Dinasti Yuan (bahasa Mongolia: ᠶᠡᠬᠡ
ᠶᠤᠸᠠᠨ
ᠤᠯᠤᠰ, Yeke Yuwan Ulus, Bahasa Cina: 元朝; pinyin: Yuáncháo), secara rasmi bernama Yuan Agung (Bahasa Cina: 大元; pinyin: Dà Yuán; secara harafiah berarti "Negara Yuan Agung"),[nota 1] ialah penerus daripada Empayar Mongol dan sebagai bentuk pentadbiran Mongol ke atas China. Selain China, Mongolia juga menguasai Korea secara keseluruhan dan Siberia (Baikal dan Sakhalin)[2]. Dinasti ini bermula secara rasmi oleh Kublai Khan pada tahun 1271[3] dan mengalami kejatuhan pada tahun 1368.[4]
Yuan Raya ᠮᠣᠩᠭᠣᠯ ᠤᠨ ᠶᠡᠬᠡ ᠶᠤᠸᠠᠨ ᠤᠯᠤᠰ Dai Ön Yehe Monggul Ulus | |||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1271–1368 | |||||||||||||||||
Dinasti Yuan, selepas perang Esen Buqa-Ayurbarwada 1319 | |||||||||||||||||
| Status | Sebahagian daripada Empayar Mongol | ||||||||||||||||
| Ibu negara | Khanbaliq (ibunegara musim dingin), Xanadu (ibunegara musim panas)[5] | ||||||||||||||||
| Bahasa yang umum digunakan | Mongolia China | ||||||||||||||||
| Agama | Buddhism (Cina & Tibet), Sunni Islam | ||||||||||||||||
| Kerajaan | Monarki | ||||||||||||||||
| Maharaja | |||||||||||||||||
• 1260-1294 | Kublai Khan | ||||||||||||||||
• 1333-1368 | Toghon Temür | ||||||||||||||||
| Kanselor/Wazir Agung | |||||||||||||||||
• 1264–1284 | Ahmad Fanakati | ||||||||||||||||
• 1367–1375 | Koke Temür | ||||||||||||||||
| Badan perundangan | Kurultai | ||||||||||||||||
| Era Sejarah | Abad pertengahan | ||||||||||||||||
• Didirikan | 1271 | ||||||||||||||||
• Dibubarkan | 1368 | ||||||||||||||||
| Populasi | |||||||||||||||||
• 1293 | 35 juta | ||||||||||||||||
• 1360 | 70 jutaa[›] | ||||||||||||||||
| Mata wang | Jiaochao (wang kertas China), wang koin | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Meskipun dinasti ini ditubuhkan oleh Kublai Khan, beliau meletakan datuknya Genghis Khan dalam rekod rasmi sebagai pengasas dinasti atau Taizu (Bahasa Cina: 太祖) dalam Mandat Langit. Pentabalan Temujin sebagai Maharaja China tidak diakui oleh dua Dinasti selepasnya yaitu Ming dan Qing. Kublai Khan menuntut gelaran Khagan, iaitu kekuasaan mengatasi khan-khan Mongol (Khaniyah Chagatai, Horda Emas, Ilkhanate); bagaimanapun tuntutan ini diakui oleh Il-Khaniyah, Jochiyah dan Chagatai, mereka mempunyai pentadbiran dan kerajaan sendiri yang berbeza. Pengakuan tiga penerus Empayar Mongol itu sempat berlaku semasa peristiwa Perdamaian Agung pada 1304.
Yuan kadang kala dirujuk sebagai Empayar Besar Khan. Maharaja Mongol dari Dinasti Yuan mentabalkan diri sebagai Khan bagi kesemua Khan Mongol.[6][7][8]
Sejarah
Selepas Temujin mengalahkan Jamukha dalam Pertempuran Chakirmaut pada 1204, suku-suku mengakui kekuasaan Temujin. Dia menjadi Khan Agung Mongol pada tahun 1206. Dia dan penerusnya memperluas Empayar ke seluruh Asia. Di bawah pemerintahan putra ketiga Genghis, Ogedei Khan, pasukan Mongol menghancurkan dinasti Jin pada tahun 1234, menaklukkan sebagian besar China Utara. Ogedei menawarkan keponakannya, Kublai Khan di Xingzhou, Hebei. Kubilai tidak dapat membaca bahasa Mandarin tetapi memiliki beberapa guru yang mengajarkannya budaya Han. Pada suatu hari, Kublai mencari nasihat dari orang Buddha dan Konfusianisme Tiongkok. Ketika pentadbiran Mongke Khan beemula, Kubilai diberikan wilayah di China.
Möngke Khan memulai kampen tentera ke atas dinasti Song. Kekuatan Mongol yang menginvasi Tiongkok selatan jauh lebih besar daripada kekuatan yang mereka kirim untuk menyerang Timur Tengah pada tahun 1256. Ia meninggal pada tahun 1259 tanpa penerus. Kublai kembali dari pertempuran Song pada tahun 1260 ketika ia mengetahui bahwa saudaranya, Ariq Böke, mengambil klaim atas takhta. Kubilai mengadakan kurultai di Kaiping yang memilihnya sebagai Khan Agung. Namun sebuah kurultai saingan di Mongolia menyatakan Ariq Böke Khan Agung, sehingga terjadi perang saudara Toluid. Menandakan awal bersurainya Empayar Mongol. Meskipun dimenangkan oleh Kubilai, tiga Kekhanan di barat (Golden Horde, Chagatai, Ilkhanat) menjadi otonom secara fungsional. Hanya Ilkhanat yang masih mengakui Kubilai sebagai Khan Agung.[9]
Penubuhan Dinasti

Kubilai menyiapkan pemindahan ibu negara Mongol dari Karakoram di Mongolia ke Khanbaliq pada tahun 1264. Mengasas bandar baharu di dekat bekas pusat pentadbiran Jurchen, Zhongdu, (kini Beijing moden) pada tahun 1266. Pada tahun 1271, Kublai secara rasmi mengklaim Mandat Langit dan menyatakan bahwa 1272 adalah tahun pertama Yuan Raya (大元) dalam gaya dinasti tradisional China lama untuk menghibur penduduk Han yang bersedih dan mengajak loyalis Song untuk tunduk pada kekuasaan Mongol.
