau dijustifikasi sebagai menyokong tuntutan Mithridates' ke atas takhta Parthia.[6]
25–22 SM – ekspedisi Gaius Petronius menentang Nubia - tentera Rom berjaya tiba di Qasr Ibrim dan utara Nubia, menawan beberapa bandar termasuk Pselcis, Primis, Abuncis, Phthuris, Cambusis, Attenia, dan Stadissias, kemudian memusnahkan bandar Napata (ibu kota kushite) dan beberapa bandar lain sebagai tindak balas sambil mengambil tawanan. Kandake Kushite mendapat satu perjanjian damai yang menguntungkan sementara Rom mewujudkan satu perbatasan baharu di Hiere Sycaminos (Maharraqa), menghentikan perluasan Rom ke selatan Afrika.
25 SM Pengepungan Eudaemon - Armada sokongan Rom, selepas menyeberangi Teluk Aqaba, menduduki dan menjarah pelabuhan Aden, melindungi laluan perdagangan Rom ke India di Laut Merah. Bagaimanapun, Kepentingan Rom tidak dipenuhi oleh ekspedisi kedua, menjadi jelas bahawa pinggiran tertentu empayar (seperti Nubia atau Arab) tidak dapat dimenangi kecuali dengan kos yang lebih tinggi, disokong dengan kempen-kempen ketenteraan.
Ekspedisi-penjelajahan Rom di Sub-SaharaEkspedisi Rom ke Tasik Chad dan Sungai Niger (19 SM–90 AD): Ekspedisi Rom (dua di barat Sahara, dua di tengah Sahara, dan satu di kawasan Tasik Chad) untuk menunjukan puak-puak yang berperang di kawasan ini (seperti puak nomadik perang dari Garamantes tinggal di wilayah (kini) Fezzan) atau untuk mendapat penghapusan cukai-cukai ke atas puak-puak nomad di Sahara dan merancang kemungkinan laluan-laluan penaklukan ke atas Sub-Sahara Afrika, atau sekurang-kurangnya mengawal laluan kafilah Trans-Sahara dan menyusup ke dalam kerajaan-kerajaan beraja pigmi.
Empayar Rom di bawah Augustus: Republik pada tahun 31 SM (kuning) dan penaklukan oleh Augustus (bayangan warna hijau). Negara-negara naungan (merah jambu).
Pertempuran Hutan Teutoburg (9) – komander Rom kelahiran Cherusci, Arminius berpaling tadah kepada kumpulan pemberontak Jermanik bersekutu, yang secara bersama menyerang hendap dan menghapuskan tiga buah pasukan legion Rom pimpinan Publius Quinctilius Varus, mencetus kempen-kempen penentangan balik oleh Rom. Wilayah Rom, Antiqua Jermania dengan semua kawasan penempatannya seperti Forum Waldgirmes ditinggalkan.
83/84 – Pertempuran Mons Graupius. Rom di bawah Gnaeus Julius Agricola mengalahkan Caledonia dan secara sementara meluaskan pemerintahan Rom ke utara Caledonia (kini Scotland), mewujudkan kubu-kubu Rom paling ke utara, seperti Cawdor, Tarradale dan Portmahomack. Armada Rom juga berlayar ke utara dan membuat pelayaran mengelilingi Britain pertama yang diketahui, di mana ia menyedari ia adalah sebuah pulau. Satu pengistiharan dibuat bahawa Agricola akhirnya berjaya mengalahkan kesemua puak di Britain,[9] bagaimanapun, kos untuk melancarkan perang dijangka akan ditampung daripada kelebihan ekonomi dan politik tampung, dan dilihat lebih menguntungkan untuk meninggalkan Caledonia kepada mereka sendiri dan meruntuhkan semua kubu-kubu Rom selepas Uplands Selatan.[10]
102 – Pertempuran Adamclisi - tentera Rom diketuai Trajan menghancurkan sepasukan tentera campuran Dacian-Roxolano-Sarmatae, dengan korban besar di pihak Rom.
106 – Pertempuran Sarmisegetusa – satu tentera Rom diketuai Trajan menakluk dan memusnahkan ibu kota Dacia. Sebahagian Dacia diilhak ke dalam empayar Rom.
