Mesir Purba 𓆎 𓅓 𓏏𓊖 km.t (Kemet) | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
s. 3150 SM–30 SM[a] | |||||||||
![]() Peta bandar-bandar Mesir purba dan tapak utama mengikut Sungai Nil sehingga Riam Kelima. Kaherah dan Baitulmuqaddis moden ditanda untuk rujukan. | |||||||||
Ibu negara | Lihat: Senarai ibu kota bersejarah Mesir | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Mesir | ||||||||
Agama | Agama Mesir Purba | ||||||||
Era Sejarah | Sejarah purba | ||||||||
• Penyatuan Mesir Hulu dan Hilir | s. 3150 SM | ||||||||
s. 3150 SM – 2686 SM | |||||||||
2686 SM – 2181 SM | |||||||||
2134 SM – 1690 SM | |||||||||
1549 SM – 1078/77 SM[b] | |||||||||
664 SM – 332 SM | |||||||||
332 SM – 30 SM | |||||||||
30 SM[a] | |||||||||
|
Mesir purba (Mesir: km.t) merupakan satu buaian tamadun yang tertumpu di hilir Sungai Nil di Timur Laut Afrika. Ia terbit daripada Mesir prasejarah sekitar tahun 3150 SM (mengikut kronologi Mesir konvensional),[1] apabila Mesir Hulu dan Hilir disatukan oleh Menes, yang dipercayai oleh majoriti ahli Egiptologi sebagai orang yang sama dengan Narmer.[2] Sejarah Mesir purba merangkumi tempoh-tempoh kerajaan stabil yang diselang-seli dengan "Zaman Perantaraan" yang begitu goyah. Kerajaan-kerajaan stabil ini berada dalam salah satu daripada tiga tempoh: Kerajaan Lama pada Zaman Gangsa Awal; Kerajaan Pertengahan pada Zaman Gangsa Pertengahan; atau Kerajaan Baru pada Zaman Gangsa Akhir.
Kemuncak kuasa Mesir purba dicapai semasa Kerajaan Baru, yang meluaskan pemerintahannya ke sebahagian besar Nubia dan sebahagian besar Levant. Selepas tempoh ini, Mesir perlahan-lahan memasuki era kemerosotan. Sepanjang sejarahnya, ia telah diserang atau ditakluki oleh beberapa tamadun asing, termasuk Hyksos, Kush, Assyria, Parsi, dan yang paling ketara, Yunani dan kemudian Rom. Persoalan bila Mesir purba tamat tidak disepakati: sama ada dengan berakhirnya Zaman Akhir semasa Perang Alexander Agung pada 332 SM atau dengan berakhirnya Kerajaan Ptolemaik yang diperintah Yunani semasa Rom menakluk Mesir pada 30 SM.[3] Pada 642 M, penaklukan Mesir oleh Arab menamatkan tempoh seribu tahun Zaman Yunani-Rom di rantau ini.
Kejayaan tamadun Mesir purba sebahagiannya datang daripada keupayaannya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan Sungai Nil untuk pertanian. Banjir Nil yang boleh diramal dan pengairan terkawal di lembah suburnya menghasilkan hasil tanaman yang begitu banyak. Ia menyokong populasi yang lebih padat, seterusnya pembangunan sosial dan budaya yang ketara. Dengan sumber yang mencukupi, pentadbiran pun menaja pelombongan mineral-mineral di lembah dan kawasan gurun sekitarnya, pembangunan awal sistem penulisan sendiri, organisasi projek pembinaan dan pertanian kolektif, perdagangan dengan tamadun lain, dan tentera untuk menegaskan dominasi Mesir di seluruh Timur Dekat. Yang memotivasikan dan mengatur aktiviti-aktiviti ini ialah birokrasi jurutulis-jurutulis elit, ketua-ketua agama, dan pentadbir di bawah kawalan firaun yang memerintah, yang memastikan kerjasama dan perpaduan rakyat Mesir dalam konteks sistem kepercayaan agama yang rumit.[4]
Antara banyak pencapaian Mesir purba ialah: teknik-teknik kuari, ukur, dan pembinaan yang menyokong pembinaan piramid, kuil, dan obelisk yang besar; sistem matematik; sistem perubatan praktikal dan berkesan; sistem pengairan dan teknik pengeluaran pertanian; kapal papan pertama yang diketahui;[5] faience Mesir dan teknologi kaca; bentuk baharu kesusasteraan; dan perjanjian damai terawal yang diketahui, yang diratifikasikan dengan Empayar Het yang berpusat di Anatolia.[6] Kesenian dan seni binanya banyak ditiru dan barangan antikuitinya dibawa untuk dikaji, dikagumi, atau direbutkan di seluruh pelosok dunia. Begitu juga, runtuhan monumen-monumennya menginspirasikan imaginasi pelancong dan penulis selama ribuan tahun. Rasa hormat baharu Eropah dan Mesir terhadap barangan purba dan penggalian yang bermula dengan serius pada zaman moden awal telah membawa kepada banyak penyiasatan saintifik tentang Mesir purba dan masyarakatnya, serta penghargaan yang lebih besar terhadap warisan budayanya.[7]
Sejarah
Sungai Nil telah menjadi nadi kehidupan di rantau ini untuk sebahagian besar sejarah manusia. Lembah banjir subur Nil memberikan manusia peluang untuk membangunkan ekonomi pertanian tetap dan masyarakat yang lebih maju dan berpusat yang menjadi asas kepada sejarah tamadun manusia.[8]

Geografi
Kebanyakan daripada geografi Mesir terletak di Afrika Utara, walaupun Semenanjung Sinai adalah dalam Asia barat daya. Negara ini mempunyai persisiran pantai Laut Mediterranean dan Laut Merah; ia bersempadan dengan Libya di barat, Sudan di selatan, dan Semenanjung Gaza, Palestin dan Israel ke timur. Mesir purba terbahagi kepada dua kerajaan, dikenali sebagai Mesir Hulu dan Hilir. Berlainan dengan kebiasaan, Mesir Hulu (Upper Egypt) terletak di selatan dan Mesir Hilir (Lower Egypt) di utara, dinamakan menurut aliran sungai Nil. Sungai Nil mengalir ke utara dari titik selatan ke Mediterranean bukannya kebahagian selatan daripada titik utara. Sungai Nil, yang merupakan tumpuan penduduk negara tersebut telah menjadi sumber kehidupan bagi kebudayaan Mesir semenjak kebudayaan Naqada dan Zaman Batu.
