Muhamad Norazlan Aris | |
---|---|
محمد نورازلن اريس | |
Panglima Tentera Udara Malaysia | |
Menyandang jawatan 26 Jun 2025 | |
Raja | ![]() ![]() |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | Mohd Asghar Khan Goriman Khan |
Timbalan Panglima Tentera Udara Malaysia | |
Dalam jawatan 28 Jun 2022 – 26 Jun 2025 | |
Raja | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Perdana Menteri | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Menteri | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Didahului oleh | Mohammad Salleh bin Haji Osman |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Muhamad Norazlan bin Aris 9 November 1967 Kota Tinggi, Johor |
Pasangan | Wan Nor Sazlina Wan Abd Shukor |
Anak | 4 |
Pendidikan | Maktab Tentera Diraja Royal College of Defence Studies |
Tempat belajar | Universiti Malaya (BA) Universiti Wollongong (MA) |
Pekerjaan | Pegawai tentera |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | ![]() |
Cabang/khidmat | ![]() |
Tahun khidmat | 1987–kini |
Pangkat | ![]() |
Perang/Pertempuran | Pemberontakan Komunis (1968-1989) Operasi Daulat |
Muhamad Norazlan bin Aris (Jawi: محمد نورازلن بن اريس; lahir 9 November 1967) ialah pegawai kanan tentera Malaysia yang berkhidmat sebagai Panglima Tentera Udara sejak 26 Jun 2025 yang dilantik bagi menggantikan Tan Sri Mohd Ashgar Goriman Khan. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Panglima Tentera Udara Malaysia pada 28 Jun 2022 hingga 26 Jun 2025. [1] dan Komander Perintah Operasi Udara dari 8 Mac hingga 28 Jun 2022.[2]
Kehidupan awal dan pendidikan
Muhamad Norazlan bin Aris dilahirkan pada 9 November 1967 di Kota Tinggi, Johor. Pada tahun 1985, beliau menyertai Angkatan Tentera Malaysia di Maktab Tentera Diraja, Kem Sungai Besi sebagai Pegawai Kadet sehingga 1987. Beliau merupakan graduan Maktab Turus Angkatan Tentera Malaysia di Kuala Lumpur dan Royal College of Defence Studies (RCDS) di London. Beliau juga merupakan alumni Universiti Malaya (UM) pada tahun 2001 yang menamatkan pengajian Diploma dalam Pengajian Strategik dan Pertahanan dan beliau menamatkan pengajian Ijazah Sarjana dalam Dasar Maritim dari Universiti Wollongong (UOW) pada tahun 2012.[3]
Kerjaya ketenteraan
Muhamad Norazlan telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada tahun 1987 dan menerima latihan asasnya di Akademi Tentera Udara, TUDM Alor Setar, Kedah pada tahun 1988 dan selepas menamatkan latihan beliau telah dipilih untuk menerbangkan pesawat pejuang. Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah diamanahkan untuk memegang pelbagai jawatan penting dalam Tentera Udara Diraja Malaysia sebagai komander, kakitangan dan jurulatih. Jawatan yang disandang beliau termasuklah Pegawai Turus 1 Operasi Pejuang di Divisyen 1 Udara, Pegawai Memerintah Skuadron Ke-11, Komander Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak, Timbalan Penolong Ketua Turus Perancangan dan Pembangunan, Ketua Turus Markas Komando Operasi Udara dan Panglima Komando Bantuan Udara.[1]
Muhamad Norazlan dilantik sebagai Komander Perintah Operasi Udara pada 8 Mac 2022 yang menggantikan Mohammad Salleh Osman yang dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Udara.[1] Pada 28 Jun pada tahun yang sama, beliau dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Udara berikutan persaraan pendahulunya, Mohammad Salleh Osman.[1] Pada 26 Jun 2025, beliau dilantik sebagai Panglima Tentera Udara menggantikan Tan Sri Mohd Asghar Goriman Khan yang bersara wajib.
Kehidupan peribadi
Muhamad Norazlantelah berkahwin dengan Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor dan dikurniakan empat orang anak perempuan. Pada masa lapang, beliau sering menghabiskan masa itu untuk aktiviti riadah dan melancong.[1]
Anugerah
Anugerah di Malaysia
Malaysia :
Kesatria Mangku Negara (KMN) (2010)[4]
Ahli Mangku Negara (AMN)
Pingat Perkhidmatan Setia (PPS)
Pingat Perkhidmatan Am (PPA)
Pingat Kedaulatan Negara (PKN)
Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 (2024)
Angkatan Tentera Malaysia :
Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT)
Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT)
Pahlawan Angkatan Tentera (PAT)
Pingat Jasa Malaysia (PJM)
Wilayah Persekutuan :
Seri Mahkota Wilayah (SMW) – Datuk Seri (2023)[5]
Kedah :
Dato' Setia Pahlawan Negeri Kedah (DSPK) – Dato' Pahlawan (2023)[6]
Pahang :
Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) – Dato' Sri (2024)[7]
Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) – Dato' (2021)[8]
Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) – Dato' (2015)[9]
Rujukan
- ^ a b c d e "Muhamad Norazlan dilantik Timbalan Panglima Tentera Udara baharu". Air Times News. 29 Jun 2022. Dicapai pada 22 Jun 2025.
- ^ "Serah Terima Tugas Panglima Operasi Udara dan Panglima Bantuan Udara". Laman Rasmi TUDM. 8 Mac 2022. Dicapai pada 22 Jun 2025.
- ^ "Profil Timbalan Panglima Udara". TUDM Laman Web Rasmi. Dicapai pada 22 Jun 2025.
- ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2010" (PDF). Ceremonial Division and International Conference Secretariat, Prime Minister's Department (Malaysia).
- ^ "Mat Sabu kini bergelar Datuk Seri". Berita Harian. 1 Februari 2023. Dicapai pada 22 Jun 2025.
- ^ "Tunku Puan Mahkota of Kedah heads list of recipients of Kedah honours" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 18 Jun 2023. Dicapai pada 22 Jun 2025.
- ^ "Tengku Ampuan Pahang heads list of 24 recipients of state honours in conjunction with Sultan's birthday". The Star (dalam bahasa Inggeris). 30 Julai 2024. Dicapai pada 22 Jun 2025.
- ^ "Hamzah, Saifuddin dahului senarai penerima pingat Pahang". Berita Harian. 14 Disember 2021. Dicapai pada 22 Jun 2025.
- ^ "Tengku Abdul Aziz dahului senarai penerima darjah Pahang". Berita Harian. 24 Oktober 2015. Dicapai pada 22 Jun 2025.