Serangan Rom di Caledonia (208-211) - tentera Rom diketuai oleh Septimius Severus menyerang Caledonia ekoran peningkatan jumlah serbuan dan serangan ke atas Britain Rom, akan tetapi pasukan Rom dipaksa berundur ke Tembok Hadrian selepas maharaja jatuh sakit dan meninggal dunia di Eboracum (York) pada 4 Februari 211, mengalami kehilangan jiwa yang besar. Rom tidak lagi membuat kempen jauh ke dalam Caledonia.
235 – Pertempuran Harzhorn - tentera Rom diketuai Maharaja Maximinus Thrax mengalahkan satu pasukan tentera Jerman semasa berundur kembali ke wilayah Rom.
363, 29 Mei – Pertempuran Ctesiphon – Maharaja Julian mengalahkan Shapur II dari Parsi di luar dinding ibu kota Parsi, akan tetapi gagal menawan kota.
363, June – Pertempuran Samarra (363) – Julian menentang Sassanids dan kemudian terbunuh dalam pertempuran. Meskipun tidak muktamad, pertempuran ini menyebabkan kehilangan besar kepada empayar Rom melalui satu perjanjian damai secara paksaan.
Peta menunjukan laluan serangan oleh pelbagai kumpulan ke atas wilayah Rom Timur dan BaratPembinaan semula penjarahan Gaul 407–409, berdasarkan pada Peter Heather (2005)
406, 31 Disember – tarikh tradisi untuk Menyeberangi Rhine: satu kumpulan campuran orang-orang gasar, yang mana dipercayai termasuk Vandals, Alans dan Suebi, menyeberangi utara Gaul.[13]
Satu lagi serbuan Visigothic ke atas Itali yang dikatuai oleh Alaric I (s. 408–410)[16][17]
409: Pertempuran Ostia – Visigoths di bawah Alaric I mengalahkan Rom.
413 – Pengepungan Massilia – Visigoths di bawah Ataulf dikalahkan oleh Rom di bawah Bonifacius semasa cuba mengepung kota Rom. Mereka membuat perdamaian dengan Rom tidak lama selepas itu.
Perang Rom–Sasania 421–422 - Maharaja Rom Timur, Theodosius II mengisytiharkan perang ke atas Parsi dan mendapat beberapa kemenangan, tapi pada penghujungnya, kedua-dua kuasa bersetuju untuk menandatangani satu perdamaian dengan status quo ante.
Pertempuran Aylesford – Romano-Briton (di bawah Vortimer) dan Anglo-Saxon bertempur di Kent, kemenangan tidak jelas.
457
Pertempuran Garigliano (457) – Maharaja Rom Barat, Majorian membuat satu serangan kejutan ke atas Vandal-Berber yang pulang dengan membawa harta rampasan daripada Campania.
Pertempuran Campi Cannini – Maharaja Rom Barat, Majorian mengalahkan satu serbuan Alemanni di Itali.
Pertempuran Arelate – Maharaja Rom Barat, Majorian, dengan sokongan daripada Aegidius dan Nepotianus, mengalahkan Visigoth di Arlate. Di bawah satu perjanjian, Visigothic mengembalikan seluruh wilayah di Hispania kepada Rom.
461 – Pertempuran Cartagena – Satu armada Vandal mengejutkan dan mengalahkan armada Rom.
472 – Pengepungan Rome - Ricimer, setelah berselisih dengan pilihan beliau untuk Maharaja Rom, bersekutu dengan orang Burgundy dan Jerman di bawah Odoacer, mengalahkan dan membunuh Maharaja Rom Barat, Anthemius.
^Webster, Jane (1996). "Ethnographic barbarity: colonial discourse and 'Celtic warrior societies'.". Dalam Cooper, Nick (penyunting). Roman Imperialism: Post-Colonial Perspectives(PDF). School of Archaeological Studies, University of Leicester. m/s. 117–118. Dicapai pada 5 April 2023.
^Tacitus claims that Orkney was "discovered and subdued", but Thomson (2008) pp. 4–5 is as sceptical about Tacitus's claims on behalf of Agricola as he is about Claudius's earlier subjugation of Orkney (see above).