Kedua kerajaan membentuk Kemet ("tanah hitam"), nama bagi tanah hitam yang dimendak oleh air bah sungai nil. Gurun pula dikenali sebagai Deshret ("tanah merah"), menurut Herodotus: "Mesir merupakan negara tanah hitam.... Kita ketahui bahawa Libya mempunyai tanah lebih merah." (Histories, 2:12). Tetapi Herodotus turut menyatakan "Colchians adalah penduduk Mesir...berdasarkan fakta bahawa mereka berkulit hitam dan mempunyai rambut kerinting." (Histories Book 2:104), dan Champollion yang lebih muda (yang mendikripsi Batu Rosetta) dalam Expressions et Termes Particuliers (Pernyataan dan Syarat Khusus) mendakwa bahawa Kemet sebenarnya tidak merujuk kepada tanah, tetapi kepada penduduk negro dalam ertikata "Negara Hitam)".
Sejarah
Penduduk Mesir purba sendiri menjejak asal keturunan mereka kepada tanah yang mereka kenali sebagai Punt, atau "Ta Nteru" ("Tanah Dewa-dewa"). Suatu suatu masa dahulu, ia biasanya diagak sebagai terletak di apa yang sekarang ini dikenali sebagai persisiran Somalia, Punt sekarang ini dipercayai sebagai terletak samaada di selatan Sudan atau Eritrea. Sejarah Mesir purba sebenar bermula dengan Mesir sebagai negara bersatu, yang berlaku pada satu ketika sekitar 3000 SM, walaupun bukti arkeologi menunjukkan bahawa masyarakat Mesir maju mungkin telah wujud untuk tempoh yang lebih lama.

Sepanjang Sungai Nil, pada milenium ke-10 SM, kebudayaan mengisar bijirin yang menggunakan jenis mata sabit terawal telah digantikan dengan kebudayaan penduduk pemburu, pengail, dan pengumpul-pemburu yang menggunakan peralatan batu. Bukti turut menunjukkan kehadiran manusia di barat daya Mesir, berhampiran sempadan Sudan, sebelum 8000 SM. Pertukaran cuaca dan/atau terlebih ragut sekitar 8000 SM mula mengeringkan padang ragut di Mesir, yang akhirnya mendorong kepada pembentukan Sahara (2500 SM), dan puak-puak awal dengan sendirinya terdorong untuk berpindah ke sungai Nil di mana mereka memajukan ekonomi pertanian setempat dan masyarakat yang lebih berpusat. Terdapat bukti ternakan dan penanaman bijirin di Timur Sahara pada alaf ke-7 SM. Sehingga 6000 SM penduduk Mesir purba di sudut baratdaya Mesir telahpun mengembala lembu dan membina bangunan besar. Mortar dalam pembinaan bangunan telah digunakan menjelang 4000 SM. Tempoh Pradinasti Mesir berterusan sepanjang tempoh masa ini, sebelumnya dipegang pelbagai oleh kebudayaan Naqada. Sesetengah pakar bagaimanapun memulakan Predinasti Mesir lebih awal, di Paleolithik Bawah (lihat Pradinasti Mesir).
M
- Hyksos (Dinasti ke-15 - ke-16)
- Kerajaan Baru Mesir (Dinasti ke-18 - ke-20; abad ke-16 - ke-11 SM)
- Tempoh Perantaraan Ketiga (Dinasti ke-21 - ke-25; abad ke-11 - ke-7 SM)
- Tempoh Akhir Mesir Silam (Dinasti ke-26 - ke-31; Abad ke-7 SM - 332 SM)
- Mesir Yunani-Rom (Graeko-Roman) (332 SM - 639)
Kerajaan
Nomes merupakan separa kebangsaan division pentadbir Mesir Hulu dan Bawah (Upper and Lower Egypt). Firaun merupakan pemerintah kedua kerajaan ini dan mengetuai struktur negara Mesir silam. Firaun bertindak sebagai raja, pemimpin kerohanian dan panglima besar bagi kedua-dia tentera dan tentera laut. Firaun dianggap dewa, hubungan antara manusia dan para dewata. Di bawahnya adalah kerajaan, adalah 2 wazir (satu bagi Mesir Hulu dan satu lagi bagi Mesir Hilir) dan pelbagai pegawai. Di bawahnya di sebelah keugamaan adalah paderi besar dan pelbagai paderi lain. Secara umumnya, kedudukan ini diwarisi dari bapa kepada anak lelaki sulung. Kadang-kala aturan ini terbantut, dan kadang-kala wanita memegang kuasa. [1]
Bahasa
Mesir silam bertutur bahasa Afro-Asiatik berkait dengan bahasa Chadic, Berber dan Semitik. Rekod bahasa Mesir silam telah ditarikh sekitar 3200 SM. Para sarjana meletakkan bahasa Mesir kepada enam pembahagian mengikut kronologi:
- Bahasa Mesir Silam (sebelum 2600 SM)
- Bahasa Mesir Lama (2600–2000 SM)
- Bahasa Mesir Pertengahan (2000–1300 SM)
- Bahasa Mesir Akhir (1300–700 SM)
- Bahasa Mesir Demotik (abad ke-7 SM–abad ke-4)
- Bahasa Qibti (abad ke-3–abad ke-12)
Penulisan
Pengkaji Mesir purba merujuk kepada tulisan Mesir sebagai hieroglif, bersama dengan skrip baji Mesopotamia menjadi sistem penulisan tertua di dunia. Skrip hieroglif sebahagiannya silabik, sebahagiannya ideografik.
Hieratik adalah bentuk hieroglif Mesir bersambung yang pertama sekali digunakan semasa Dinasti Pertama (kk. 2925 SM - kk. 2775 SM). Istilah Demotik dari sudut Mesir, iaitu, "asal" dari sudut pandangan Hellenistik, berubah menjadi merujuk kepada kedua-dua skrip dan bahasa yang selepas tahap Mesir Silam Akhir daripada Nubian dinasti ke-25 sehingga ia dipinggirkan oleh Yunani Koine pada awal abad TM. Selepas penaklukan oleh Umar bin al-Khattab, bahasa Qibti kekal sehingga Zaman Pertengahan sebagai bahasa keagamaan dalam kalangan minoriti yang beragama Kristian.
Skrip hieroglif akhirnya tidak lagi digunakan sekitar abad ke-4, dan mulai dijumpai kembali semenjak abad ke-15 (lihat Hieroglif).
Abjad terawal juga dicipta di Mesir purba, sebagai hasilan dari silabus hieroglif.
