| Binturung[1] | |
|---|---|
| Di Zoo Parc Overloon, Belanda | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Animalia |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Mammalia |
| Order: | Carnivora |
| Suborder: | Feliformia |
| Keluarga: | Viverridae |
| Subkeluarga: | Paradoxurinae |
| Genus: | Arctictis Temminck, 1824 |
| Spesies: | A. binturong[1]
|
| Nama binomial | |
| Arctictis binturong[1] (Raffles, 1822)
| |
| Julat binturung | |
Binturung[4] atau binturong[5] (Jawi: بينتوروڠ, nama saintifik: Arctictis binturong[6][1]) ialah salah satu spesies haiwan berupa musang, satu-satunya spesies yang wujud dalam genus Arctictis. Ia mendiami hutan-hutan tinggi[7] di kawasan merangkumi Asia Selatan dari India di barat ke Bhutan dan Myanmar di timur, serata Indochina, Yunnan di China di utara, Semenanjung Malaysia dan pulau-pulau Sumatera, Borneo dan Jawa di rantau Nusantara sampailah ke pulau Palawan di Filipina.[2]
Etimologi
Perkataan binturung atau binturong diambil daripada perkataan Inggeris binturong yang diserap daripada bahasa setempat. Perkataan ini datang daripada akar bahasa Melayu-Polinesia Barat *ma-tuRun "menurun" yang merujuk kepada pergerakan haiwan ini turun dari satu pokok dan berjalan di atas tanah menuju ke satu pokok lain yang dipanjat.[8][9] Sebutan asal binatang ini dalam bahasa Melayu termasuklah benturung, menturun, menurung dan musang turun.
Ciri-ciri
Jantung binturung terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
Pembiakan
Tempoh bunting binturung adalah 81 hari, dengan kehamilan sekitar 91 hari. Usia purata kematangan seksual adalah 30.4 bulan bagi betina dan 27.7 bulan bagi jantan. Kesuburan berlangsung sehingga usia 15 tahun.[10] Binturung adalah sekitar 100 spesies mamalia yang dipercayai mempunyai keupayaan diapaus embrio atau implantasi melambat oleh ramai pakar penjagaan, yang membenarkan spesies betina menyelaraskan tempoh kelahiran supaya selari dengan keadaan persekitaran yang sesuai. Kelahiran biasa adalah dua anak, tetapi sehingga enam anak dilahirkan boleh berlaku.
Tempoh hayat maksima dalam kurungan dipercayai lebih dari usia 25 tahun.[11]
Ancaman


Ancaman utama terhadap binturung adalah kemusnahan habitat dan kehilangan hutan akibat pembalakan dan penukaran kawasan hutan untuk kegunaan tanah bukan hutan di julat kawasan binturung. Kemusnahan habitat memburuk di kawasan pamah taburannya di Kepulauan Sunda dan tiada petunjuk bahawa binturung hidup di ladang yang sebahagian besarnya sudah menggantikan hutan semula jadi. Di China, penyahhutanan dan amalan membalak keterlaluan telah memecah habitat atau menghapuskan tapaknya sekali gus. Di Filipina, ia ditangkap untuk perdagangan haiwan liar, malah di selatan taburannya ia turut ditangkap untuk dimakan. Di Laos, ia merupakan haiwan karnivor yang paling kerap dipamerkan di sangkar dan kulitnya kerap diperdagangkan sekurang-kurangnya di Vientiane. Di sesetengah bahagian Laos, ia dianggap sebagai makanan istimewa dan turut diperdagangkan sebagai bahan makanan ke Vietnam.[2]
Orang Asli di Malaysia menyimpan binturung sebagai haiwan peliharaan.
Pengekalan
Binturung merupakan haiwan yang dilindungi and memerlukan lesen pemburuan. Di Sabah, mamalia ini tersenarai sebagai haiwan terlindung di dalam Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.[12]
Subspesies
Enam subspesies diakui (A. b. albifrons, A. b. binturong, A. b. kerkhoveni, A. b. memglaensis, A. b. penicillatus, dan A. b. whitei).[1] Binturung Palawan (A. b. whitei) dari Filipina adalah spesies yang terjejas akibat kemusnahan habitat dan pemburuan haram untuk kegunaan perubatan dan permintaan bagi perdagangan haiwan peliharaan.[13]
Rujukan
- ^ a b c d Wozencraft, W. C. (2005). "Species Arctictis binturong". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. m/s. 549. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link) Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama "msw3" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b c Willcox, D.H.A.; Chutipong, W.; Gray, T.N.E.; Cheyne, S.; Semiadi, G.; Rahman, H.; Coudrat, C.N.Z.; Jennings, A.; Ghimirey, Y.; Ross, J.; Fredriksson, G.; Tilker, A. (2016). "Arctictis binturong". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-1.RLTS.T41690A45217088.en. Dicapai pada 20 November 2021. Unknown parameter
|article-number=ignored (bantuan) - ^ Templat:Cite Species+
- ^ "binturung". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ "binturong". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ Protection of Wild Life Act 1972
LAWS OF MALAYSIA<br<Act 76 - ^ Lekalul, B.; McNeely, J. A. (1977). Mammals of Thailand. Bangkok: Association for the Conservation of Wildlife.
- ^ Smith, Alexander D. (2017). "The Western Malayo-Polynesian Problem". Oceanic Linguistics. 56 (2): 435–490. doi:10.1353/ol.2017.0021. ISSN 1527-9421.
- ^ Wayan Jarrah Sastrawan (2 Ogos 2021). "Orangutans, gibbons and Mr Sooty: what the origins of words in Southeast Asia tell us about our long relationships with animals". The Conversation (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Ogos 2021.
- ^ Wemmer, C. (1981). "Copulatory Behavior and Reproduction in the Binturong, Arctictis binturong" (PDF). Journal of Mammalogy. 62 (2): 342–352. doi:10.2307/1380710. JSTOR 1380710. Unknown parameter
|coauthors=ignored (|author=suggested) (bantuan) - ^ Macdonald, D.W. (2009). The Encyclopedia of Mammals. Oxford University Press, Oxford.
- ^ Wildlife Conservation Act 1997
- ^ "Arctictis binturong ssp. whitei". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 1996. 1996. Unknown parameter
|downloaded=ignored (bantuan); Unknown parameter|assessors=ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help)
Pautan luar
| Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Binturung |
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Binturung. |








