Harimau dahan Sunda Julat zaman: Pleistosen Awal hingga kini
| |
---|---|
![]() | |
Seekor Harimau dahan Borneo, hilir Sungai Kinabatangan, timur Sabah, Malaysia | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Order: | Carnivora |
Suborder: | Feliformia |
Keluarga: | Felidae |
Genus: | Neofelis |
Spesies: | N. diardi
|
Nama binomial | |
Neofelis diardi (G. Cuvier, 1823)
| |
Subspecies | |
| |
![]() | |
Taburan harimau dahan Sunda, 2016[1] |
Harimau dahan Sunda (Neofelis diardi[2]) ialah sejenis kucing liar bersaiz sederhana yang boleh ditemui di Borneo dan Sumatera. Ia dinamakan sedemikian oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) pada 14 Mac 2007.[3][4] Walaupun kewujudannya telah diketahui oleh ahli sains sejak awal abad ke-19, ia cuma diangkat menjadi spesies baru pada 2006, setelah lama dipercayai merupakan subspesies harimau dahan tanah besar (Neofelis nebulosa).[3][5] WWF memetik kata-kata Dr. Stephen O'Brien dari Institut Barah Kebangsaan A.S. yang berbunyi, "Keputusan penyelidikan genetik dengan jelas menunjukkan bahawa harimau dahausSunda dipertimbangkan sebagai spesies berasingan".[6]
Pada tahun 2008, IUCN telah mengelaskan spesies ini sebagai spesies terjejas, dengan jumlah populasi berkesan dianggarkan kurang daripada 10,000 individu matang, dan dalam pola semakin berkurang.[7]
Ciri-ciri
Harimau dahan Sunda merupakan kucing terbesar di Borneo, dan berbadan pendek-gempal, seberat kira-kira 12 hingga 25 kg (26 hingga 55 lb). Gigi taringnya 2 in (5.1 cm) panjang, yang perbandingan dengan panjang tengkoraknya adalah lebih panjang berbanding kucing-kucing ekstan lain. Ekornya boleh tumbuh sama panjang dengan badannya, menambahkan lagi keseimbangannya.
Bulunya bercorak tompok-tompok dengan hujung yang gelap, berbentuk seakan-akan awan. Walaupun kewujudannya telah diketahui oleh ahli-ahli sains sejak seawal abad ke-19, namun ia hanya baru dikenal pasti sebagai spesies sendiri pada tahun 2006, sebelumnya dianggap sebagai subspesies harimau dahan (Neofelis nebulosa).[5][3]
Rujukan
- ^ a b c Hearn, A.; Ross, J.; Brodie, J.; Cheyne, S.; Haidir, I. A.; Loken, B.; Mathai, J.; Wilting, A. & McCarthy, J. (2016). "Neofelis diardi". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T136603A97212874. Dicapai pada 16 January 2022.
- ^ Wozencraft, W. C. (16 November 2005). Wilson, D. E., and Reeder, D. M. (eds) (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-3). Johns Hopkins University Press. m/s. ms 546. ISBN 0-8018-8221-4.CS1 maint: multiple names: editors list (link) CS1 maint: extra text: editors list (link)
- ^ a b c Kitchener, A.; dll. (2006-12-05). "Geographical Variation in the Clouded Leopard, Neofelis nebulosa, Reveals Two Species". Current Biology. 16 (23): 2377–2383. Explicit use of et al. in:
|author=
(bantuan) - ^ "New Species Declared: Clouded Leopard found on Borneo and Sumatra". WWF. 2007-03-14. Dicapai pada 2007-03-25.
- ^ a b Buckley-Beason, V.; dll. (2006-12-05). "Molecular Evidence for Species-Level Distinctions in Clouded Leopards". Current Biology. 16 (23): 2371–2376. Explicit use of et al. in:
|author=
(bantuan) - ^ "New leopard species found in Borneo". 2007-03-15. Dicapai pada 2007-03-25.
- ^ Hearn, A., Sanderson, J., Ross, J., Wilting, A., Sunarto, S. (2008). "Neofelis diardi". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2014.3. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: ref=harv (link)