Tulisan
- kk. 1999 SM - Papyrus Westcar
- kk. 1800 SM Cerita Sinuhe
- kk. 1800 SM - Papyrus Ipuwer
- kk. 1800 SM - Papyrus Harris I
- kk. 1000 SM Cerita Wenamun
Kebudayaan
Agama rasmi kolossus memnon
![]() |
Asas tamadun maju Mesir
Mesir purba telah banyak dipengaruhi oleh sungai Nil, yang telah membolehkan negara Mesir didiami manusia. Sungai Nil yang banjir secara berkala dengan tetap pada musim panas membawa bersamanya lumpur yang subur, dan surut tepat pada masanya pada musim menanam, memberikan penduduk Mesir satu perasaan bahawa alam semulajadi adalah tenang dan memberi banyak kebajikan.
Negara Mesir yang dikelilingi oleh gurun dan Laut Merah menjadikannya agak bebas daripada ancaman negara luar. Kepentingan sungai Nil pada penduduk Mesir dapat dilihat melalui perkataan mengembara bagi orang Mesir, iaitu khed menghilir atau khent mudik ke hulu. Malah pakar sejarah Yunani, Herodotus menggelarkan Mesir sebagai hadiah daripada sungai Nil.
Walaupun sebelum Zaman Kuno, penduduk Mesir telahpun mengorak langkah kearah membina tamadun yang maju. Terutama sekali mereka telah mulai bercucuk tanam; menggunakan perkakasan tembaga menggantikan perkakasan batu dan , tidak lama sebelum 3100 SM, mereka telah membangunkan tulisan yang dikenali sebagai hieroglif (dari perkataan Yunani bagi Ukiran Pendita). Pakar kaji purba tidak pasti sama ada penulisan ini dimajukan oleh orang Mesir sendiri ataupun datangnya daripada penduduk Mesopotamia. Ini berdasarkan tulisan hieroglif jauh berbeza dengan pepaku Mesopotamia, tetapi kemunculan hieroglif secara tiba-tiba membayangkan Pendita/pentadbir Mesir telah memulakan sistem penyimpanan rekod berasaskan pengaruh asing yang lebih awal. Walau apapun puncanya, penulisan memberikan peluang bagi kemunculan kerajaan yang berkesan dan syarat awal dalam sejarah politik Mesir, penyatuan daerah utara dan selatan.
Permulaan Zaman Kuno
Penyatuan Mesir yang menandakan permulaan Zaman Kuno bermula sekitar 3100 SM Sebelum itu kuasa di Mesir Hulu (Selatan) dan Mesir Hilir (Utara) dikuasai oleh pemerintah yang berlainan. Dengan penyatuan kedua jajahan ini, ia membenarkan sistem saliran pusat dan pengaliran perdagangan sepanjang sungai Nil. Dalam riwayat tradisi, penyatuan Mesir dikatakan dilakukan oleh pahlawan dari selatan yang bernama Narmer, firaun pertama yang berjaya menguasai seluruh Mesir utara sehingga ke delta Mediterranean. Kemungkinannya proses penyatuan tersebut berlaku secara perlahan-lahan, tetapi tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa kedua dinasti firaun berikutnya telah menguasai keseluruhan Mesir.
Kerajaan Lama
Kedua dinasti firaun Mesir kemudiannya digantikan oleh Zoser perkasa sekitar 2770 SM, firaun pertama bagi Dinasti Ketiga dan pengasas kepada Kerajaan Lama. Walaupun perbezaan antara sistem kerajaan Kerajaan Lama dengan sebelumnya tidak diketahui dengan jelas, ianya pasti bahawa pemerintahan Zoser memulakan tempoh pemerintahan raja mutlak dan kuasa negara yang lebih kukuh. Ini dapat dilihat dengan bukti bahawa Zoser memulakan pembinaa piramid pertama. Di bawah pemerintahan Zoser dan penggantinya Kerajaan Lama, kuasa firaun tidak terbatas. Firaun dianggap anak Dewa Matahari, dan secara adat akan mengahwini saudara perempuannya bagi mengekalkan darah keturunannya tulen. Tiada perbezaan antara politik an keagamaan wujud. Orang bawahan utama firaun adalah paderi, dan firaun sendiri merupakan ketua paderi.
Corak Kerajaan Lama adalah berasaskan polisi keamanan. Dari segi ini, ia adalah unik dikalangan negara silam. Firaun tidak memiliki askar sepenuh masa, dan tidak memiliki pasukan bersenjata kebangsaan. Setiap kawasan memiliki pasukan bersenjata sendiri tetapi ia diperintah oleh pegawai am, dan sekiranya dipangil bertugas, ia kebiasaannya bagi kerja awam. Bagi menangani ancaman serangan, unit tempatan berlainan akan digabungkan dibawah pemerintahan pegawai am firaun. Pada masa lain ketua kerajaan tidak mempunyai penguasaan diatas pasukan bersenjata.
Kerajaan Lama Mesir berpuas hati memerintah negara mereka sendiri. Keadaan ini wujud akibat negara Mesir yang terlindung dan terasing daripada pengaruh luar, memiliki tanah yang subur, dan pentadbiran kerajaan secara kerjasama dan bukannya secara peras-ugut .
Zaman Perantaraan Pertama
Setelah beberapa abad tenteram dan aman, Kerajaan Lama berakhir dengan kejatuhan Dinasti Keenam sekitar 2200 SM Ini disebabkan oleh beberapa sebab antaranya:-
- Perbendaharaan negara muflis akibat projek besar-besaran firaun seperti pembinaan piramid.
- Perubahan cuaca mengakibatkan kegagalan tanaman.
- Bangsawan daerah yang mengambil kuasa semakin banyak sehinggakan kuasa pemerintahan pusat hampir lenyap.
Tempoh yang berikutnya dikenali sebagai Zaman Perantaraan Pertama. Keadaan huru-hara berleluasa dan keadaan anarki wujud. Kaum bangsawan membina pemerintahan mereka sendiri dan kekecohan politik diburukkan lagi oleh perompakan dari dalam dan oleh puak gurun. Zaman Peralihan pertama tidak berakhir sehingga kebangkitan Dinasti Kesebelas yang mengembalikan pemerintahan pusat sekitar 2050 SM dari pengkalannya di Thebes (Mesir Hulu). Kebangkitan ini menandakan permulaan Kerajaan Pertengahan.
