| Panglima Tentera Udara Tentera Udara Diraja Malaysia | |
|---|---|
| ڤڠليما تنترا اودارا | |
Logo Panglima Tentera Udara | |
| Gelaran | Yang Berbahagia |
| Singkatan | PTU |
| Lapor kepada | Panglima Angkatan Tentera |
| Dibentuk | 30 November 1957 |
| Pemegang pertama | Alexander Vallance Ridell Johnstone |
| Gaji | TURUS II |
| Tapak web | www.airforce.mil.my/.../panglima-tentera-udara |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Ketua bagi perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia ialah Panglima Tentera Udara (Tulisan Jawi: ڤڠليما تنترا اودارا; singkatan: PTU). Sebanyak 16 pegawai tertinggi Tentera Udara Diraja British dan TUDM telah memegang jawatan ini semenjak Kemerdekaan. Pada tahun 1967, Komodor Udara1 (Air Commodore) Dato' Sulaiman bin Sujak, menjadi anak watan pertama dilantik ke jawatan ini.
Sejarah dicatatkan apabila Jeneral Tan Sri Dato' Seri Azizan bin Ariffin telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera pertama dari TUDM pada 1 September 2009.
Senarai Panglima TUDM
| Panglima Tentera Udara | Gambar | Tempoh Pemerintahan | |
| 1 | Air Commodore A.V.R. Johnstone | 30 November 1957 - 4 September 1958 (279 hari) | |
| 2 | Air Commodore N.C. Hyde | 5 September 1958 - 31 Disember 1959 (1 tahun dan 118 hari) | |
| 3 | Group Captain J.N. Stacey | 1 Januari 1960 - 19 Mei 1963 (3 tahun dan 139 hari) | |
| 4 | Air Commodore C.S.J. West | 20 Mei 1963 - 13 Mei 1965 (1 tahun dan 359 hari) | |
| 5 | Air Commodore Alasdair Steedman | 14 Mei 1965 - 31 Oktober 1968 (3 tahun dan 171 hari) | |
| 6 | Air Vice Marshall2 Dato' Sulaiman bin Sujak | 1 November 1968 - 31 Disember 1976 (8 tahun dan 61 hari) | |
| 7 | Leftenan Jeneral (Udara)3 Dato' Mohamed bin Taib | 1 Januari 1977 - 30 September 1983 (6 tahun dan 273 hari) | |
| 8 | Leftenan Jeneral4 Tan Sri Mohamad bin Ngah Said TUDM | 1 Oktober 1983 - 18 Mac 1991 (7 tahun dan 169 hari) | |
| 9 | Leftenan Jeneral Dato' Seri Haji Mohd Yunus bin Tasi TUDM | 19 Mac 1991 - 18 Mei 1993 (2 tahun dan 61 hari) | |
| 10 | Leftenan Jeneral Dato' Seri Abdul Ghani bin Abdul Aziz TUDM | 19 Mei 1993 - 9 Ogos 1996 (3 tahun dan 83 hari) | |
| 11 | Jeneral Dato' Seri Ahmad Saruji bin Che Rose TUDM | 10 Ogos 1996 - 30 Mei 2001 (4 tahun dan 294 hari) | |
| 12 | Jeneral Dato' Seri Suleiman bin Mahmud TUDM | 1 Jun 2001 - 2 Mac 2003 (1 tahun dan 275 hari) | |
| 13 | Jeneral Dato' Seri Abdullah bin Ahmad TUDM | 3 Mac 2003 - 3 April 2004 (1 tahun dan 32 hari) | |
| 14 | Jeneral Tan Sri Nik Ismail Nik Mohamed TUDM | 4 April 2004 - 29 November 2006 (2 tahun dan 240 hari) | |
| 15 | Jeneral Tan Sri Dato' Seri Azizan bin Ariffin TUDM | 30 November 2006 - 31 Ogos 2009 (2 tahun dan 275 hari) | |
| 16 | Jeneral Tan Sri Dato' Sri Rodzali bin Daud TUDM | 1 September 2009 - 13 September 2014 (5 tahun dan 13 hari) | |
| 17 | Jeneral Tan Sri Dato' Sri Roslan bin Saad TUDM | 13 September 2014 - 19 Disember 2016 (2 tahun dan 98 hari) | |
| 18 | Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM | 20 Disember 2016 - 31 Disember 2019 (3 tahun dan 12 hari) | |
| 19 | Jeneral Tan Sri Datuk Seri Ackbal Abdul Samad TUDM | 1 Januari 2020 - 4 Mac 2022 (2 tahun dan 63 hari) | |
| 20 | Jeneral Tan Sri
Dato' Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM |
7 Mac 2022 - 26 Jun 2025 (3 tahun dan 112 hari) | |
| 21 | Jeneral Dato' Sri Muhamad Norazlan Aris TUDM | 26 Jun 2025 - kini (173 hari) |
Nota
- 1. Terjemahan Air Commodore disandarkan kepada Commodore atau Komodor tentera laut. TLDM, semenjak diambil alih, telah mula memperkenalkan sistem pangkat berasas bahasa Melayu ataupun di-Melayukan. Sebagai contoh Admiral kepada Laksamana, Vice Admiral kepada Laksamana Madya dan Rear Admiral kepada Laksamana Muda. Untuk melengkapkan sistem ini, Commodore menjadi Komodor. Penggunaan Komodor akhirnya digugurkan dan diganti dengan Laksamana Pertama yang kekal sehingga kini.
- 2. Dato'Sulaiman Sujak diserapkan daripada perkhidmatan Tentera Udara Diraja British dan bukan daripada Tentera Udara Sukarelawan Malaya. Justeru, beliau telah mengekalkan penggunaan sistem pangkat British, hampir sama seperti yang digunakan oleh Polis Diraja Malaysia kini, (contohnya, Asisten Komisyener, Deputi Superintenden). Walau bagaimanapun, PDRM menggunakan ejaan yang di-Melayukan tanpa menafsirnya kepada perkataan bahasa Melayu.
- 3. Ketika pemerintahan Dato' Mohamad Taib, beliau telah menukar sistem pangkat ketika itu (British), kepada sistem mirip Tentera Darat Malaysia, sepertimana sistem pangkat Tentera Udara Amerika Syarikat (contohnya, Group Captain menjadi Kolonel, Wing Commander menjadi Leftenan Kolonel, Squadron Leader menjadi Mejar). Secara kebetulan pula, beliau merupakan pegawai yang diserapkan daripada Tentera Darat. Lebih penting, penukaran ini mengelakkan kekeliruan yang seringkali timbul di antara perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. Beliau mengekalkan insignia pangkat yang diwarisi dari British, kecuali Brigedier Jeneral (Udara) dan keatas, tetapi menambahkan perkataan (Udara).
- 4. Pada pertengahan 80an, sistem pangkat TUDM sekali lagi mengalami perubahan kecil apabila perkataan (Udara) digugurkan dan diganti dengan (TUDM) diakhir nama seseorang pegawai. Untuk rekod, Tan Sri Mohamad bin Ngah Said juga pegawai yang telah diserap dari Tentera Darat. Sistem itu kekal digunakan sehingga hari ini. Bagaimanapun insignia TUDM dan uniformnya terus mengalami beberapa perubahan selepas itu.









