Templat:Penyahgaraman Penyahgaraman, penyahmasinan, desalinasi, atau desalinisasi merujuk mana-mana daripada beberapa proses yang membuang sesetengah amaun garam dan galian lain daripada air masin. Lebih pada am, penyahgaraman juga merujuk pembuangan garam dan galian,[1] seperti dalam penyahgaraman tanih.[2]
Air garam dinyahgaramkan untuk menghasilkan air tawar yang sesuai untuk peminuman oleh manusia atau pengairan. Satu hasil sampingan berpotensi bagi penyahgaraman ialah garam. Penyahgaraman digunakan di atas banyak kapal laut dan kapal selam. Kebanyakan minat moden dalam penyahgaraman berfokuskan pemajuan cara efektif kos bagi penyediaan air tawar untuk kegunaan manusia. Bersama engan air sisa terkitar semula, ini merupakan salah satu daripada hanya beberapa sumber air tidak bersandarkan curahan hujan.[3]
Oleh sebab penggunaan tenaga agak tinggi, kos penyahgaraman air laut pada amnya adalah lebih tinggi daripada sumber alternatif (air tawar daripada sungai atau air tanah, kitar semula air dan pemuliharaan air(, tetapi sumber alternatif tidak sentiasa tersedia.
Penyahgaraman terutamanya relevan di negara kering seperti Australia, yang secara tradisionalnya telah bergantung pada pengumpulan curahan hujan di belakang empangan untuk menYEdiakan bekalan air minuman mereka. Menurut Persatuan Penyahgaraman Antarabangsa, pada Jun 2011, 15,988 buah loji penyahgaraman beroperasi di seluruh dunia, menghasilkan 66.5 juta meter padu sehari, menyediakan air untuk 300 juta orang.[4] Pengeluaran dijangkakan mencapai 120 juta m3 menjelang 2020; kira-kira 40 juta m3 dirancangkan untuk Timur Tengah.[5] Loji penyahgaraman terbesar di dunia ialah Loji Penyahgaraman Gunung Ali (Fasa 2) di Emiriah Arab Bersatu.[6] Peratusan terbesar air ternyahgaram digunakan di mana-mana negara adalah di Israel, uang mengeluarkan 50% daripada kegunaan air dalam negerinya daripada penyahgaraman air laut[7]
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Desalination" (definition), The American Heritage Science Dictionary, Houghton Mifflin Company, melalui dictionary.com. Dicapai pada 19 Ogos 2007.
- ^ "Australia Aids China In Water Management Project." People's Daily Online, 3 Ogos 2001, melalui english.people.com.cn. Dicapai pada 19 Ogos 2007.
- ^ Fischetti, Mark (September 2007). "Fresh from the Sea". Scientific American. 297 (3): 118–119. doi:10.1038/scientificamerican0907-118. PMID 17784633.
- ^ Lisa Henthorne (Jun 2012). "The Current State of Desalination". Persatuan Penyahgaraman Antarabangsa. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-26. Dicapai pada 2012. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ Opportunities aplenty | H2O Middle East Diarkibkan 2013-01-25 di Wayback Machine. H2ome.net (6 Februari 2012). Dicapai pada 14 Mei 2012.
- ^ "Dubai opens UAE's largest desalination plant". April 2013. Dicapai pada 7 Julai 2013.
- ^ [1], Julia Pyper, EENews, Israel is creating a water surplus using desalination
Bacaan lanjut
- Jawatankuasa Pelanjutan Teknologi Penyahgaraman, Majlis Penyelidikan Negara. (2008). Desalination: A National Perspective. National Academies Press.
Rencana
- Desalination: The next wave in global water consumption Diarkibkan 2011-02-19 di Wayback Machine from TLVInsider
- Elimelech, M.; Phillip, W. A. (2011). "The Future of Seawater Desalination: Energy, Technology, and the Environment" (PDF). Science. 333 (6043): 712–717. doi:10.1126/science.1200488. PMID 21817042. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-03-24. Dicapai pada 2014-05-30. Rencana ulasan signifikan.
Pautan luar
- Persatuan Penyahgaraman Antarabangsa
- Garis masa penyahgaraman Diarkibkan 2013-09-07 di Wayback Machine
- Contoh loji penyahgaraman air laut oleh WWWS AG Diarkibkan 2010-01-01 di Wayback Machine
- Proses Penyahgaraman Suria GeoNoria Diarkibkan 2008-11-22 di Wayback Machine
- National Academies Press|Desalination: A National Perspective
- World Wildlife Fund|Desalination: option or distraction?
- Persatuan Penyahgaraman Eropah
- IAEA – Penyahgaraman Nuklear
- DME – Persatuan Penyahgaraman Jerman
- Penyahgaraman air laut skala besar menggunakan tenaga suria
- Penyahgaraman dengan pelembapan dan penyahlembapan udara: terkini
- Zonnewater – penyahgaraman terma suria teroptimum (penyulingan)
- Projek SOLAR TOWER – Penjanaan Elektrik Bersih untuk Penyahgaraman.
- Bibliografi penyahgaraman Perpustakaan Kongres
- Water-Technology
- Air Minuman Murah dari Lautan – Membran berdasarkan nanotiub karbon akan menurunkan kos penyahgaraman secara mendadak
- Loji penyahgaraman pacuan terma suria berdasarkan penyahgaraman membran
- Encyclopedia of Water Sciences, Engineering and Technology Resources
- Loji penyahgaraman berkuasakan angin di Perth, Australia, ialah satu contoh cara teknologi menebat negara kaya daripada impak perubahan iklim, sementara negara miskin kekal rentan.
- The Desal Response Group
- Encyclopedia of Desalination and water and Water Resources
- Desalination & Water Reuse – Desalination news
- Desalination: The Cyprus Experience
- Desalination: The Jersey Water plant at La Rosière, Corbiere
- Desalination and Membrane Technologies: Federal Research and Adoption Issues Perkhidmatan Penyelidikan Kongres