Kerajaan Pertengahan
Sepanjang tempoh Kerajaan Pertengahan, tanggung jawab masyarakat lebih ditekankan, berbanding Kerajaan Lama. Walaupun Dinasti kesebelas tidak mampu menandingi kuasa bangsawan tempatan, Dinasti ke Duabelas yang berikutnya sekitar 1990 SM dan berakhir sekitar 1786 SM diperintah dengan gabungan dengan golongan pertengahan yang terdiri daripada pegawai, pedagang, seniman, dan petani. Gabungan ini menahan kaum bangsawan dan meletakkan asas bagi keamanan yang tiada tandingnya. Semasa pemerintahan Dinasti kedua belas terdapat perkembangan dalam keadilan masyarakat dan pencapaian pemikiran. Kerja awam yang memberi faedah kepada keseluruh penduduk seperti projek pengairan dan saliran, menggantikan pembinaan piramid yang tidak mempunyai kegunaan pratikal. Terdapat juga perubahan dalam keagamaan di mana orang biasa mampu mencapai keselamatan denganperbuatan moral yang baik dan bukannya melalui upacara yang bergantung kepada kekayaan seseorang. Berasaskan sebab-sebab di atas, zaman Dinasti keduabelas dianggap sebagai Mesir klasik atau zaman kegemilangan.
Zaman Perantaraan Kedua
Pada zaman berikutnya bagaimanapun, Mesir memasuki Zaman Peralihan kedua. Ini merupakan era kekacauan dan penjajahan asing yang berakhir selama dua abad, atau dari 1786 sehingga sekitar 1560 SM. Rekod semasa dari tempoh itu jarang dijumpai, bagaimanapun ia menunjukkan bahawa pergeseran dalaman merupakan akibat pemberontakan balas kaum bangsawan. Firaun kembali tidak berkuasa, dan kebanyakan kemajuan masyarakat Dinasti ke Duabelas musnah. Sekitar 1750 SM. Mesir dijajah oleh Hyksos, atau Pemerintah Tanah Asing, puak campuran yang berasal dari Asia barat. Keunggulan ketenteraan mereka biasanya dikatakan kerana mereka memiliki kuda dan pedati perang. Tetapi kemenangan mereka turut disumbangkan oleh fakta bahawa Mesir berpecah sesama sendiri. Pemerintahan mereka memberi kesan yang besar kepada sejarah Mesir. Tidak hanya mereka memperkenalkan perperangan kaedah baru kepada Mesir, tetapi ia juga memberikan penduduk Mesir matlamat yang sama dengan pemerintahan yang menindas, mendorong mereka melupakan pertelingkahan sesama mereka dan bergabung bagi mencapai matlamat yang sama, iaitu membebaskan diri daripada pemerintahan asing.
Kerajaan Baru
Pada akhir abad ketujuh belas SM pemerintah selatan Mesir (Atas) melancarkan pemberontakan terhadap Hyksos, pergerakan yang kemudiannya disertai oleh keseluruhan rakyat Mesir. Menjelang sekitar 1560 SM penjajah terakhir yang tidak dibunuh atau dijadikan hmba telah dihalau keluar daripada Mesir. Horo kejayaan ini, Ahmose merupakan pengasas Dinasti kelapan belas, selepas itu menubuhkan rejim yang lebih padu berbanding yang sebelumnya. Dalam pergerakan patriotik menentang penjajah melawan Hyksos, ketaatan kepada bangsawan tempatan menjadi lemah dengan itu melemahkan kuasa bangsawan tempatan.
Tempoh yang berikut selepas kebangkitan Ahmose dikenali sebagai Kerajaan Baru, dan oleh sesetengah pakar sejarah lain sebagai tempoh Empayar. Ia berkuasa dari sekitar 1560 SM - 1087 SM, ketika mana Mesir diperintah oleh tiga dinasti secara berturutan iaitu Dinasti kelapan belas, kesembilan belas, dan kedua puluh. Dengan kebangkitan Kerajaan Baru, tiada lagi semangat aman dan mengasingkan diri; semangat imperial yang agresif melanda Mesir dan kecenderungan kearah ketenteraan yang berpunca daripada kejayaan dalam perperangan kemerdekaan melawan Hyksos telah menimbulkan keinginan bagi kemenangan lebih lanjut. Tambahan lagi mesin ketenteraan yang dibina bagi menghalau penjajah, ternyata terlalu berharga sebagai menyokong kuasa firaun untuk dihapuskan begitu sahaja.
Langkah pertama kearah polisi baru diambil oleh pengganti Ahmose dengan melakukan serangan kilat ke Palestin dan menguasai Syria. Debgan askar yang terkuat pada zaman purba, firaun baru itu dengan pantas mematahkan semua tentangan di Syria dan menjadikan diri mereka tuan kepada jajahan yang terbentang luas dari tebing sungai Euphrates sehingga ke selatan sungai Nil. Tetapi mereka tidak pernah berjaya menjadikan penduduk yang dijajah sebagai rakyat yang taat dan kelemahan ini merupakan punca pemberontakan meluas di Syria. Sungguhpun pengganti mereka menindas pemberontakan tersebut dan berjaya memegang Empayar seketika, malapetaka akhir tidak dapat dielakkan. Lebih banyak jajahan telah ditakluk dari apa yang boleh dikendalikan dengan berkesan. Jumlah kekayaan yang mencurah-curah memasuku Mesir melemahkan asas nasional dengan menggalakkan penyelewengan, dan pemberontakan yang berpanjangan oleh tanah jajahan melemahkan kekuatan negara melebihi apa tahap ia mampu pulih. Menjelang abad ke dua belas kebanyakan tanah jajahan telah kekal bebas.
Corak pemerintahan Kerajaan Baru menyerupai Kerajaan Lama, tetapi lebih mutlak. Kuasa ketenteraan kini menjadi asas pemerintahan firaun. Tentera terlatih sentiasa bersedia bagi mengkagumkan rakyatnya. Kebanyakan bekas kaum bangsawan kini menjadi bangsawan istana atau ahli kepada birokrasi firaun di bawah penguasaan penuh firaun.
Firaun agung terakhir adalah Ramses III yag memerintah dari 1182 - 1151 SM. Dia diganti oleh ramai pemerintah yang mearisi namanya tetapi tanpa keupayaannya. Pada akhir abad ke dua belas, Mesir menjadi mangsa penjajahan pemangsa baru. Pada masa yang sama Mesir kehilangan daya ciptaan. Untuk mendapatkan kehidupan abadi, ilmu sihir menjadi minat utama rakyat seluruh golongan. Proses kejatuhan ini dipercepatkan lagi oleh peningkatan kuasa Paderi, yang mengambil alih keistimewaan firaun dan menentukan pengistiharan firaun.