Pada masa pentadbirannya selepas Pertempuran Yamen, Kublai Khan mencuba untuk membuat setara apa yang dimahukan kumpulan Mongol, Semu dan Han. Perdagangan Jalur Sutra yang bebas ke Ilkhan pada masanya membuat senang orang Mongol, membolehkan syiar dakwah Islam di seluruh wilayah merangkumi China Selatan ialah keazaman yang pro dengan Semu dan mengazamkan semula peredaran uang kertas membuat senang orang Han (鈔; Jiaochao).
Selepas peperangan menentang Kaidu berakhir, muncul beberapa tokoh Mongol yang energik seperti Temür Khan, Manggala, Ananda dan lainnya. Memungkinkan berlakunya perdamaian dengan tiga kerajaan Mongol lain atau disebut sebagai Perdamaian Agung 1304. Penyebaran dan budaya antara China dan dunia luar semakin terbuka.[10]
Kemunduran

Mendekati akhir kekuasaannya, Dinasti Yuan mulai kehilangan dukungan dari rakyatnya. Kebanyakan Maharaja Yuan berusaha untuk menghindar dari Sinifikasi dan menggunakan bahasa Mongolia dalam aktiviti penting kerajaan, hal ini membuat benci kelas atas Han. Salah satu tokoh yang terkenal pro tradisionalis Mongol ialah Wazir Agung Boyan si Merkit. Dia melarang peperiksaan Dinasti China dan menyarankan kepada Khan untuk membunuh beberapa orang dari lima marga sebagai peringatan. Zhang, Wang, Liu, Li dan Zhao. Dia beralasan bahawa pemberontakan yang dia hancurkan pasti berasal dari lima keluarga loyalis Song ini.
Pada kelas menengah atau bawah, rakyat sebenarnya tidak terlalu mempermasalahkan kalau mereka dipimpin orang Mongol, tetapi bencana alam yang terus berlaku membuat rakyat merasa resah. Pada tahun 1351, berlakunya Pemberontakan Serban Merah yang dipimpin oleh loyalis Song perlahan membuat Yuan di Khanbaliq kehilangan pengakuan. Perang saudara antara Khan Toghon Temür dan pengiran Ayushiridara memperburuk keadaan daripada kerajaannya.
Pada tahun 1368, Toghon Temur menyuruh seluruh pasukannya untuk kembali ke Mongolia. Menandakan bermulanya era Dinasti Yuan Utara dan Empat Oirat. Koke Temür, Esen Taishi dan panglima lain berperang menentang dinasti Ming (1368–1644) untuk mempertahankan Tanah Mongol dari serangan China.[10]
Nota
- ^ Bentuk bahasa Mongolia modern yang umum digunakan oleh akademisi Tiongkok dan Mongolia: Mongolia Pertengahan: ᠳᠠᠢ
ᠦᠨ
ᠶᠡᠬᠡ
ᠮᠣᠩᠭᠣᠯ
ᠤᠯᠤᠰ, Dai Ön Yeke Mongghul Ulus atau Их Юань улс dalam Alfabet Kiril Mongol Modern, Ikh Yuan Üls/Yekhe Yuan Ulus.[1]
Rujukan
- ^ "ᠮᠣᠩᠭᠣᠯ ᠤᠨ ᠶᠡᠬᠡ ᠶᠤᠸᠠᠨ ᠤᠯᠤᠰ" (dalam bahasa Mongolia). Монголын түүхийн тайлбар толь. 2016.
- ^ Christopher P.Atwood - Encyclopedia of Mongolia and the Mongol Empire
- ^ Yuan was officially established in this year. It however didn't control all of Southern China until 1279.
- ^ Peninggalan Yuan kekal memerintah Mongolia selepas tahun 1368, apabila ia dikenali sebagai Yuan Utara.
- ^ The Site of Xanadu (Shangdu of the Yuan Dynasty)
- ^ Micheal Prwadin - The Mongol Empire and its legacy
- ^ J.J.Saunders - The history of Mongol conquests
- ^ Rene Grousset - The Empire of Steppes
- ^ Allsen, Thomas (1994-11-25). The rise of the Mongolian empire and Mongolian rule in north China. Cambridge University Press. m/s. 321–413.
- ^ a b Company., Rand McNally and (1997), Atlas of world history., m/s. 125, OCLC 40564439, dicapai pada 2022-10-27
Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Dinasti Yuan. |
- Yuan Dynasty Earthen City Wall Park, Beijing Diarkibkan 2013-04-30 di Wayback Machine
- The Yuan Dynasty Diarkibkan 2012-04-21 di Wayback Machine
| Didahului oleh Dinasti Song |
Dinasti dalam sejarah China {{{years}}} |
Diikuti oleh: Dinasti Ming |








