Pentadbiran Ketenteraan Soviet di Jerman (Rusia: Советская военная администрация в Германии, СВАГ; Sovyetskaya Voyennaya Administratsiya v Germanii, SVAG; Jerman: Sowjetische Militäradministration in Deutschland, SMAD) ialah kerajaan tentera Kesatuan Soviet yang beribu pejabat di Berlin-Karlshorst, dan secara langsung mentadbir zon pendudukan Soviet di Jerman dari masa penyerahan kalah Jerman pada Mei 1945 sehinggalah selepas penubuhan Republik Demokratik Jerman (GDR) pada Oktober 1949.
Menurut Perjanjian Potsdam pada tahun 1945, SMAD diberikan bahagian timur Jerman masa kini, yang kebanyakannya terdiri daripada Prusia tengah. Prusia telah dibubarkan oleh Pihak Bersekutu pada tahun 1947 dan kawasan tersebut dibahagikan kepada beberapa negeri Jerman (Länder). Wilayah-wilayah Jerman di sebelah timur Garisan Oder-Neisse telah sama ada dianeksasi oleh Kesatuan Soviet atau diberikan kepada Poland, dan penduduk Jerman di kawasan-kawasan ini telah diusir secara paksa, di mana harta benda mereka telah dirampas dan kebanyakan barangan peribadi mereka telah dicuri semasa pemindahan ke zon-zon Amerika, British, dan Soviet.
Pegawai terkenal dalam SVAG
- Marsyal Kesatuan Soviet Georgy Zhukov, panglima tertinggi SMAD, 1945–46
- Marsyal Kesatuan Soviet Vasily Sokolovsky, panglima tertinggi SMAD, 1946–49
- Marsyal Kesatuan Soviet Vasily Chuikov, panglima tertinggi SMAD, Mac 1949 – Oktober 1949
- Mejar Jeneral Sergei Ivanovich Tiulpanov, pengarah Jabatan Propaganda[1]
- Leftenan kolonel Aleksandr Dymshits, pengarah Jabatan Kebudayaan
- Kolonel Jeneral Vladimir Kurasov, Ketua Staf
Lihat juga
- Zon Pendudukan Soviet di Jerman
- Kumpulan Tentera Soviet di Jerman
- Pendudukan Jerman oleh Pihak Bersekutu
- Suruhanjaya Ekonomi Jerman
- Kongres Rakyat Jerman
- Majlis Rakyat Jerman
- Suruhanjaya Kawalan Rakyat
Rujukan
- ^ Foitzik, Jan (1999). Sowjetische Militäradministration in Deutschland (SMAD) 1945–1949: Struktur und Funktion. Quellen und Darstellungen zur Zeitgeschichte. Berlin: Akademie Verl. ISBN 978-3-05-002680-0.