Kejatuhan politik Mesir purba
Dari pertengahan abad ke sepuluh SM sehingga akhir abad kelapan SM, dinasti gasar Libya memegang kuasa. Mereka diikuti oleh penguasaan sementara kaum Nubia yang menjajah Mesir dari gurun barat Nil Atas. Pada 671 SM, Mesir dijajah oleh Assyria, tetapi hanya untuk selama lapan tahun. Selepas keruntuhan pemerintah Assyrian, Mesir mendapat kemerdekaan mereka dan kebangkitan semula tradisi bermula. Bagaimanapun ia terbantut dengan tiba-tiba dengan penjajahan Parsi pada 525 SM apabila tentera Parsi mengalahkan tentera Mesir yang bertahan dalam pertempuran yang sengit. Mesir menjadi sebahagian Empayar Parsi dan kemudiannya ditadbir oleh Yunani dan Rom.
Rujukan
- ^ Chronology (2000).
- ^ Dodson & Hilton (2004), m/s. 46.
- ^ Clayton (1994), m/s. 217.
- ^ James (2005), p. 8; Manuelian (1998), pp. 6–7.
- ^ Ward (2001).
- ^ Clayton (1994), m/s. 153.
- ^ James (2005), m/s. 84.
- ^ Shaw (2003), m/s. 16, 65–66.
Bibliografi
- Aldred, Cyril (1988). Akhenaten, King of Egypt. Thames and Hudson. ISBN 978-0-500-05048-4.
- Allen, James P. (2000). Middle Egyptian: An Introduction to the Language and Culture of Hieroglyphs. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-77483-3.
- Anderson, Jaynie (2003). Tiepolo's Cleopatra. Melbourne: Macmillan. ISBN 978-1-876832-44-5. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 October 2019. Dicapai pada 15 November 2015.
- Aston, Barbara G. (1994). Ancient Egyptian Stone Vessels: Materials and Forms. Studien zur Archäologie und Geschichte Altägyptens. 5. Heidelberger Orientverlag. m/s. 23–26. ISBN 978-3-927552-12-8.
- Aston, Barbara G.; Harrell, James A.; Shaw, Ian (2000). "Stone: Obsidian". Dalam Nicholson, Paul T.; Shaw, Ian (penyunting). Ancient Egyptian Materials and Technology. Cambridge University Press. m/s. 46–47. ISBN 978-0-521-45257-1.
- "Astronomical Ceiling". Metropolitan Museum of Art. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2020.
- Ataç, Mehmet-Ali (2014). "Egyptian Connections with the Larger World: Ancient Near East". Dalam Hartwig, Melinda K. (penyunting). A Companion to Ancient Egyptian Art. John Wiley & Sons. m/s. 423–446. ISBN 978-1-4443-3350-3.
- Badawy, Alexander (1968). A History of Egyptian Architecture. III. University of California Press. ISBN 978-0-520-00057-5.
- Billard, Jules B. (1978). Ancient Egypt, Discovering Its Splendors. National Geographic Society. ISBN 978-0-87044-220-9.
- Bleiberg, Edward (2005). Arts and Humanities Through the Eras: Ancient Egypt 2675–332 B.C.E. 1. Thomson/Gale. ISBN 978-0-7876-5698-0.
- Bonnet, Charles (2006). The Nubian Pharaohs. New York: The American University in Cairo Press. m/s. 142–154. ISBN 978-977-416-010-3.
- Bowman, Alan K. (22 October 2020). "Ancient Egypt". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 3 January 2021.
- Boyle, Alan (15 April 2013). "4,500-year-old harbor structures and papyrus texts unearthed in Egypt". NBC News.
- Cerny, J. (1975). "Egypt from the Death of Ramesses III to the End of the Twenty-First Dynasty". Dalam I.E.S. Edwards (penyunting). The Cambridge Ancient History: Volume II, Part 2. History of the Middle East and the Aegean Region, c. 1380–1000 B.C (ed. third). Cambridge University Press. m/s. 606. ISBN 978-0-521-08691-2.
- Chadwick, Henry (2001). The Church in Ancient Society: From Galilee to Gregory the Great. Oxford University Press. m/s. 373. ISBN 978-0-19-152995-5.
- "Chronology". Digital Egypt for Universities. University College London. 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 March 2008.
- "Chronology of the Naqada Period". Digital Egypt for Universities. University College London. 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 March 2008.
- Clarke, Somers; Engelbach, Reginald (1990) [1930]. Ancient Egyptian Construction and Architecture (ed. Unabridged reprint of Ancient Egyptian Masonry: The Building Craft originally published by Oxford University Press). Dover Publications. ISBN 978-0-486-26485-1.
- Clayton, Peter A. (1994). Chronicle of the Pharaohs. London: Thames and Hudson. ISBN 978-0-500-05074-3.
- Curry, Andrew (5 September 2011). "Egypt's Ancient Fleet: Lost for Thousands of Years, Discovered in a Desolate Cave". Discover.
- "Faience in different Periods". Digital Egypt for Universities. University College London. 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 March 2008.
- D’Atanasio, Eugenia; Risi, Flavia; Ravasini, Francesco; Montinaro, Francesco; Hajiesmaeil, Mogge; Bonucci, Biancamaria; Pistacchia, Letizia; Amoako-Sakyi, Daniel; Bonito, Maria; Onidi, Sara; Colombo, Giulia; Semino, Ornella; Destro Bisol, Giovanni; Anagnostou, Paolo; Metspalu, Mait (2023-12-18). "The genomic echoes of the last Green Sahara on the Fulani and Sahelian people". Current Biology. 33 (24): 5495–5504.e4. Bibcode:2023CBio...33E5495D. doi:10.1016/j.cub.2023.10.075. ISSN 0960-9822. PMID 37995693 Check
|pmid=
value (bantuan). S2CID 265356320 Check|s2cid=
value (bantuan). - Day, John; Gordon, Robert P.; Williamson, H.G.M., penyunting (1995). Wisdom in Ancient Israel. Cambridge University Press. m/s. 23. ISBN 978-0-521-62489-3.
- Dodson, Aidan (1991). Egyptian Rock-cut Tombs. Shire. ISBN 978-0-7478-0128-3.
- Dodson, Aidan; Hilton, Dyan (2004). The Complete Royal Families of Ancient Egypt. Thames & Hudson. ISBN 978-0-500-05128-3.
- Dodson, Aidan; Ikram, Salima (2008). The Tomb in Ancient Egypt: Royal and Private Sepulchres from the Early Dynastic Period to the Romans. Thames & Hudson. ISBN 978-0-500-05139-9.
- Drews, Robert (1993). The End of the Bronze Age: Changes in Warfare and the Catastrophe Ca. 1200 B.C. Princeton University Press. m/s. 48–61. ISBN 978-0-691-02591-9.
- "Egyptian pottery of the beginning of the First Dynasty, found in South Palestine". Digital Egypt for Universities. University College London. 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 May 2013. Dicapai pada 11 February 2022.
- El-Daly, Okasha (2005). Egyptology: The Missing Millennium: Ancient Egypt in Medieval Arabic Writings. Routledge. ISBN 978-1-315-42976-2.
- Eltis, David; Bradley, Keith R.; Engerman, Stanley L.; Perry, Craig; Cartledge, Paul; Richardson, David; Drescher, Seymour (2021). The Cambridge World History of Slavery: Volume 2, AD 500–AD 1420. Cambridge University Press. m/s. 150. ISBN 978-0-521-84067-5.
- Emberling, Geoff (2011). Nubia: Ancient Kingdoms of Africa. New York: Institute for the Study of the Ancient World. ISBN 978-0-615-48102-9.
- Filer, Joyce (1995). Disease. University of Texas Press. ISBN 978-0-292-72498-3.
- Fregel, Rosa (2021-11-17). "Paleogenomics of the Neolithic Transition in North Africa". Africa, the Cradle of Human Diversity. Brill: 213–235. doi:10.1163/9789004500228_009. ISBN 978-90-04-50022-8. Dicapai pada 2024-01-09.
- Gardiner, Sir Alan (1957). Egyptian Grammar: Being an Introduction to the Study of Hieroglyphs. Published on behalf of the Griffith Institute, Ashmolean Museum, Oxford, by Oxford University Press. ISBN 978-0-900416-35-4.
- Grajetzki, W. (2007). "Box Coffins in the Late Middle Kingdom and Second Intermediate Period". Egitto e Vicino Oriente. 30: 41–54. JSTOR 24233566.
- Greaves, R. H.; Little, O. H. (1930). "Gold Resources of Egypt". Compte Rendu of the XV Session, South Africa, 1929. Oleh International Geological Congress. Pretoria: Wallach. m/s. 123.
- "Guardian Figure". Metropolitan Museum of Art. Dicapai pada 9 February 2022.
- Gutgesell, Manfred (1998). "The Military". Dalam Regine Schulz; Matthias Seidel (penyunting). Egypt: The World of the Pharaohs. Cologne: Könemann. m/s. 364–369. ISBN 978-3-89508-913-8.
- Hassan, Fekri (17 February 2011). "The Fall of the Old Kingdom". BBC.
- Hayes, William C. (October 1964). "Most Ancient Egypt: Chapter III. The Neolithic and Chalcolithic Communities of Northern Egypt". Journal of Near Eastern Studies. 23 (4): 217–272. doi:10.1086/371778. ISSN 0022-2968. S2CID 161307683.
- Hayes, William C. (1973). "Egypt: Internal affairs from Tuthmosis I to the death of Amenophis III". Dalam Edwards, I.E.S.; Gadd, C.J.; Hammond, N.G.L.; Sollberger, E. (penyunting). The Cambridge Ancient History: Volume II part I: History of the Middle East and the Aegean Region c. 1800–1380 (ed. 3rd). Cambridge University Press. m/s. 380. ISBN 978-0-521-08230-3.
- Heptner, V.G.; Sludskii, A.A. (1992) [1972]. "Lion". Mammals of the Soviet Union. Volume II, Part 2. Carnivora (Hyaenas and Cats). Washington, DC: Smithsonian Institution and the National Science Foundation. m/s. 83–95.
- Hodgson, Jason A.; Mulligan, Connie J.; Al-Meeri, Ali; Raaum, Ryan L. (2014-06-12). "Early Back-to-Africa Migration into the Horn of Africa". PLOS Genetics. 10 (6): e1004393. doi:10.1371/journal.pgen.1004393. ISSN 1553-7404. PMC 4055572. PMID 24921250.
- Hogan, C.Michael (2011). "Sulfur". Dalam A. Jorgensen; C.J. Cleveland (penyunting). Encyclopedia of Earth. Washington DC: National Council for Science and the Environment. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 October 2012.
- Ikram, Salima (1992). Choice Cuts: Meat Production in Ancient Egypt. University of Cambridge. m/s. 5. ISBN 978-90-6831-745-9.
- Ikram, Salima; Dodson, Aidan (1998). The Mummy in Ancient Egypt : equipping the dead for eternity. London: Thames & Hudson. ISBN 978-0-500-05088-0. Dicapai pada 28 November 2023.
- Ehret, Christopher (2023). Ancient Africa: A Global History, to 300 CE. Princeton University Press. m/s. 82–90, 97, 167. ISBN 978-0-691-24409-9.
- Imhausen, Annette (2007). "Egyptian Mathematics". Dalam Victor J. Katz (penyunting). The Mathematics of Egypt, Mesopotamia, China, India, and Islam: A Sourcebook. Princeton University Press. ISBN 978-0-691-11485-9.
- James, T.G.H. (2005). The British Museum Concise Introduction to Ancient Egypt. University of Michigan Press. ISBN 978-0-472-03137-5.
- Johnson, Janet H. (2002). "Women's Legal Rights in Ancient Egypt". Fathom Archive. University of Chicago.
- Keita, Shomarka (2022). Ancient Egyptian 'Origins and "Identity"'. In Ancient Egyptian society : challenging assumptions, exploring approaches. Abingdon, Oxon: Routledge. m/s. 111–122. ISBN 978-0367434632.
- Kemp, Barry J. (1989). Ancient Egypt: Anatomy of a Civilization. London: Routledge. ISBN 978-0-415-06346-3.
- Killebrew, Ann E.; Lehmann, Gunnar, penyunting (2013). The Philistines and Other Sea Peoples in Text and Archaeology. 15. Society of Biblical Literature. ISBN 978-1-58983-721-8.
- Lichtheim, Miriam (1975). Ancient Egyptian Literature: The Old and Middle Kingdoms. University of California Press. ISBN 978-0-520-02899-9.
- Lichtheim, Miriam (1980). Ancient Egyptian Literature: A Book of Readings. University of California Press. ISBN 978-0-520-04020-5.
- Loprieno, Antonio (1995a). Ancient Egyptian: A Linguistic Introduction. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-44849-9.
- Loprieno, Antonio (1995b). "Ancient Egyptian and other Afroasiatic Languages". Dalam Jack M. Sasson (penyunting). Civilizations of the ancient Near East. 4. Scribner. m/s. 2137–2150. ISBN 978-0-684-19723-4.
- Loprieno, Antonio (2004). "Ancient Egyptian and Coptic". Dalam Roger D. Woodard (penyunting). The Cambridge Encyclopedia of the World's Ancient Languages. Cambridge University Press. m/s. 160–192. ISBN 978-0-521-56256-0.
- Lorenzi, Rossella (12 April 2013). "Most Ancient Port, Hieroglyphic Papyri Found". Seeker.com.
- Lucas, Alfred (1962). Ancient Egyptian Materials and Industries (ed. 4th). London: Edward Arnold. ISBN 978-1-85417-046-0.
- MacMullen, Ramsay (1984). Christianizing the Roman Empire: (A.D. 100–400). Yale University Press. m/s. 63. ISBN 978-0-300-03642-8.
- McDowell, A. G. (1999). Village Life in Ancient Egypt: Laundry Lists and Love Songs. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-924753-0.
- Manuelian, Peter Der (1998). Egypt: The World of the Pharaohs. Bonner Straße, Cologne Germany: Könemann Verlagsgesellschaft mbH. ISBN 3-89508-913-3.
- Meskell, Lynn (2004). Object Worlds in Ancient Egypt: Material Biographies Past and Present. Berg. ISBN 978-1-85973-867-2.
- Metcalfe, Tom (10 December 2018). "16 of the Most Interesting Ancient Board and Dice Games". Live Science.
- de Miroschedji, Pierre; Sadeq, Moain (2008). "Sakan, Tell es-". The New Encyclopedia of Archaeological Excavations in the Holy Land. 5: Supplementary Volume. Israel Exploration Society/Biblical Archaeology Society (BAS). Dicapai pada 23 June 2024 – melalui BAS Library.
- Mohamed, Gobran (2022-09-08). "Egypt recovers 16 historic artifacts from US". Arab News. Dicapai pada 2023-01-14.
- Mokhtar, G. (1990). General History of Africa. California: University of California Press. ISBN 978-0-520-06697-7.
- "Music in Ancient Egypt". Digital Egypt for Universities. University College London. 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 March 2008.
- Nicholson, Paul T.; Shaw, Ian, penyunting (2000). Ancient Egyptian Materials and Technology. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-45257-1.
- Nicholson, Paul T.; Peltenburg, Edgar (2000). "Egyptian faience". Dalam Nicholson, Paul T.; Shaw, Ian (penyunting). Ancient Egyptian Materials and Technology. Cambridge University Press. m/s. 177–194. ISBN 978-0-521-45257-1.
- Prendergast, Mary E.; Sawchuk, Elizabeth A.; Sirak, Kendra A. (2022-10-19). "Genetics and the African Past" (PDF). Oxford Research Encyclopedia of African History. doi:10.1093/acrefore/9780190277734.013.143. ISBN 978-0-19-027773-4. Dicapai pada 2024-01-09.
- Oakes, Lorna; Gahlin, Lucia (2003). Ancient Egypt: An Illustrated Reference to the Myths, Religions, Pyramids and Temples of the Land of the Pharaohs. Barnes & Noble. ISBN 978-0-7607-4943-2.
- O'Connor, David; Cline, Eric H. (2001). Amenhotep III: Perspectives on His Reign. University of Michigan Press. m/s. 273. ISBN 978-0-472-08833-1.
- Pećanac, Marija; Janjić, Zlata; Komarcević, Aleksandar; dll. (May 2013). "Burns treatment in ancient times". Medicinski Pregled. 66 (5–6): 263–267. PMID 23888738.
- Porat, Naomi (1986). "Local Industry of Egyptian Pottery in Southern Palestine During the Early Bronze I Period". Bulletin of the Egyptological Seminar. 8. Scholars Press. m/s. 109–129.
- Porat, Naomi (1992). "An Egyptian colony in southern Palestine during the Late Predynastic/Early Dynastic period". Dalam Edwin C. M. van den Brink (penyunting). The Nile Delta in Transition: 4th.–3rd. Millennium B.C.: Proceedings of the Seminar Held in Cairo, 21–24 October 1990, at the Netherlands Institute of Archaeology and Arabic Studies. Brink. m/s. 433–440. ISBN 978-965-221-015-9.
- Redford, Donald B. (1992). Egypt, Canaan, and Israel in Ancient Times. Princeton University Press. ISBN 978-0-691-03606-9.
- Redford, Donald B. (2003). The Oxford Essential Guide to Egyptian Mythology. Berkley. ISBN 978-0-425-19096-8.
- Robins, Gay (2008). The Art of Ancient Egypt (ed. revised). Harvard University Press. ISBN 978-0-674-03065-7.
- Ryholt, K.S.B. (1997). The Political Situation in Egypt During the Second Intermediate Period, c. 1800–1550 B.C. Museum Tusculanum Press. ISBN 978-87-7289-421-8.
- Scheel, Bernd (1989). Egyptian Metalworking and Tools. Shire Publications. ISBN 978-0-7478-0001-9.
- Schuster, Angela M.H. (11 December 2000). "This Old Boat". Archaeology.
- Seaburn, Paul (21 November 2018). "4,000-Year-Old Board Game Called 58 Holes Discovered in Azerbaijan". Mysterious Universe.
- "Shabtis". Digital Egypt for Universities. University College London. 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 March 2008.
- Shaw, Ian, penyunting (2003). The Oxford History of Ancient Egypt. Oxford: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-280458-7.
- Shaw, Garry J. (2009). "The Death of King Seqenenre Tao". Journal of the American Research Center in Egypt. 45: 159–176. JSTOR 25735452.
- Shea, William H. (April 1977). "A Date for the Recently Discovered Eastern Canal of Egypt". Bulletin of the American Schools of Oriental Research. 226: 31–38. doi:10.2307/1356573. JSTOR i258744. S2CID 163869704.
- Siliotti, Alberto (1998). The Discovery of Ancient Egypt. Edison, NJ: Book Sales, Inc. ISBN 978-0-7858-1360-6.
- Silverman, David (1997). Ancient Egypt. New York: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-521270-9.
- "Slavery". An introduction to the history and culture of Pharaonic Egypt. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 August 2012.
- Sirak, Kendra A.; Sawchuk, Elizabeth A.; Prendergast, Mary E. (2022-05-18). "Ancient Human DNA and African Population History" (PDF). Oxford Research Encyclopedia of Anthropology. doi:10.1093/acrefore/9780190854584.013.484. ISBN 978-0-19-085458-4. Dicapai pada 2024-01-09.
- "Social classes in ancient Egypt". Digital Egypt for Universities. University College London. 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 December 2007.
- Skoglund, Pontus; Thompson, Jessica C.; Prendergast, Mary E.; Mittnik, Alissa; Sirak, Kendra; Hajdinjak, Mateja; Salie, Tasneem; Rohland, Nadin; Mallick, Swapan; Peltzer, Alexander; Heinze, Anja; Olalde, Iñigo; Ferry, Matthew; Harney, Eadaoin; Michel, Megan (September 2017). "Reconstructing Prehistoric African Population Structure". Cell. 171 (1): 59–71.e21. doi:10.1016/j.cell.2017.08.049. ISSN 0092-8674. PMC 5679310. PMID 28938123.
- Stiebing, William H. Jr; Helft, Susan N. (2023). Ancient Near Eastern History and Culture. Taylor & Francis. m/s. 209–212. ISBN 978-1-000-88066-3.
- Strouhal, Eugen (1989). Life in Ancient Egypt. Norman: University of Oklahoma Press. ISBN 978-0-8061-2475-9.
- Török, László (1998). The Kingdom of Kush: Handbook of the Napatan-Meroitic Civilization. Leiden: Brill. ISBN 978-90-04-10448-8.
- Tyldesley, Joyce (2001). Ramesses: Egypt's Greatest Pharaoh. Penguin Books Ltd. m/s. 76–77. ISBN 978-0-14-194978-9.
- "Types of temples in ancient Egypt". Digital Egypt for Universities. University College London. 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 March 2008.
- Vittman, Günther (1991). "Zum koptischen Sprachgut im Ägyptisch-Arabisch" [the Coptic language in Egyptian Arabic]. Wiener Zeitschrift für die Kunde des Morgenlandes (dalam bahasa Jerman). 81: 197–227. JSTOR 23865622.
- Wachsmann, Shelley (2009). Seagoing Ships & Seamanship in the Bronze Age Levant. Texas A&M University Press. ISBN 978-1-60344-080-6.
- Turner, E.G. (1984) [1928]. "Ptolemaic Egypt". Dalam Walbank, F. W.; Astin, A. E.; Fredericksen, M. W.; Ogilvie, R.M. (penyunting). The Cambridge Ancient History: Volume VII, Part 1, The Hellenic World (ed. 2nd). Cambridge University Press. m/s. 125. ISBN 978-0-521-23445-0.
- "Early Dynastic Egypt". Digital Egypt for Universities. University College London. 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2008.
- "Egypt: Coins of the Ptolemies". Digital Egypt for Universities. University College London. 2002.
- Ward, Cheryl (May 2001). "World's Oldest Planked Boats". Archaeology. 54 (3).
- Wasserman, James, penyunting (1994). The Egyptian Book of the Dead: The Book of Going Forth by Day. Diterjemahkan oleh Raymond Faulkner. San Francisco: Chronicle Books. ISBN 978-0-8118-0767-8.
Bacaan lanjut
- Baines, John; Málek, Jaromír (2000). Cultural Atlas of Ancient Egypt. Checkmark Books. ISBN 978-0-8160-4036-0.
- Bard, Kathryn A., penyunting (1999). Encyclopedia of the Archaeology of Ancient Egypt. Routledge. ISBN 978-1-134-66525-9.
- Grimal, Nicolas (1994) [1988]. A History of Ancient Egypt. Wiley. ISBN 978-0-631-19396-8.
- Helck, Wolfgang; Otto, Eberhard, penyunting (1972–1992). Lexikon der Ägyptologie. O. Harrassowitz. ISBN 978-3-447-01441-0.
- Lehner, Mark (1997). The Complete Pyramids. London: Thames & Hudson. ISBN 978-0-500-05084-2.
- Mallory-Greenough, Leanne M. (December 2002). "The Geographical, Spatial, and Temporal Distribution of Predynastic and First Dynasty Basalt Vessels". Journal of Egyptian Archaeology. 88 (1): 67–93. doi:10.2307/3822337. JSTOR 3822337.
- Midant-Reynes, Beatrix (2000). The Prehistory of Egypt: From the First Egyptians to the First Pharaohs. Wiley. ISBN 978-0-631-21787-9.
- Redford, Donald B., penyunting (2001). The Oxford Encyclopedia of Ancient Egypt. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-510234-5.
- Schuenemann, Verena J.; Peltzer, Alexander; Welte, Beatrix; dll. (2017). "Ancient Egyptian mummy genomes suggest an increase of Sub-Saharan African ancestry in post-Roman periods". Nature Communications. 8: 15694. Bibcode:2017NatCo...815694S. doi:10.1038/ncomms15694. PMC 5459999. PMID 28556824.
- Wilkinson, R.H. (2000). The Complete Temples of Ancient Egypt. London: Thames and Hudson. ISBN 978-0-500-05100-9.
- Wilkinson, R.H. (2003). The Complete Gods and Goddesses of Ancient Egypt. London: Thames and Hudson. ISBN 978-0-500-05120-7.
- Zakrzewski, Sonia (2007). "Population continuity or population change: Formation of the ancient Egyptian state" (PDF). American Journal of Physical Anthropology. 132 (4): 501–509. doi:10.1002/ajpa.20569. PMID 17295300. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2022-10-09.
Pautan luar
Ketahui lebih lanjut tentang Mesir Purba di Wikipedia: | |
![]() |
Takrifan dari Wikikamus |
![]() |
Imej dan media dari Commons |
![]() |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity |
![]() |
Berita dari Wikiberita |
![]() |
Petikan dari Wikipetikan |
![]() |
Teks sumber dari Wikisumber |
![]() |
Buku teks dari Wikibuku |
- (Inggeris) Egyptian Mythology Diarkibkan 2016-03-19 di Wayback Machine. Information on Ancient Egyptian life, culture, and mythology
- (Inggeris) The Quick Guide to Ancient Egypt
- (Inggeris) Mysteries of Egypt - Canadian Museum of Civilization
- (Inggeris) Official Website for Dr. Zahi Hawass
- (Inggeris) Catchpenny Mysteries of Ancient Egypt
- (Inggeris) Literature of Ancient Egypt
- (Inggeris) The Great Pyramid, Egypt
- (Inggeris) Egyptology Berkeley Groks Science radio show June 30th, 2004.
- (Inggeris) Theban Mapping Project
- (Inggeris) Saç Ekim Merkezleri
- (Inggeris) The Hall of Ma'at
- (Inggeris) The Antiquity of Man Diarkibkan 2007-02-20 di Wayback Machine - Exploring human evolution and the dawn of civilisation
- (Inggeris) History of Ancient Egypt - Pages translated from the Arabic Encyclopedia of Ancient Egypt.
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan